Wednesday, May 30, 2018

33 pesanan Rasulullah s.a.w terhadap wanita 🌸🌼

Assalamualaikum πŸŒˆ
Greetings! πŸ‘‹πŸ‘‹
Ola πŸ˜Ž

Wanita..
Kamu cantik kerana kamu wanita muslimah..
Kamu cantik kerana peribadimu..
Kamu cantik kerana akhlakmu..
Kamu cantik kerana ilmumu..
Kamu cantik kerana malumu..
Kamu cantik kerana kamu mahal..
Tiada harga..tiada tandingan..
Kamu mawar yang punya duri..
Duri itu melindungi kamu..
Duri itu menjaga kamu..
Dari segala bahaya yang mungkin menimpa..
Dari segala tohmahan dan fitnah..
Wanita..
Kamu istimewa..
Kamu cantik..
Jagalah dengan baik..
Berlindunglah disebalik duri itu..
Supaya haruman kamu mekar hingga ke syurga..

Antara 33 pesan Rasulullah s.a.w terhadap wanita sebagai ingatan buat kita dan agar kita sentiasa menjadi wanita muslimah yang berakhlak mulia.

1. Jangan menolak kebaikan suami
  Dari Ibnu ‘Abbas Ra, dia berkata. Nabi SAW bersabda, “Neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata kebanyakan penghuninya adalah para wanita yang kufur. Lalu beliau ditanya, ‘Apakah mereka kufur kepada Allah?’ Beliau menjawab, ‘Mereka mengingkari suami dan kebaikannya. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang dari mereka selama setahun, kemudian dia melihat sesuatu (perbuatan buruk) darimu, maka dia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun dari kebaikanmu’.” (HR. Bukhari Muslim).

2. Menjadi wanita yang dinikahi kerana agamaNya
 Dari Abu Huraira Ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Nikahi wanita kerana agamanya,niscaya kamu tidak akan menyesal. (HR. Bukhari Muslim)

3. Menjadi wanita yang solehah
Dari Abdullah bin’Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim)

4. Menjadikan rumah sebagai tempat solat yang paling baik
Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud, “Solatlah dibilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu.” (HR. Ibn Khuzaimah)

5. Menjadi wanita yang solehah buat suami
Rasulullah SAW, bersabda, “Diantara kebahagiaan anak cucu adam itu ada tiga dan kesengsaraan (juga) ada tiga. Yang termasuk kebahagiaan anak cucu Adam adalah wanita yang solehah, tempat tinggal yang layak, dan kendaraan yang nyaman. Dan diantara kesengsaraan mereka adalah wanita yang buruk, tempat tinggal yang sempit, dan kendaraan yang jelek “ ( HR. Ahmad no.1.448)

6. Minta izin suami jika puasa sunat
Rasulullah SAW, bersabda, “ Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan" (HR Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah)

7. Berhias untuk suami

8. Dilarang memakai perhiasan secara berlebihan

9. Menunaikan haji, kerana itu adalah jihad bagi perempuan
Dari Aisyah Ummul Mukminin Ra. Dia berkata, “Wahai rasulullah, kenapa kami tidak berperang dan berjihad bersama kalian?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya jihad yang paling bagus (bagi wanita) adalah haji, iaitu haji yang mabrur. “ (HR Bukhari)

10. Tidak boleh tabarruj (menampakkan aurat/kecantikan)
“Dan perempuan-perempuan tua yang Telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian[1050] mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Bijaksana.”(An-Nuur:60)

11. Hati-hati memakai minyak wangi
Dari Abu Musa, Nabi SAW, “Jika wanita memakai minyak wangi, kemudian dia melintasi sekumpulan (laki-laki) agar mereka dapat mencium baunya. Maka wanita itu adalah begini dan begitu (yakni pezina).” ( HR Abu daud)

12. Jika mahu pakai minyak wangi, pakailah yang khusus untuk wanita (wangiannya ringan)

13. Cara mempercantikkan diri yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w
Allah melaknat kaum wanita yang mentatu dan ditatu, mencukur alis dan minta dicukur, mengikir giginya untuk keindahan,serta wanita yang mengubah ciptaan Allah.

14. Nikahilah anak perempuanmy dengan lelaki yang soleh

15. Perbanyakkan sedekah dan memohon ampun
Dari Abdullah bin Umar ra, dari Rasulullah SAW, ia bersabda, “Wahai para wanita, bersedekahlah dan mintalah ampunan karena sesungguhnya aku melihat kalian adalah penguin neraka yang paling banyak.” (HR. Bukhari Muslim)

16. Menjadi pemimpin di rumah suami

17. Meminta izin dari suami saat memberi dari hartanya.

18. Menjadi wanita yang terbaik (buat suaminya)

19. Taat pada suami.

20. Haram menuntut cerai dengan suami tanpa sebab.

21. Elakkan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan)

22. Laknat bagi perempuan yang menyerupai lelaki.

23. Menguruskan hal rumah sama dengan berjihad di jalan Allah.

24. Mendidik dan menafkahi anak.
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang memiliki tiga orang anak wanita, lalu dia memelihara, mengasihi dan menafkahinya, maka dia berhak memperoleh surga.” Lalu Rasul ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau dua orang anak wanita?” Beliau menjawab, “Begitu pula dengan dua anak wanita.” Beliau ditanya lagi, “Bagaimana bila satu anak wanita?” Beliau menjawab, “Begitu pula dengan satu anak wanita.” (HR. Ahmad)

25. Dilarang meratap

26. Tidak mengiringi jenazah ke perkuburan (Tidaklah haram tapi tidak digalakkan)

27. Jangan meremehkan dosa kecil

28. Bersikap adil dalam memperlakukan anak2.

29. Jangan mendoakan keburukan bagi anak2.

30. Jauhi mengumpat.

31. Berbuat baik kepada ibu bapa.

32. Jangan rasa malu untuk menuntut ilmu

33. Jangan berbohong pada anak kecil. 

Wanita..
Allah sayangkan kamu..
Rasulullah kasihkan kamu..
Oleh itu, tidakkah dikau menyayangi dan mengasihi dirimu sendiri?
Kerana..
Kamu adalah istimewa..

Sama2 lah kita ingat antara pesanan rasulullah buat kita, wanita πŸŒΈπŸŒΌ

Sumber dari pelbagai bahan internet.

Salam sayang,
Malin Meena