Assalamualaikum π
Greetings ππ
Ola π
Entah kenapa tiba2 hari ni daku jadi terfikir akan perkara ni..
.
Boleh terfikir masa menunggang motorsikal dalam perjalanan ke tempat kerja..
.
Allah,
Terus hiba hati ni rasa.. π₯
Mereka tiada ganti..
Mereka adalah ibu bapa kita.. ❤️❤️
Insan yang melahirkan kita,
Insan yang pertama kita lihat sebaik sahaja kita dilahirkan..
Insan yang membesarkan kita,
Insan yang tak pernah penat melayani karenah kita..
Insan yang sayang kita lebih dari segalanya,
Insan yang menangis kerana kita,
Insan yang berusaha keras untuk memastikan keperluan kita cukup,
Insan yang menjadi guru pertama kita,
Insan pertama yang menjadi hero dan heroin kita..
Insan yang segala2nya bagi kita..
"Redha Allah bergantung pada Redha ibu bapa, murka Allah bergantung pada murka ibu bapa" (HR al-Hakim)
Allah,
Tak terbayang rasanya hidup ini tanpa mereka..
Tak terbalas rasanya pengorbanan dan kasih sayang yang mereka beri pada kita..
Tak tedetik rasanya siapa yang layak menggantikan tempat mereka dalam hati kita...
Allahu rabbi,
Kesayangan semua, berbuat baiklah pada kedua orang tuamu..
Janganlah sekalipun kalian mengeluarkan perkataan yang kasar meskipun pun AH..
Janganlah kalian membuat sesuatu yang bisa menjatuhkan airmata sayu mereka..
Kesayangan semua,
Balas jasa mereka bukanlah diukur dengan wang ringgit dan perhatian kebendaan semata2..
Jika kalian sememangnya mampu dari segi yang sebegitu.. Alhamdulillah.. Setidaknya kalian dapat membantu meringankan beban mereka.
Namun, bukan itu yang mereka pinta dari kalian sebenarnya..
Wang ringgit boleh dicari..
Benda yang senang yang boleh bahagiakan mereka iaitu kasih sayang dan perhatian dari kita.
Terkadang apabila sudah lanjut usia ini, mereka kembali menjadi seperti anak2 kecil.. Mahukan perhatian.. Mahukan kasih sayang.. Sepertimana kita menagih perhatian dan kasih sayang mereka sewaktu kita bayi, begitu juga mereka di usia emas mereka.
Jangan mengeluh, Allahu... Jangan mengeluh, sayang.. Kerana mereka tak pernah mengeluh sedikit pun dalam menjaga, dan membesarkan kita..
Hingga kita jadi orang.
Hingga kita jadi manusia.
.
Setidak2nya, kirimkan doa buat mereka di setiap hujung solatmu. Ingat mereka dalam setiap sujudmu.
Ingat, mereka tiada ganti ❤️❤️
Nota: kakak sayang mama dan abah. Allah, izinkan hamba untuk bahagiakan mereka.. Barangkali bukanlah dengan wang ringgit tapi bahagia yang abadi hingga di alam sana.. ❤️❤️π
Salam sayang
Malin Meena
Thursday, November 29, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment