Friday, January 12, 2018

Post on 2nd Jan, 2012 ; 4 PM

Gara-gaRa seEkor kera~


Asalamualaikum dan good evening to all readers and viewers...

yup, today's topic s about kera... kera in english apa yer?? abaikan.....

pada mulanya, hari ini seperti hari-hari sebelumnya. Aku dan skuad-skuad aku yang lain sedang seronok menikmati makan tengahari kami. sudah lama tidak makan bersama sambil berbual-bual, menghilangkan sedikit kerisauan dan juga tekanan dalam minggu mengulangkaji ini.

gendang-gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati.

Tidak lama selepas itu, tibalah masa untuk membasuh segala pinggan dan bekas-bekas. takkan nak biar macam tu je, anak dara kena rajin....tidak boleh tahu makan sahaja.

sedang leka membasuh pinggan, ada seorang dari kami kata dia ternampak seekor kera yang sangat besar di aras kami. pada mulanya, kami hanya membiarkannya....biarlah, kalau kita tidak ganggunya, dia pun tidak akan kacau kita bukan? (saja nak sedapkan hati)

namun, hati ini tidak tenang selama-lamanya. lebih-lebih lagi apabila mendengar warga teraai yang berada di aras bawah, terjerit-jerit melihat binatang tersebut.

daripada kami kelihatan sangat tenang dan cool, terus kami menutup pintu bilik air dan menguncinya untuk mengelakkan kera itu masuk kedalam daan menyerang kami. ada kemungkinan kan? gigitan kera itu sangat bahaya.

muka semua pucat. namun, kami masih meneruskan aktiviti kami iaitu membasuh pinggan sambil bergelak tawa.

ya, gara-gara kera itu, kami mengunci diri kami sendiri dalam bilik air. apabiila merasakan keadaansudah reda, kami segera keluar dan masuk ke bilik. tidak mahu terserempak dengan binatang itu.

kami masih berjaga-jaga, siapa tahu kalau kera itu muncul lagi.. ini bukan kali pertama kera ini datang. kalau kalian lihat pada gambar diatas, gambar itu pada tahun lepas.

sekian coretan hari ini (hari kedua dalam 2012) =)

0 comments:

Post a Comment