Monday, March 19, 2018

Ting Tang Ting, We Welcome you, Comel Pipi Merah!

Assalamualaikum 🌈
Greetings! πŸ‘‹πŸ‘‹
Ola 😎

Setiap kelahiran pasti disambut dengan hati yang berbunga. Berbunga ia malah lebih mekar dari kuntuman bunga di taman. 

Setiap kelahiran itu amat dinanti oleh semua orang tidak kira siapa. Satu kelahiran yang baru itu dianggap seperti kain putih. Putih suci tidak ada sedikit pun cela dan kotornya. Setiap  yang melihatnya merasa tenang dengan warna suci putih itu. Masya Allah.. 

Begitu juga dengan kelahiran puteri comel pipi merah ini. Rakyat Malaysia malah, satu dunia menantikannya. 

Selamat Datang, si comel pipi merah! Berbaktilah pada orang tuamu selagi ada nya kudrat dan peluang. Sayangilah mereka. Siti Aafiyah, rupa seindah nama. wajah yang menenangkan. wajah yang menerbitkan 1001 perasaan yang luar biasa. Semoga menjadi anak yang solehah bukan sahaja buat ibubapamu malah buat kami semua. Semoga gelaran Fatimah Az-Zahra seusia kamu tujuh hari terus menjadi panduan dan tonggak kehidupan kamu.

Cantik luar dan cantik dalam. πŸŒˆ

#comelpipimerah

Salam sayang 
Malin Meena

0 comments:

Post a Comment