Assalamualaikum π
Greetings! ππ
Ola! π
Hari ni daku nak kongsi tentang one of kebesaran yang Allah punya.
Ψ§ΩΩΩ Ψ§ΩΨ¨Ψ± Ψ§ΩΩΩ Ψ§ΩΨ¨Ψ± Ψ§ΩΩΩ Ψ§ΩΩΩ Ψ§ΩΨ¨Ψ±
Rutin pagi harian daku (alhamdulillah) adalah dengan membaca kitab suci Al-Quran. Daku sebolehnya tidaklah hanya mahu membaca.. Tapi.. Daku mahu memahaminya, mengamalkannya, dan menyebarkannya.. Maaf, bukan niat daku nak menunjuk mahupun riak.. ALLAHU, jauhkan hamba dari sifat begitu.. Daku cuma mahu kongsi supaya orang lain turut suka untuk melakukannya.. Mengajak sahabat2 kita ni kearah kebaikan kan dituntut Islam?
Daku baca dalam arab.. Daku cuba faham melalui terjemahan.. cuba amalkan suruhannya dan take note on larangannya.. Dan tak lupa daku akan share sepotong dua ayat agar rakan2 daku juga turut sama boleh manfaatnya... Insyallah..
Al-Quran itu bukan hanya perlu di baca semata2..
Baca..Faham..Amal..Sebar..
Dakwah untuk diri sendiri dan juga orang lain.
Okay, berbalik pada tajuk...
Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan??
Pagi ni dengan izin Allah, daku baca surah Al-Furqan.. Dan daku jumpa satu ayat ini. Looks familiar.. Heard from somewhere else.. Then i wonder.. Oh yess.. Dalam surah Ar-Rahman pun ada ayat begini. Tak sama tapi merujuk kepada perkara yang sama..
Surah Al-Furqan (25:53)
53. Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
Surah Ar-Rahman (55:19-20)
19. Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu..
20. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.
Ini adalah salah satu tanda kekuasaan Allah yang Maha Agung. Dimana dua jenis laut bertemu tapi tidak bercampur antara satu sama lain.. Laut air tawar dan air masin.. Keduanya tidak bercampur meskipun bertemu dek kadar ketumpatannya.
Malah warnanya turut berbeza. SUBHANALLAH.. dua lautan yang tidak bercampur itu terletak di Selat Gibraltar.. Selat yang memisahkan Benua Afrika dan Benua Eropah yang mana berhampiran di negara Morocco & Sepanyol.
Dikala dunia baru mengetahui tentang dua lautan ni, Al-Quran terlebih dahulu menceritakan mengenai keajaiban dan kekuasaan Allah ini..
Ini antara salah satuny.. Banyak lagi kekuasaan yang boleh kita discover.
Oleh itu kesayangan semua, bacalah AlQuran. Didalam penuh 1001 ilmu, cerita dan bukti yang nyata..
Allahuakbar..
Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Salam Sayang,
Malin Meena
Tuesday, November 27, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment