Monday, November 19, 2018

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum 🌈
Greetings! πŸ‘‹πŸ‘‹
Ola! 😎

Pernah dengar tak lagu ni or pernah nyanyi tak lagu ni masa pertandingan nasyid kat sekolah?

Tercipta satu lembaran sejarah, 
Ditanah suci kota mekah, 
Hari yang mulia penuh syahadah, 
Bermulanya sebuah kisah.. 

Malam isnin subuh yang indah, 
12 Rabiul awal yang cerah, 
20 April tahun gajah, 
Lahirlah zuriat dan syahadah.. 

Abdullah nama bapanya, 
Siti Aminah ibunya, 
Riang gembira menyambutnya, 
Lahirnya putra yang utama.. 

Muhammad nama diberi, 
Gelaran yang terpuji, 
Nikmat ilahi sama disyukuri, 
Terima putra yang berbakti.. 

Keadaan yatim yang mulia, 
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira,
Terima kunjungan mulia.. 

..

Bila dah dengar lagu ni, tahulah kita ianya maulidur rasul. 12 Rabiul awal.. Hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Banyak lagi sebenarnya lagu2 yang menceritakan perihalnya, kisahnya, menyampaikan rindu padanya.. Tapi ini antara salah satunya la..

Baik, daku sebenarnya just nak share antara amalan rasulullah yang boleh kita amalkan.. Berapa banyak ganjaran pahala yang kita boleh dapat jika kita sering mengikuti amalan baginda... Masya Allah, Allah tu maha pemurah lagi mengasihani.. Mudahnya kita mendapat dan mengumpul pahala..

Okay, here's some of the amalan Rasulullah yang kita boleh amalkan..

1. Sentiasa berwuduk dan menjaga wuduk
2. Solat subuh berjemaah
3. Bersugi
4. Memberi salam pada semua muslim
5. Tidak meninggalkan solat Dhuha
6. Berpuasa dan berbuka dengan sederhana
7. Segera menunaikan solat apabila masuk waktu
8. Sebelum tidur, ambil wudhu dan baring mengiring ke kanan
9. Dahulukan yang kanan
10. Sentiasa bangun malam dan solat tahajjud

Mudah kann?
Insyallah..
Perlahan2..
Dari tak biasa akan jadi biasa. .
Tak boleh tinggal..
Rasa ralat kalau tinggal..
Insyallah..
Istiqomah.  ❤️

Rindu kan pada Rasulullah?
Ya, kita umat akhir baginda..
Kita tak pernah bersua muka..

Namun rindunya membuak2
Rindu kami padanya yang tak terkata..
Dengan kasih pada umatnya yang tak terkira..
Tak setanding rasanya..
Tak seutuh kasihnya..
Ingatan kita padanya, adakah sama seperti ingatannya pada kita?

Sungguh,
Aku rindu padaNya..
Aku tagihkan syafaatnya..

Titipkan rinduku pada kekasihmu, yang Esa..
Ku titipkan melalui puji2an dan selawat ke atasnya..
Sampaikan salam rinduku padanya..

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„ΩŠ  Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

 Salam Sayang,
Malin Meena

0 comments:

Post a Comment