Wednesday, December 26, 2018

Do subscribe my telegram!

Assalamualaikum 🌈
Greetings! πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ
Ola! 😎

Daku ada create one channel in Telegram to spread the good things.. To share knowledge..

Supaya kita sama2 boleh belajar, tambah ilmu, tambah pengetahuan..

Sebab daku nak sebar kebaikan.. Paling kurang secalit pun jadilah.. Bukan nak tunjuk baik, bukan nak berlagak ala ustazah..

Tapi daku nak kongsi dan sebar kebaikan semoga kita semua beroleh kebaikan itu.

Kita kejar syurga tu sama2. Daku tak nak kejar sorang2.. Kita pergi bersama2 ya ❤️❤️

Ini link dia ya..
https://t.me/PendosaYangMahuBerhijrah

Jumoa kat sana tau! πŸ˜‰

Salam sayang, 
Malin meena



Tuesday, December 25, 2018

Hijrah Lillahi Taala~

Assalamualaikum 🌈
Greetings πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ
Ola! 😎

Apa itu hijrah?
Dalam bahasa mudahnya bermaksud perpindahan.

Perpindahan yang macam mana?
Pelbagai.

Hijrah dalam sejarah Nabi Ω…Ψ­Ω…Ψ― s.a.w adalah apabila baginda berhijrah dari Kota Suci Mekah ke Madinah untuk menyebarkan ajaran Islam. Baginda dan sahabat2nya meninggalkan apa yang mereka punya untuk mengembangkan lagi agama Islam.

Bagaimana pula sifat hijrah itu dalam diri kita?
Perpindahan yang bagaimana?

Setiap manusia juga boleh melakukan hijrah buat diri mereka.
Bagaimana?

Apabila mereka ingin berpindah diri mereka dari keburukan kepada kebaikan..

Apabila mereka ingin keluar dari kegelapan dan mencari cahaya..

Hijrah ini pelbagai.

Dan penghijrahan itu adalah titik mula kehidupan kita kearah yang lebih baik..
Tatkala hati dan jiwa kita terdetik untuk melakukan perubahan dan juga perpindahan kerana Allah meskipun ia berentak perlahan... Allahurabbi, ketenangan itu sedia menanti kita. Kelapangan itu terbentang luas..

Dan untuk berpindah/berubah tidak perlu tunggu esok. Tidak perlu tunggu tahun baru atas alasan azam baru, tidak perlu menunggu ada teman menemani untuk berubah..

Lakukan sekarang.
Lakukan detik ini.

Apakah dikau yakin dikau diberi pinjaman nyawa dari Ψ§Ω„Ω„Ω‡ itu sehingga esok?
Apakah dikau yakin pinjaman nyawa itu berlarutan hingga tahun hadapan?
.
Makanya, jika dikau tahu yang pinjaman dikau itu bakal tamat tempoh pada satu tempoh yang dikau tidak tahu, lakukan penghijrahan itu sekarang.
.
Usah tangguh2 lagi.

Ya, bukan mudah untuk berpindah.
Bukan senang untuk berubah..
Sangat sukar untuk berhijrah..

Tapi bila mana dikau telah mendapat petunjuk dariNya, jangan disia2kan.. ❤️

Bersyukur Ψ§Ω„Ω„Ω‡ masih menyayangimu lantas diberinya kepadamu satu kesedaran..

Macam mana nak tahu yang kita dapat kesedaran untuk berhijrah tu?

Apabila hati kita, jiwa dan minda kita terdetik/terlintas akan sesuatu perkara.. Apabila kita mula memikirnya kesan baik & buruknya..

Aku nak solat.. Lama dah tinggal.. 
Aku nak ke masjid.. Last aku pergi terawih tahun sudah.. 
Aku nak bersedekah.. Kesian orang tu tak makan.. 
Aku nak maafkan dia.. Apa guna aku berdendam..
Aku nak tinggalkan yang lagha.. 
Aku tak nak berkata buruk mengenai orang.. tidak baik.. 
Aku nak bangun subuh.. 
Aku nak bertudung.. Aku nak menutup aurat.. 
Aku nak jaga hubungan aku dengan orang sekelilingku..
Aku nak jaga ikhtilat.. 
Aku nak jaga hubunganku dengan Allah.. 

Lihat..

Ada bermacam2 perkara yang boleh mendorong kita kearah perubahan yang lebih baik.

Hijrah yang daku maksudkan bukanlah berubah dari jahil kepada alim ulama..

Tidak.

Namun, jika kalian sudah berjaya berhijrah seperti itu.. Alhamdulillah..Allah sayang kalian.. ❤️❤️

Tetapi apa yang daku mahu katakan adalah berubah menjadi lebih baik.. Mencari identiti diri. Mencari tujuan hidup. Bukannya biar hidup ini berlalu macam tu sahaja..

Jika sebelum ni kita sering tinggal solat, kali ni kita tak pernah lupa untuk solat..

Jika sebelum ni kita sering lewat2kan solat.. Kali ni kita solat di awal waktu..

Jika sebelum ni kita bersangka buruk terhadap orang lain, kali ni kita bersangka baik kepadanya..

Jika sebelum ni kita memakai tudung kerana trend ataupun ikutan rakan.. Kali ni kita pakai menutupi aurat dengan sempurna..

Ya, untuk berhijrah itu perlukan komitmen..

Macam mana nak istiqomah.

Niat lillahi ta'ala..

Setiap apa yang kamu lakukan itu kerana Allah Ta'ala..
.
Bukan mengharapkan perhatian manusia mahupun pujian dari mereka.
.
Lantas bukan juga berubah kerana manusia...

Niat lillahi ta'ala.. Kerana ia lebih bersifat kekal. Jika kita niat kerana makhluk, ia lebih bersifat sementara.

Sudah menjadi salah satu sifat makhluk, iaitu bersifat tiada...bersifat sementara.

Allah itu bersifat Ada. Bersifat kekal.

Berubah kerana Allah, pasti kekal. Dan cinta padaNya pasti menebal..
.
Ω„Ω„Ω‡ ΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ ❤️❤️

Mulakan sekarang.

Nota kaki: daku bukanlah sempurna, daku bukanlah bijak pandai agama... Namun daku berusaha untuk menambah cinta daku pd Allah & Rasulnya.. Dan daku tidak mahu keseorangan dalam merebut cinta itu.. Daku mahu kita bersama2.. Kebaikan itu kita sebar biar semua dapat nikmatinya.. ❤️❤️

Salam sayang, 
Malin Meena


Friday, December 21, 2018

Kebaikan kiriman dariNya

Assalamualaikum 🌈
Greetings πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ
Ola! 😎





Terkadang insan yang hadir dalam hidup kita itu datang sebagai..
.
1. Jodoh.
Jodoh ini misteri. Terkadang tak diduga kehadirannya.. Terkadang tak disangka pengakhirannya.. Ya, jodoh itu telah ditetapkan..namun usaha perlu ada. Jika pengakhirannya baik, Alhamdulillah, ia milikmu.. Jika pertemuan itu bukanlah sebagai jodoh, barangkali sebagai kebaikan atau ujian. Usah risau..
.
2. Kebaikan.
Kebaikan yang Allah kirimkan kepadanya untuk kita. Allah sayangkan kita.. Apabila kita doa minta diberi taufik & hidayah.. Jadi boleh dikira juga Allah mengirimkannya melalui makhluk..Sedikit demi sedikit perubahan kearah kebaikan itu tandaNya hidayah yang kita terima itu milik kita.
.
3. Ujian.
Ujian yang Allah hantar melalui seseorang. Kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Dan ujian itu dihantar untuk melihat sama ada kita tetap ingat padanya saat kita berduka sahaja atau saat kita suka juga. Apabila kita berdoa minta dikuatkan iman...jadi Allah kirimkn melalui insan tersebut untuk uji iman kita..
.
Sama ada ia hadir sebagai jodoh atau kebaikan mahupun ujian, percayalah.. ALLAH adalah sebaik2 perancang.. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala2nya ❤️❤️

Salam sayang,
Malin Meena

Tuesday, December 18, 2018

Penyesalan penghuni neraka πŸ”₯πŸ”₯

Assalamualaikum 🌈
Greetings πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ
Ola! 😎

Hari ini daku nak berkongsi sedikit tentang penyesalan2 penghuni neraka.

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".(35:37)
.
Maka jelaslah apabila disebut didalam Al-Quran..

Mereka merayu2 dan menjerit minta dikeluarkan dari neraka.. Minta diberi peluang kedua untuk dihidupkan dan mengerjakan segala amalan..

Lalu Allah berfirman "Bukankah Kami telah melanjutkan umurmu & memberimu masa yang cukup untuk berfikir dan beringat?"
.
Allahu,
.
Allah sudah beri kita satu tempoh masa ketika kita berada di dunia.. Allah sudah mengirimkan peringatan & amaran.. Tapi apa yang kita buat dengan masa yang diberikan? Berapa lama tempoh yang kita mahu? 100 tahun? 1000 tahun???
.
Peringatan itu didatangkan kepada kita melalui beberapa kaedah:
1. Al-Quran.
    Kisah benar kaum terdahulu, pengajaran dan kisah, amaran serta ingatan yang terdapat didalam kitab suci.
2. Utusan Allah, Nabi Muhammad s.a.w
    Rasulullah pernah berpesan "rebutlah/ingatlah 5 perkara sebelum terjadinya 5 perkara.. Sihat sblm sakit, Muda sebelum Tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
3. Uban di rambutmu
    Peringatan menandakan umur semakin lanjut.
4. Sakit2 badan /uzur
5. Kematian orang yang hampir disekeliling kita.
6. Sudah mula ada penyakit lupa.

Saiditina Aisyah r.a sering melihat dihujung usia Rasulullah, baginda banyak menyebut Subhanallah, Wabihamdihi, Astaghfirullah, Waatubuillaih.. 
Lalu Saiditina Aisyah bertanya pada baginda kenapa baginda sering menyebut 4 perkara itu..

Kata Rasulullah, Allah telah memberitahu padaku.. Sesungguhnya jika aku telah melihat satu petanda pada umatku, perlulah aku menyebut 4 perkara tersebut. Dan petanda itu telah datang wahai Aisyah..

Firman Allah s.w.t didalam Surah An-Nasr memberitahu bahawa tugas Rasulullah itu telah selesai..

"1️⃣Apabila dtg pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad menguasai negeri Makkah) "
"2️⃣Dan engkau telah melihat manusia masuk ugama Allah beramai2"
"3️⃣ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji tuhanmu, dan mintalah ampun padaNya, sesungguhnya dia amat menerima taubat"

Oleh kerana itu, aku menyebut Subhanallah (tasbih), Wabihamdihi (memuji Allah - Tahmid), Astaghfirullah (mohon ampun) dan Waatubuillaih (taubat)
.
Sedangkan Rasulullah juga mendapat peringatan/petanda dari Allah..

Akhir kalam,  Kita semua telah diberi peringatan/petanda.. Cuma terkadang kita tidak sedar atau buat2 tak sedar akan hal itu.

Oh ya.  Boleh selalu amalkan untuk menyebut 4 perkara tersebut, tasbih.. Tahmid, istighfar, dan taubat.sebenarnya apa2 zikir pun boleh diamalkan.. Lepas solat jangan terus bsngun, duduk sekejap... Luangkan masa untuk berzikir...

Nota kaki: seronok tau sebenarnya bila kita dengar kuliah.. X kisahlah kuliah apa sekalipun... Sbb kita boleh tambah ilmu. Benar kata ustaz, disaat kita merasa kita punya ilmu mengenai sesuatu perkara, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tak tahu.. Jadi, jangan pernah berhenti mencari ilmu.

Nota tangan: nanti daku share lagi ya.. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.. Insyallah..

Salam Sayang, 
Malin Meena




Monday, December 17, 2018

Tinggalkan saja..

Assalamualaikum 🌈
Greetings πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ
Ola! 😎

Sahabat,
Andai dirimu tidak dihargai,
Andai dirimu dilupai,
Andai dirimu kini dipandang sepi..

Tinggalkan saja..

Usah dinanti..
Usah toleh belakang..
Usah berharap..

Tinggalkan saja..

Dikau punya nilai!
Dikau bukannya barangan!
Dikau bukannya murah!

Tinggalkan saja..
Untuk apa tunggu?

Sahabat,
Dikau hanya tambah pedih di hati,
Dikau hanya tambah luka di jiwa,
Dikau hanya tambah parut di ingatan..

Untuk apa semua itu?
.
Oleh itu, tinggalkan saja.
Kembali pada yang satu.
Rawatlah semula hati, jiwa dan ingatanmu, sahabat.

Kerana dikau begitu berharga.

Tinggalkan.

Salam sayang,
Malin Meena