Tuesday, December 25, 2018

Hijrah Lillahi Taala~

Assalamualaikum 🌈
Greetings πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ
Ola! 😎

Apa itu hijrah?
Dalam bahasa mudahnya bermaksud perpindahan.

Perpindahan yang macam mana?
Pelbagai.

Hijrah dalam sejarah Nabi Ω…Ψ­Ω…Ψ― s.a.w adalah apabila baginda berhijrah dari Kota Suci Mekah ke Madinah untuk menyebarkan ajaran Islam. Baginda dan sahabat2nya meninggalkan apa yang mereka punya untuk mengembangkan lagi agama Islam.

Bagaimana pula sifat hijrah itu dalam diri kita?
Perpindahan yang bagaimana?

Setiap manusia juga boleh melakukan hijrah buat diri mereka.
Bagaimana?

Apabila mereka ingin berpindah diri mereka dari keburukan kepada kebaikan..

Apabila mereka ingin keluar dari kegelapan dan mencari cahaya..

Hijrah ini pelbagai.

Dan penghijrahan itu adalah titik mula kehidupan kita kearah yang lebih baik..
Tatkala hati dan jiwa kita terdetik untuk melakukan perubahan dan juga perpindahan kerana Allah meskipun ia berentak perlahan... Allahurabbi, ketenangan itu sedia menanti kita. Kelapangan itu terbentang luas..

Dan untuk berpindah/berubah tidak perlu tunggu esok. Tidak perlu tunggu tahun baru atas alasan azam baru, tidak perlu menunggu ada teman menemani untuk berubah..

Lakukan sekarang.
Lakukan detik ini.

Apakah dikau yakin dikau diberi pinjaman nyawa dari Ψ§Ω„Ω„Ω‡ itu sehingga esok?
Apakah dikau yakin pinjaman nyawa itu berlarutan hingga tahun hadapan?
.
Makanya, jika dikau tahu yang pinjaman dikau itu bakal tamat tempoh pada satu tempoh yang dikau tidak tahu, lakukan penghijrahan itu sekarang.
.
Usah tangguh2 lagi.

Ya, bukan mudah untuk berpindah.
Bukan senang untuk berubah..
Sangat sukar untuk berhijrah..

Tapi bila mana dikau telah mendapat petunjuk dariNya, jangan disia2kan.. ❤️

Bersyukur Ψ§Ω„Ω„Ω‡ masih menyayangimu lantas diberinya kepadamu satu kesedaran..

Macam mana nak tahu yang kita dapat kesedaran untuk berhijrah tu?

Apabila hati kita, jiwa dan minda kita terdetik/terlintas akan sesuatu perkara.. Apabila kita mula memikirnya kesan baik & buruknya..

Aku nak solat.. Lama dah tinggal.. 
Aku nak ke masjid.. Last aku pergi terawih tahun sudah.. 
Aku nak bersedekah.. Kesian orang tu tak makan.. 
Aku nak maafkan dia.. Apa guna aku berdendam..
Aku nak tinggalkan yang lagha.. 
Aku tak nak berkata buruk mengenai orang.. tidak baik.. 
Aku nak bangun subuh.. 
Aku nak bertudung.. Aku nak menutup aurat.. 
Aku nak jaga hubungan aku dengan orang sekelilingku..
Aku nak jaga ikhtilat.. 
Aku nak jaga hubunganku dengan Allah.. 

Lihat..

Ada bermacam2 perkara yang boleh mendorong kita kearah perubahan yang lebih baik.

Hijrah yang daku maksudkan bukanlah berubah dari jahil kepada alim ulama..

Tidak.

Namun, jika kalian sudah berjaya berhijrah seperti itu.. Alhamdulillah..Allah sayang kalian.. ❤️❤️

Tetapi apa yang daku mahu katakan adalah berubah menjadi lebih baik.. Mencari identiti diri. Mencari tujuan hidup. Bukannya biar hidup ini berlalu macam tu sahaja..

Jika sebelum ni kita sering tinggal solat, kali ni kita tak pernah lupa untuk solat..

Jika sebelum ni kita sering lewat2kan solat.. Kali ni kita solat di awal waktu..

Jika sebelum ni kita bersangka buruk terhadap orang lain, kali ni kita bersangka baik kepadanya..

Jika sebelum ni kita memakai tudung kerana trend ataupun ikutan rakan.. Kali ni kita pakai menutupi aurat dengan sempurna..

Ya, untuk berhijrah itu perlukan komitmen..

Macam mana nak istiqomah.

Niat lillahi ta'ala..

Setiap apa yang kamu lakukan itu kerana Allah Ta'ala..
.
Bukan mengharapkan perhatian manusia mahupun pujian dari mereka.
.
Lantas bukan juga berubah kerana manusia...

Niat lillahi ta'ala.. Kerana ia lebih bersifat kekal. Jika kita niat kerana makhluk, ia lebih bersifat sementara.

Sudah menjadi salah satu sifat makhluk, iaitu bersifat tiada...bersifat sementara.

Allah itu bersifat Ada. Bersifat kekal.

Berubah kerana Allah, pasti kekal. Dan cinta padaNya pasti menebal..
.
Ω„Ω„Ω‡ ΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ ❤️❤️

Mulakan sekarang.

Nota kaki: daku bukanlah sempurna, daku bukanlah bijak pandai agama... Namun daku berusaha untuk menambah cinta daku pd Allah & Rasulnya.. Dan daku tidak mahu keseorangan dalam merebut cinta itu.. Daku mahu kita bersama2.. Kebaikan itu kita sebar biar semua dapat nikmatinya.. ❤️❤️

Salam sayang, 
Malin Meena


0 comments:

Post a Comment