Tuesday, December 18, 2018

Penyesalan penghuni neraka πŸ”₯πŸ”₯

Assalamualaikum 🌈
Greetings πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ
Ola! 😎

Hari ini daku nak berkongsi sedikit tentang penyesalan2 penghuni neraka.

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".(35:37)
.
Maka jelaslah apabila disebut didalam Al-Quran..

Mereka merayu2 dan menjerit minta dikeluarkan dari neraka.. Minta diberi peluang kedua untuk dihidupkan dan mengerjakan segala amalan..

Lalu Allah berfirman "Bukankah Kami telah melanjutkan umurmu & memberimu masa yang cukup untuk berfikir dan beringat?"
.
Allahu,
.
Allah sudah beri kita satu tempoh masa ketika kita berada di dunia.. Allah sudah mengirimkan peringatan & amaran.. Tapi apa yang kita buat dengan masa yang diberikan? Berapa lama tempoh yang kita mahu? 100 tahun? 1000 tahun???
.
Peringatan itu didatangkan kepada kita melalui beberapa kaedah:
1. Al-Quran.
    Kisah benar kaum terdahulu, pengajaran dan kisah, amaran serta ingatan yang terdapat didalam kitab suci.
2. Utusan Allah, Nabi Muhammad s.a.w
    Rasulullah pernah berpesan "rebutlah/ingatlah 5 perkara sebelum terjadinya 5 perkara.. Sihat sblm sakit, Muda sebelum Tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
3. Uban di rambutmu
    Peringatan menandakan umur semakin lanjut.
4. Sakit2 badan /uzur
5. Kematian orang yang hampir disekeliling kita.
6. Sudah mula ada penyakit lupa.

Saiditina Aisyah r.a sering melihat dihujung usia Rasulullah, baginda banyak menyebut Subhanallah, Wabihamdihi, Astaghfirullah, Waatubuillaih.. 
Lalu Saiditina Aisyah bertanya pada baginda kenapa baginda sering menyebut 4 perkara itu..

Kata Rasulullah, Allah telah memberitahu padaku.. Sesungguhnya jika aku telah melihat satu petanda pada umatku, perlulah aku menyebut 4 perkara tersebut. Dan petanda itu telah datang wahai Aisyah..

Firman Allah s.w.t didalam Surah An-Nasr memberitahu bahawa tugas Rasulullah itu telah selesai..

"1️⃣Apabila dtg pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad menguasai negeri Makkah) "
"2️⃣Dan engkau telah melihat manusia masuk ugama Allah beramai2"
"3️⃣ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji tuhanmu, dan mintalah ampun padaNya, sesungguhnya dia amat menerima taubat"

Oleh kerana itu, aku menyebut Subhanallah (tasbih), Wabihamdihi (memuji Allah - Tahmid), Astaghfirullah (mohon ampun) dan Waatubuillaih (taubat)
.
Sedangkan Rasulullah juga mendapat peringatan/petanda dari Allah..

Akhir kalam,  Kita semua telah diberi peringatan/petanda.. Cuma terkadang kita tidak sedar atau buat2 tak sedar akan hal itu.

Oh ya.  Boleh selalu amalkan untuk menyebut 4 perkara tersebut, tasbih.. Tahmid, istighfar, dan taubat.sebenarnya apa2 zikir pun boleh diamalkan.. Lepas solat jangan terus bsngun, duduk sekejap... Luangkan masa untuk berzikir...

Nota kaki: seronok tau sebenarnya bila kita dengar kuliah.. X kisahlah kuliah apa sekalipun... Sbb kita boleh tambah ilmu. Benar kata ustaz, disaat kita merasa kita punya ilmu mengenai sesuatu perkara, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tak tahu.. Jadi, jangan pernah berhenti mencari ilmu.

Nota tangan: nanti daku share lagi ya.. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.. Insyallah..

Salam Sayang, 
Malin Meena




0 comments:

Post a Comment