Assalamualaikum π
Greetings! ππ
Ola! π
Baru2 ni, daku dah tengok full episod korean drama, Familiar wife..
And daku nak sangat recommend this drama to all..
Cerita ni tak heavy pun, biasa je..
Tapi penuh dengan mesej dan pengajaran tau.
That's why daku suka layan movie or drama dari Korea ni.. Sebab oenuh dengan mesej dan pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar. Banyak tau. And daku layan genre yang jenis law/ medical/ crime/ investigation/ comedy/ family. Cinta cintun ni kureng sikit... Because for me its too much fantasy than reality. nanti buat kita expect that our real life macam tu. Haaa, nanti mulalah angan2 mat jenin..
Well, lain orang lain minatnya kann..
Okay, back to Familiar Wife.. Daku recommend this drama to those yang sudah berkahwin or bakal berkahwin and also not to forget yang belum berkahwin..
Kenapa?
Sebab banyak sangat nilai & pengajaran.
Hmm, daku buat review based on apa yang daku faham ya.. Later, baik kalian tonton dan fahami dari sudut moral of the story tu..
Kisah dia macam ni, Joo Hyuk kahwin dgn Woo Jin and ada 2 org anak kecil. Everyday yang Joo Hyuk ni lalui is very the struggle.. Tak cukup tidur, anak menangis tengah malam, stress on household, stress tempat kerja, bangun lewat rushing dan lewat ke tempat kerja, dengan isteri moody semacam, asyik nak marah je, balik dari kerja makanan xdak, rumah bersepah, anak menangis lagi, playstation pulak buat hal.. Arghhhhh. . Serius stress gila hidup dia..
Satu hari tu dia terlepas amarah kat wife dia (nak tau, tengok ya).. Lepas tu dia keluar jumpa kawan2 baik dia kat kedai kawan dia dengan mukanya yang stress teruk tu. Then dia cakap dia macam menyesal tau kahwin dengan isteri dia sekarang. Isteri dia tu bukanlah macam yg dia kenal dulu. Sekarang dah bertukar jadi monster.. Then adalah dia buat throwback on how they know each other.. Back to 2006.. Dia kata kalaulah dia blh back to past and change his destiny for sure he will not choose his current wife.. Dia nak pilih crush dia, Hye Won.. Cantik, kaya, sweet..
Nak dijadikan cerita waktu dia naik tren Adalah meet dengan seorang uncle ni then uncle ni kasi dia duit syiling tahun 2006. Then waktu dia pulang dari majlis anjuran company dia, dia lalu 1 jalan ni & ada toll (before this xde pulak toll). So dia bayar la guna duit syiling 2006 tu.. Suddenly kereta dia hilang kawalan... And he is back to 2006! the first day he meet isterinya dan juga Hye Won.
Maka berubahlah aturan kehidupan dia yang mana isterinya bukan lagi Woo Jin.. Tapi Hye Won.. Huiiii, melompat sukalah beliau memandangkan Hye Won ni mmg supportive habis, sweet, seperti yang dia impikan dari sebuah perkahwinan..
Tapi, kita mmg xblh lari dari destiny. Even hidup dia dh berubah, Woo Jin masih ada dalam hidup dia.. Cuma bezanya kali ni muncul as rakan sekerja..
Bla bla blaaa..
Dipendekkan cerita, Hye Won minta cerai sbb dia tak blh terima kalau suami dia xdengar kata dia..Hye Won ni memang supportive habis, tapi dia mencari suami yang dengar kata dan telunjuk dia 120% dan sangatlah memandang taraf tau sampaikan dia ni mmg nampak sangat ketidakselesaan dia dgn keluarga mertuanya.. Yelah, dia kan orang berada.. Kira not meet std la.. Woo Jin pula bercinta dgn kawan baiknya tp xlama sbb ternyata Woo Jin sukakan Joo Hyuk cuma Woo Jin keliru kenapa dia mcm familiar dgn Joo Hyuk. Dan Joo Hyuk seolah2 mmg dah kenal sgt dia dah.. And kwn baiknya upset dgn dia sbb kwn dia ingat Joo Hyuk ni kawan makan kawan. Mmg bermasam muka jugalah..
And yes, during g his difficulties semasa dugaan.. Dia akui dia faham apa yang isterinya dulu alami.. The struggle on handling household, kids.. Etc. Dia rasa bersalah sgt.. Tp dia takut utk kembali ke isterinya sbb dia takut nanti isterinya akan terluka lagi..
Pendekkan cerita lagi, in the end.. Mereka bersama2 back to 2006.. Dan ubah destiny diorg.. Mereka bersama juga akhirnya.. Dan mereka cuba hadapi segala permasalahan bersama dengan lebih matang.. Bukan ikut emosi..
The end.
Kenapa daku cakap cerita ni best?
Pengajaran pertama dia adalah perkahwinan adalah we live together.. Meaning that, semua perkara kita hadapi together.. Pendek kata semua.. bukannya kau cari salah aku, aku cari salah kau.. Aku penat aku nak rehat, ko penat ada aku kisah?? Haaa, bukan tau..
Pengajaran kedua adalah mengubah destiny tu not solve anything. Because in the end, masalah lain pula timbul. If u really want to change, change yourself. Bukannya change other people.
Pengajaran ketiga put yourself under their shoes. Ini lah lumrah yang kita nampak bila berumah tangga. Si suami balik kerja katanya penat, nak makan then rehat. Hal rumah mmg lepas 100% pada si isteri. Tapi ada tak, si suami tu fikir pula penat si isteri tu? Sama ada si isteri tu bekerja juga atau tidak bekerja.. Level penat dia sama je dengan penat si suami..sama lah juga dengan si isteri.. Cuba lah faham keadaan si suami tu yer... Mungkin betul dia penat dan stress kat tempat kerja.. Be positive.. Cuba faham keadaan pasangan masing2.. Jadi sebelum judge orang lain, put yourself on their shoes.. Cuba fikir apa yang mereka rasa.
Pengajaran keempat.. Be tolerate and throw away your ego. Baik si suami atau so isteri... Jika masing2 xnak kalah dengan level cakra ego mereka.. Haaa, bukan setakat perang dunia 3, ke-8 pun blh meletus... You will start to sindir menyindir antara satu sama lain, cari salah. Cari pasal, talking bad.. Sebab xnk kalah.. Rasa jatuh air muka tu kalau mengalah. Ohhh myyy, mengalah bukan bererti kalah tau tapi menang bermaruah. Apa2 bincang, apa2 tak suka or xpuas hati cakap elok2.. Bertolak ansur. Semua benda blh settle kalau kita cakap baik2.. Ni kalau dah semua nak meninggi suara, mcm mana nak settle cik abang cik kak?
Pengajaran kelima.. When its meant to be, it meant to be. Dalih la macam mana sekalipun, if her is your destiny... You elak or lari dari dia macam mne sekalipun, in the end you akan tetap bersama dengan dia.. Sama lah juga, u defend mcm mne sekali pun your relationship dgn dia tapi jika dia bukan lah your destiny.. U cannot do anything.. Because she/he is not yours..
Oleh itu, kalau dalam Islam kita kata jangan melawan takdir. Allah sebaik2 pengatur rancangan. Kalau itu yang dah tertulis, maka itulah.. Sebaiknya doa2 yang baik2 buat semua..doa usaha ikhtiar tawakkal..
Pengajaran keenam.. Saling membantu dan bekerjasama.. Look, masing2 penat.. Jangan jadikan penat sebagai alasan untuk kita cari salah pasangan kita. Jangan jadikan dia pemula isu. Isu yang kecik boleh merebak himgga jadi isu yang besar. Permasalahan tak kan selesai kalau mcm tu. Sebaiknya bertolak ansur dan help each other. Buat la sama2.. Biar sama2 penat, sama2 susah2 sama2 happy.. Kerja jadi lebih ringan dan cepat siap kan.. Cth dlm mempersiapkan anak ke sekolah, urusan rumah, keperluan rumah, spend masa dengan anak, memasak.. Makan, main game, tgk tv. . Etc..
Sebenarnya banyak lagi tau Pengajaran2 yang kita boleh dapat. Most of the thing is kita akan belajar untuk lebih menghargai pasangan kita.
Oleh itu, jangan lupa tonton tau.
Nota: daku tak layan eh drama tibitiga jam 7 dgn asterukk riang ria jam 10. Banysk angan2 dan dongeng dari realiti.. Tak habis2 dengan watak anak tan sri kena kawin paksa, mula2 benci then suka teruk..tapi mak x suka.. Apakah!?
Apa2 pun, selamat menonton.!!
Nota lagi: maaf kalau ada typo.. Tapi berjurai2 macam mmg ada probability untuk typo tu.. Plus i is ngantuk..
Salam sayang,
Malin meena
Sunday, December 02, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment