Wednesday, December 26, 2018

Do subscribe my telegram!

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Daku ada create one channel in Telegram to spread the good things.. To share knowledge..

Supaya kita sama2 boleh belajar, tambah ilmu, tambah pengetahuan..

Sebab daku nak sebar kebaikan.. Paling kurang secalit pun jadilah.. Bukan nak tunjuk baik, bukan nak berlagak ala ustazah..

Tapi daku nak kongsi dan sebar kebaikan semoga kita semua beroleh kebaikan itu.

Kita kejar syurga tu sama2. Daku tak nak kejar sorang2.. Kita pergi bersama2 ya ❤️❤️

Ini link dia ya..
https://t.me/PendosaYangMahuBerhijrah

Jumoa kat sana tau! 😉

Salam sayang, 
Malin meena



Tuesday, December 25, 2018

Hijrah Lillahi Taala~

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Apa itu hijrah?
Dalam bahasa mudahnya bermaksud perpindahan.

Perpindahan yang macam mana?
Pelbagai.

Hijrah dalam sejarah Nabi محمد s.a.w adalah apabila baginda berhijrah dari Kota Suci Mekah ke Madinah untuk menyebarkan ajaran Islam. Baginda dan sahabat2nya meninggalkan apa yang mereka punya untuk mengembangkan lagi agama Islam.

Bagaimana pula sifat hijrah itu dalam diri kita?
Perpindahan yang bagaimana?

Setiap manusia juga boleh melakukan hijrah buat diri mereka.
Bagaimana?

Apabila mereka ingin berpindah diri mereka dari keburukan kepada kebaikan..

Apabila mereka ingin keluar dari kegelapan dan mencari cahaya..

Hijrah ini pelbagai.

Dan penghijrahan itu adalah titik mula kehidupan kita kearah yang lebih baik..
Tatkala hati dan jiwa kita terdetik untuk melakukan perubahan dan juga perpindahan kerana Allah meskipun ia berentak perlahan... Allahurabbi, ketenangan itu sedia menanti kita. Kelapangan itu terbentang luas..

Dan untuk berpindah/berubah tidak perlu tunggu esok. Tidak perlu tunggu tahun baru atas alasan azam baru, tidak perlu menunggu ada teman menemani untuk berubah..

Lakukan sekarang.
Lakukan detik ini.

Apakah dikau yakin dikau diberi pinjaman nyawa dari الله itu sehingga esok?
Apakah dikau yakin pinjaman nyawa itu berlarutan hingga tahun hadapan?
.
Makanya, jika dikau tahu yang pinjaman dikau itu bakal tamat tempoh pada satu tempoh yang dikau tidak tahu, lakukan penghijrahan itu sekarang.
.
Usah tangguh2 lagi.

Ya, bukan mudah untuk berpindah.
Bukan senang untuk berubah..
Sangat sukar untuk berhijrah..

Tapi bila mana dikau telah mendapat petunjuk dariNya, jangan disia2kan.. ❤️

Bersyukur الله masih menyayangimu lantas diberinya kepadamu satu kesedaran..

Macam mana nak tahu yang kita dapat kesedaran untuk berhijrah tu?

Apabila hati kita, jiwa dan minda kita terdetik/terlintas akan sesuatu perkara.. Apabila kita mula memikirnya kesan baik & buruknya..

Aku nak solat.. Lama dah tinggal.. 
Aku nak ke masjid.. Last aku pergi terawih tahun sudah.. 
Aku nak bersedekah.. Kesian orang tu tak makan.. 
Aku nak maafkan dia.. Apa guna aku berdendam..
Aku nak tinggalkan yang lagha.. 
Aku tak nak berkata buruk mengenai orang.. tidak baik.. 
Aku nak bangun subuh.. 
Aku nak bertudung.. Aku nak menutup aurat.. 
Aku nak jaga hubungan aku dengan orang sekelilingku..
Aku nak jaga ikhtilat.. 
Aku nak jaga hubunganku dengan Allah.. 

Lihat..

Ada bermacam2 perkara yang boleh mendorong kita kearah perubahan yang lebih baik.

Hijrah yang daku maksudkan bukanlah berubah dari jahil kepada alim ulama..

Tidak.

Namun, jika kalian sudah berjaya berhijrah seperti itu.. Alhamdulillah..Allah sayang kalian.. ❤️❤️

Tetapi apa yang daku mahu katakan adalah berubah menjadi lebih baik.. Mencari identiti diri. Mencari tujuan hidup. Bukannya biar hidup ini berlalu macam tu sahaja..

Jika sebelum ni kita sering tinggal solat, kali ni kita tak pernah lupa untuk solat..

Jika sebelum ni kita sering lewat2kan solat.. Kali ni kita solat di awal waktu..

Jika sebelum ni kita bersangka buruk terhadap orang lain, kali ni kita bersangka baik kepadanya..

Jika sebelum ni kita memakai tudung kerana trend ataupun ikutan rakan.. Kali ni kita pakai menutupi aurat dengan sempurna..

Ya, untuk berhijrah itu perlukan komitmen..

Macam mana nak istiqomah.

Niat lillahi ta'ala..

Setiap apa yang kamu lakukan itu kerana Allah Ta'ala..
.
Bukan mengharapkan perhatian manusia mahupun pujian dari mereka.
.
Lantas bukan juga berubah kerana manusia...

Niat lillahi ta'ala.. Kerana ia lebih bersifat kekal. Jika kita niat kerana makhluk, ia lebih bersifat sementara.

Sudah menjadi salah satu sifat makhluk, iaitu bersifat tiada...bersifat sementara.

Allah itu bersifat Ada. Bersifat kekal.

Berubah kerana Allah, pasti kekal. Dan cinta padaNya pasti menebal..
.
لله تعالى ❤️❤️

Mulakan sekarang.

Nota kaki: daku bukanlah sempurna, daku bukanlah bijak pandai agama... Namun daku berusaha untuk menambah cinta daku pd Allah & Rasulnya.. Dan daku tidak mahu keseorangan dalam merebut cinta itu.. Daku mahu kita bersama2.. Kebaikan itu kita sebar biar semua dapat nikmatinya.. ❤️❤️

Salam sayang, 
Malin Meena


Friday, December 21, 2018

Kebaikan kiriman dariNya

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎





Terkadang insan yang hadir dalam hidup kita itu datang sebagai..
.
1. Jodoh.
Jodoh ini misteri. Terkadang tak diduga kehadirannya.. Terkadang tak disangka pengakhirannya.. Ya, jodoh itu telah ditetapkan..namun usaha perlu ada. Jika pengakhirannya baik, Alhamdulillah, ia milikmu.. Jika pertemuan itu bukanlah sebagai jodoh, barangkali sebagai kebaikan atau ujian. Usah risau..
.
2. Kebaikan.
Kebaikan yang Allah kirimkan kepadanya untuk kita. Allah sayangkan kita.. Apabila kita doa minta diberi taufik & hidayah.. Jadi boleh dikira juga Allah mengirimkannya melalui makhluk..Sedikit demi sedikit perubahan kearah kebaikan itu tandaNya hidayah yang kita terima itu milik kita.
.
3. Ujian.
Ujian yang Allah hantar melalui seseorang. Kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Dan ujian itu dihantar untuk melihat sama ada kita tetap ingat padanya saat kita berduka sahaja atau saat kita suka juga. Apabila kita berdoa minta dikuatkan iman...jadi Allah kirimkn melalui insan tersebut untuk uji iman kita..
.
Sama ada ia hadir sebagai jodoh atau kebaikan mahupun ujian, percayalah.. ALLAH adalah sebaik2 perancang.. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala2nya ❤️❤️

Salam sayang,
Malin Meena

Tuesday, December 18, 2018

Penyesalan penghuni neraka 🔥🔥

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Hari ini daku nak berkongsi sedikit tentang penyesalan2 penghuni neraka.

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".(35:37)
.
Maka jelaslah apabila disebut didalam Al-Quran..

Mereka merayu2 dan menjerit minta dikeluarkan dari neraka.. Minta diberi peluang kedua untuk dihidupkan dan mengerjakan segala amalan..

Lalu Allah berfirman "Bukankah Kami telah melanjutkan umurmu & memberimu masa yang cukup untuk berfikir dan beringat?"
.
Allahu,
.
Allah sudah beri kita satu tempoh masa ketika kita berada di dunia.. Allah sudah mengirimkan peringatan & amaran.. Tapi apa yang kita buat dengan masa yang diberikan? Berapa lama tempoh yang kita mahu? 100 tahun? 1000 tahun???
.
Peringatan itu didatangkan kepada kita melalui beberapa kaedah:
1. Al-Quran.
    Kisah benar kaum terdahulu, pengajaran dan kisah, amaran serta ingatan yang terdapat didalam kitab suci.
2. Utusan Allah, Nabi Muhammad s.a.w
    Rasulullah pernah berpesan "rebutlah/ingatlah 5 perkara sebelum terjadinya 5 perkara.. Sihat sblm sakit, Muda sebelum Tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
3. Uban di rambutmu
    Peringatan menandakan umur semakin lanjut.
4. Sakit2 badan /uzur
5. Kematian orang yang hampir disekeliling kita.
6. Sudah mula ada penyakit lupa.

Saiditina Aisyah r.a sering melihat dihujung usia Rasulullah, baginda banyak menyebut Subhanallah, Wabihamdihi, Astaghfirullah, Waatubuillaih.. 
Lalu Saiditina Aisyah bertanya pada baginda kenapa baginda sering menyebut 4 perkara itu..

Kata Rasulullah, Allah telah memberitahu padaku.. Sesungguhnya jika aku telah melihat satu petanda pada umatku, perlulah aku menyebut 4 perkara tersebut. Dan petanda itu telah datang wahai Aisyah..

Firman Allah s.w.t didalam Surah An-Nasr memberitahu bahawa tugas Rasulullah itu telah selesai..

"1️⃣Apabila dtg pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad menguasai negeri Makkah) "
"2️⃣Dan engkau telah melihat manusia masuk ugama Allah beramai2"
"3️⃣ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji tuhanmu, dan mintalah ampun padaNya, sesungguhnya dia amat menerima taubat"

Oleh kerana itu, aku menyebut Subhanallah (tasbih), Wabihamdihi (memuji Allah - Tahmid), Astaghfirullah (mohon ampun) dan Waatubuillaih (taubat)
.
Sedangkan Rasulullah juga mendapat peringatan/petanda dari Allah..

Akhir kalam,  Kita semua telah diberi peringatan/petanda.. Cuma terkadang kita tidak sedar atau buat2 tak sedar akan hal itu.

Oh ya.  Boleh selalu amalkan untuk menyebut 4 perkara tersebut, tasbih.. Tahmid, istighfar, dan taubat.sebenarnya apa2 zikir pun boleh diamalkan.. Lepas solat jangan terus bsngun, duduk sekejap... Luangkan masa untuk berzikir...

Nota kaki: seronok tau sebenarnya bila kita dengar kuliah.. X kisahlah kuliah apa sekalipun... Sbb kita boleh tambah ilmu. Benar kata ustaz, disaat kita merasa kita punya ilmu mengenai sesuatu perkara, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tak tahu.. Jadi, jangan pernah berhenti mencari ilmu.

Nota tangan: nanti daku share lagi ya.. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.. Insyallah..

Salam Sayang, 
Malin Meena




Monday, December 17, 2018

Tinggalkan saja..

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Sahabat,
Andai dirimu tidak dihargai,
Andai dirimu dilupai,
Andai dirimu kini dipandang sepi..

Tinggalkan saja..

Usah dinanti..
Usah toleh belakang..
Usah berharap..

Tinggalkan saja..

Dikau punya nilai!
Dikau bukannya barangan!
Dikau bukannya murah!

Tinggalkan saja..
Untuk apa tunggu?

Sahabat,
Dikau hanya tambah pedih di hati,
Dikau hanya tambah luka di jiwa,
Dikau hanya tambah parut di ingatan..

Untuk apa semua itu?
.
Oleh itu, tinggalkan saja.
Kembali pada yang satu.
Rawatlah semula hati, jiwa dan ingatanmu, sahabat.

Kerana dikau begitu berharga.

Tinggalkan.

Salam sayang,
Malin Meena

USAHLAH~

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Duhai sahabat,
Andai sesuatu itu tidak berlaku atau tidak seperti yang dikau harapkan..
Andai sesuatu itu tidak seperti yang dikau jangkakan..

Usah terus menyalahkan sesuatu..
.
Usah menunding jari..
.
Usah melenting..
.
Usah mengeluh..
.
Bersabar..
.
Kerana tanpa sedar dikau tidak tahu bahawa dikaulah yang bersalah sebenarnya..
.
Selidiki kembali niatmu..
.
Apakah nawaitumu...
.
Perbetulkan kembali niatmu..

Salam sayang, 
Malin meena

Sunday, December 16, 2018

ALLAH MAHA ADIL

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Allah itu Maha Adil..
Allah itu Maha Penyayang..
Allah itu Maha Berkuasa..

Oleh itu,

Usah dikau bersedih,
Usah dikau menyendiri,
Usah dikau kecewa,
Usah berbuat sesuatu yang bodoh..Allah itu Maha Adil..Allah akan mengadili semuany.

Usahla..

Teruskan hidupmu,
Teruskan melakarkan senyuman..

Ya..
Senyumlah..
Selebar mana yang dikau mahu..
Senyumlah andai itu boleh mengusir segala anasir negatif..
Senyumlah..

Biarkan mereka fikir dikau gila..
Biarkan mereka pilih untuk menjauh..
Biarkan..

Mereka tidak mengerti..
Namun, Allah mengerti..
Allah faham dikau lebih dari dikau fahami..
Allah lebih tahu... Lebih dari segalanya..

Sembah sujud padanya..
Mengadu padaNya,
Bercerita denganNya,
Minta padaNya..
Kekok?
Malu?
Tidak apa..
Allah itu Maha Penyayang,
Allah itu Maha Mengasihani,
Allah itu Maha Pengampun..
Allah tidak memandang siapa kita diatas muka bumi ini..
Di setiap sujud itu, Allah tahu kita lemah.. Allah tahu kita perlukannya..
ALLAH TAHU. 

Senyum sahaja.
Biarkan mereka.
Kita bukan hidup dengan sembang cakap mereka.
Oleh itu, BIARKAN.


Salam sayang, 
Malin Meena

Saturday, December 15, 2018

Berserah je pada Allah, 😍😇

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋👋
Ola! 😎

Alhamdulillah syukur, Allah masih sayang daku. Meskipun daku bukanlah semulia srikandi2 yang daku kagumi, namun dalam dasar hati kecil daku ini, sungguh daku mahu terus kenal dan cinta pada penciptaku..
.
Allah telah mengirim beberapa kebaikan pada daku.. Melalui makhluk, melalui gerak hati, melalui ingatan, dll.. Alhamdulillah.. Daku bersyukur sangat.
.
Allah tak pernah tinggal daku.. Even satu detik. Allah tu sentiasa ada pada waktu daku sedang gembira, mahupun sedih.. ❤️❤️
.
Dan sejak akhir2 ni, daku belajar banyak perkara. Masya Allah.. Sungguh hati ni terasa lapang.. Sungguh setiap nafas daku rasa berbaloi..
.
Dan daku cuma nak berkongsi tentang satu hal yang selalu merunsingkan kita.. Selalu buat kita mungkin secara tidak langsung pertikaikan dengan apa yang telah Allah aturkan.. Selalu buat kita merungut dan terus merungut..
.
Bohonglah kalau tidak terlintas pun difikiran daku mengenai jodoh. Bohonglah jika daku tidak gelisah mengenai jodoh.. Bohonglah jika daku tidak putus2 berdoa mengenai jodoh... Bohonglah kannnnnn...

TAPI!!

Terlupakah kita rezeki, jodoh & maut itu adalah rahsia Allah yang telah Allah aturkan sejak kita seawal usia 4 bulan di dalam alam rahim.. Seawal usia itu telah Allah titipkan pada malaikat mengenai nama kita, rezeki kita, jodoh kita, anak berapa, aturan hidup kita, mati bila.. Seawal usia itu..
.
Kita selalu minta dan berdoa mengenai soal rezeki, soal jodoh.. Namun kita sering terlupa untuk ingat tentang mati. Ya, mati juga adalah jodoh kita.
.
Kita sering persiapkan diri untuk mendapat jodoh yang baik.. Adakah kita persiapkan sebegitu rupa untuk mendapat kematian yang baik? Allahu,
.
Maaf, daku bukanlah pandai berbicara.. Terkadang ayat tu memang tunggang langgang.. Cuma daku harap daku dapat sampaikan perkara ini sebagai ingatan dan pesanan untuk diri sendiri dan juga buat sahabat2 daku..
.
Syukur Allah bagi daku kesedaran dalam kebaikan yang Allah pernah hantar padaku.. Ya satu tips disini, sentiasalah pinta dengannya untuk sentiasa diberi kesempatan untuk terus kenal dan mencintai Allah, kenal & mencintai Rasulullah.. Juga kenal & mencintai Islam..
 .
Ya daku mulai sedar, semua telah Allah aturkan. Jangan khuatir jika jodohmu belum tiba, jangan risau andai zauj yang dicari tak kunjung tiba, jangan runsing dengan angin berita dari percakapan disekeliling. Kita bukan hidup dengan ihsan percakapan mereka..dah bosan senyaplah mereka.. Dah tak da modal diamlah mereka..

Yakinlah dengan apa yang telah Allah tetapkan. Sibukkan diri dengan mengingati Allah.. Kirimkan rindu dan cinta itu pada Allah, perbaiki diri dlm mendekatkan diri dengan Islam..insyallah, jiwamu lebih tenang, dada merasa lapang..
.
Akhir kalam,
Jangan cuma sibuk mencari jodoh.. Tapi sibukkan diri itu untuk bekalan sebelum kita meninggalkan dunia yg sementara ini. Bersediakah kita? Cukupkah bekalan kita? Adakah kita sempat bertemu zauj yang dinanti ataupun kita akan bertemu malaikat maut terlebih dahulu?.
.
Allahurabbi..
.
Nota kaki:
Andai tak bertemu jodoh di dunia yang sementara ini, tunggu daku di alam kekal sana.. Tunggu daku di syurga. ❤️

Salam sayang, 
Malin meena

Sunday, December 09, 2018

Dua golongan penduduk neraka

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

صباح الخير
             

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim

Kitab Perhiasan dan Pakaian

Bab : Dua Golongan Penduduk Neraka

Halaman : 3971

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا


Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Suhail dari Ayahnya dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat. (1) Kaum yang memiliki cambuk (cemeti) seperti ekor lembu, yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu singkat, terlalu tipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak begini dan begini.

Sumber petikan dari : t.me/tazkirahilmu 

Wednesday, December 05, 2018

la tahzan innallaha ma'ana

Assalamualaikum.. 🌈
Greetings 👋👋
Ola! 😎



Hari ini daku tak tahu kenapa daku tiba2 rasa sedih,.Entah kenapa.. Allah,

Berikan daku kekuatan,
Jangan biarkan daku hanyut dalam rasa sedih ini..
Jangan biarkan daku kalah dalam perasaan ini..
Jangan biarkan daku lemah dengan rasa ini..
Kuatkan hatiku, Allah..
Kuatkan hatiku untuk jauh dari rasa ini, Allah..
Tidak sepatutnya daku bersedih dan menangis atas perkara ini, Allah..
TIdak sepatutnya daku terus menyesali perkara ini, Allah..
Andai ia bukan milikku..
Andai daku tidak milikinya..
Daku yakin dengan ketentuanMu, Allah..
Daku yakin dengan ketetapanMu, Allah..
Kuatkan daku, Allah..Kuatkan iman daku..
Izinkan daku untuk terus mengingatimu..mencintaimu..merasa kasihmu..menuntut janjimu..
Izinkan daku, Allah..

Rindu daku hanya untukmu,
Cinta daku hanya untukmu..
Ingatan daku hanya untukmu..
Kerana dikau pemilik hatiku..

Salam sayang,
Malin Meena

Sunday, December 02, 2018

Review Korean Drama : Familiar Wife

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola! 😎



Baru2 ni, daku dah tengok full episod korean drama, Familiar wife..

And daku nak sangat recommend this drama to all..

Cerita ni tak heavy pun, biasa je..

Tapi penuh dengan mesej dan pengajaran tau.

That's why daku suka layan movie or drama dari Korea ni.. Sebab oenuh dengan mesej dan pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar. Banyak tau. And daku layan genre yang jenis law/ medical/ crime/ investigation/ comedy/ family. Cinta cintun ni kureng sikit... Because for me its too much fantasy than reality. nanti buat kita expect that our real life macam tu. Haaa, nanti mulalah angan2 mat jenin..

Well, lain orang lain minatnya kann..

Okay, back to Familiar Wife.. Daku recommend this drama to those yang sudah berkahwin or bakal berkahwin and also not to forget yang belum berkahwin..

Kenapa?

Sebab banyak sangat nilai & pengajaran.
Hmm, daku buat review based on apa yang daku faham ya.. Later, baik kalian tonton dan fahami dari sudut moral of the story tu..

Kisah dia macam ni, Joo Hyuk kahwin dgn Woo Jin and ada 2 org anak kecil. Everyday yang Joo Hyuk ni lalui is very the struggle.. Tak cukup tidur, anak menangis tengah malam, stress on household, stress tempat kerja, bangun lewat rushing dan lewat ke tempat kerja, dengan isteri moody semacam, asyik nak marah je, balik dari kerja makanan xdak, rumah bersepah, anak menangis lagi, playstation pulak buat hal.. Arghhhhh. . Serius stress gila hidup dia..

Satu hari tu dia terlepas amarah kat wife dia (nak tau, tengok ya).. Lepas tu dia keluar jumpa kawan2 baik dia kat kedai kawan dia dengan mukanya yang stress teruk tu. Then dia cakap dia macam menyesal tau kahwin dengan isteri dia sekarang. Isteri dia tu bukanlah macam yg dia kenal dulu. Sekarang dah bertukar jadi monster.. Then adalah dia buat throwback on how they know each other.. Back to 2006.. Dia kata kalaulah dia blh back to past and change his destiny for sure he will not choose his current wife.. Dia nak pilih crush dia, Hye Won.. Cantik, kaya, sweet..

Nak dijadikan cerita waktu dia naik tren Adalah meet dengan seorang uncle ni then uncle ni kasi dia duit syiling tahun 2006. Then waktu dia pulang dari majlis anjuran company dia, dia lalu 1 jalan ni & ada toll (before this xde pulak toll). So dia bayar la guna duit syiling 2006 tu.. Suddenly kereta dia hilang kawalan... And he is back to 2006! the first day he meet isterinya dan juga Hye Won.

Maka berubahlah aturan kehidupan dia yang mana isterinya bukan lagi Woo Jin.. Tapi Hye Won.. Huiiii, melompat sukalah beliau memandangkan Hye Won ni mmg supportive habis, sweet, seperti yang dia impikan dari sebuah perkahwinan..

Tapi, kita mmg xblh lari dari destiny. Even hidup dia dh berubah, Woo Jin masih ada dalam hidup dia.. Cuma bezanya kali ni muncul as rakan sekerja..

Bla bla blaaa..

Dipendekkan cerita, Hye Won minta cerai sbb dia tak blh terima kalau suami dia xdengar kata dia..Hye Won ni memang supportive habis, tapi dia mencari suami yang dengar kata dan telunjuk dia 120% dan sangatlah memandang taraf tau sampaikan dia ni mmg nampak sangat ketidakselesaan dia dgn keluarga mertuanya.. Yelah, dia kan orang berada.. Kira not meet std la.. Woo Jin pula bercinta dgn kawan baiknya tp xlama sbb ternyata Woo Jin sukakan Joo Hyuk cuma Woo Jin keliru kenapa dia mcm familiar dgn Joo Hyuk. Dan Joo Hyuk seolah2 mmg dah kenal sgt dia dah.. And kwn baiknya upset dgn dia sbb kwn dia ingat Joo Hyuk ni kawan makan kawan. Mmg bermasam muka jugalah..

And yes, during g his difficulties semasa dugaan.. Dia akui dia faham apa yang isterinya dulu alami.. The struggle on handling household, kids.. Etc. Dia rasa bersalah sgt.. Tp dia takut utk kembali ke isterinya sbb dia takut nanti isterinya akan terluka lagi..

Pendekkan cerita lagi, in the end.. Mereka bersama2 back to 2006.. Dan ubah destiny diorg.. Mereka bersama juga akhirnya.. Dan mereka cuba hadapi segala permasalahan bersama dengan lebih matang.. Bukan ikut emosi..

The end.

Kenapa daku cakap cerita ni best?
Pengajaran pertama dia adalah perkahwinan adalah we live together.. Meaning that, semua perkara kita hadapi together.. Pendek kata semua.. bukannya kau cari salah aku, aku cari salah kau.. Aku penat aku nak rehat, ko penat ada aku kisah?? Haaa, bukan tau..

Pengajaran kedua adalah mengubah destiny tu not solve anything. Because in the end, masalah lain pula timbul. If u really want to change, change yourself. Bukannya change other people.

Pengajaran ketiga put yourself under their shoes. Ini lah lumrah yang kita nampak bila berumah tangga. Si suami balik kerja katanya penat, nak makan then rehat. Hal rumah mmg lepas 100% pada si isteri. Tapi ada tak, si suami tu fikir pula penat si isteri tu? Sama ada si isteri tu bekerja juga atau tidak bekerja.. Level penat dia sama je dengan penat si suami..sama lah juga dengan si isteri.. Cuba lah faham keadaan si suami tu yer... Mungkin betul dia penat dan stress kat tempat kerja.. Be positive.. Cuba faham keadaan pasangan masing2.. Jadi sebelum judge orang lain, put yourself on their shoes.. Cuba fikir apa yang mereka rasa.

Pengajaran keempat.. Be tolerate and throw away your ego. Baik si suami atau so isteri... Jika masing2 xnak kalah dengan level cakra ego mereka.. Haaa, bukan setakat perang dunia 3, ke-8 pun blh meletus... You will start to sindir menyindir antara satu sama lain, cari salah. Cari pasal, talking bad.. Sebab xnk kalah.. Rasa jatuh air muka tu kalau mengalah. Ohhh myyy, mengalah bukan bererti kalah tau tapi menang bermaruah. Apa2 bincang, apa2 tak suka or xpuas hati cakap elok2.. Bertolak ansur. Semua benda blh settle kalau kita cakap baik2.. Ni kalau dah semua nak meninggi suara, mcm mana nak settle cik abang cik kak?

Pengajaran kelima.. When its meant to be, it meant to be. Dalih la macam mana sekalipun, if her is your destiny... You elak or lari dari dia macam mne sekalipun, in the end you akan tetap bersama dengan dia.. Sama lah juga, u defend mcm mne sekali pun your relationship dgn dia tapi jika dia bukan lah your destiny.. U cannot do anything.. Because she/he is not yours..
Oleh itu, kalau dalam Islam kita kata jangan melawan takdir. Allah sebaik2 pengatur rancangan. Kalau itu yang dah tertulis, maka itulah.. Sebaiknya doa2 yang baik2 buat semua..doa usaha ikhtiar tawakkal..

Pengajaran keenam.. Saling membantu dan bekerjasama.. Look, masing2 penat.. Jangan jadikan penat sebagai alasan untuk kita cari salah pasangan kita. Jangan jadikan dia pemula isu. Isu yang kecik boleh merebak himgga jadi isu yang besar. Permasalahan tak kan selesai kalau mcm tu. Sebaiknya bertolak ansur dan help each other. Buat la sama2.. Biar sama2 penat, sama2 susah2 sama2 happy.. Kerja jadi lebih ringan dan cepat siap kan.. Cth dlm mempersiapkan anak ke sekolah, urusan rumah, keperluan rumah, spend masa dengan anak, memasak.. Makan, main game, tgk tv. . Etc..

Sebenarnya banyak lagi tau Pengajaran2 yang kita boleh dapat. Most of the thing is kita akan belajar untuk lebih menghargai pasangan kita.

Oleh itu, jangan lupa tonton tau.

Nota: daku tak layan eh drama tibitiga jam 7 dgn asterukk riang ria jam 10. Banysk angan2 dan dongeng dari realiti.. Tak habis2 dengan watak anak tan sri kena kawin paksa, mula2 benci then suka teruk..tapi mak x suka.. Apakah!?

Apa2 pun, selamat menonton.!!

Nota lagi: maaf kalau ada typo.. Tapi berjurai2 macam mmg ada probability untuk typo tu.. Plus i is ngantuk..

Salam sayang, 
Malin meena


This entry was posted in