MH370 – STILL IN SEARCHING AND HOPING FOR MIRACLE~
Assalamualaikum,
Topik yang sememangnya hangat buat seantero dunia adalah khabar berita mengenai kehilangan Kapal Terbang Malaysia Airlines MH370 dikatakan hilang dari pemerhatian menara kawalan. Sehingga kehari ini, pesawat tersebut masih belum ditemui.
Mengikut sumber berita semalam, kapal terbang itu berlepas dari KLIA pada jam lebih kurang 12:40 am dan dikatakan hilang pada jam 2:40 pagi. Kapal terbang ini sepatutnya selamat mendarat di Beijing pada jam 6:30 am.
Terdapat laporan kemungkinan pendaratan berlaku di sekitar laut Vietnam. Kenyataan ni telah dikeluarkan oleh media Vietnam. Namun, masih belum terdapat sebarang kesahihan mengenai berita tersebut. Pihak berkuasa masih mencari dan cuba mengesan kedudukan pesawat tersebut. Bukan hanya dari Malaysia, malah negara lain turut membantu dalam misi pencarian pesawat ini. Yang Berhormat Perdana Menteri juga telah mengerahkan aset Negara untuk bersama2 mencari pesawat ini. Pelbagai bantuan telah dikerah dari pihak Tentera Udara/ Tentera Laut dan juga pihak Maritim.
Masih menjadi persoalan mengenai sebarang punca. Pesawat itu dipandu oleh juruterbang yang sangat berpengalaman. Boleh dikatakan semua krew yang terlibat mempunyai pengalaman. Jika terdapat pencerobohan, ianya agak mustahil memandangkan system yang digunakan agak canggih. Pintu cockpit sukar untuk dimasuki oleh orang luar. Ditambah pula pemerhatian melalui CCTV. Kebiasaanya jika adapun pencerobohan, juruterbang akan menghantar signal melalui code tertentu. Persoalannya, menara kawalan tidak mendapat sebarang signal.
Kotak hitam yang terdapat didalam pesawat tidak mungkin akan rosak even terbakar. Jika ditemui, kita mungkin boleh memperoleh maklumat mengenai rekod perbualan juruterbang dengan pusat kawalan dan juga perbualan antara juruterbang dan pembantu. Selain itu, terdapat juga rekod segala data seperti kelajuan/ketinggian/kerosakan. Dari situ, kita boleh buat analisis tentang kejadian yang berlaku. Namun begitu, bukan mudah untuk mencari semula kotak hitam tersebut jika benar ia hilang.
Pada pandangan aku, selagi tidak ada sebarang kenyataan mahupun penemuan bukti, kita tidak boleh membuat sebarang rumusan kerana kita tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. We will never know that we will hear something that we didn’t expect. Walau apapun, kita perlu menghormati perasaan keluarga yang terbabit. Cuba tempatkan kita dikedudukan mereka, pasti kita juga akan merasa apa yang mereka lalui sekarang. Masih menanti khabar gembira dan sebarang kemungkinan.
Walau apapun, sama2 la kita berdoa pada Yang Maha Kuasa agar dipermudahkan segala urusan mencari dan diberikan petunjuk. Dan juga semoga keluarga mangsa tenang dan tabah menghadapi sebarang kemungkinan. Kita mungkin tidak boleh member bantuan dari segi fizikal, tetapi kita masih boleh menghulurkan bantuan dari segi rohani. (if could, aku juga ingin turut serta dalam misi mencari ni…mungkin tidak terlibat dalam mencari pesawat tetapi dalam menenangkan keluarga2 mangsa kerana pada ketika ini, emosi mereka sememangnya tidak stabil and someone need to be there to comfort them)
Whatever it is, fikir yang positif..mengharapkan khabar yang sahih dan juga bersedia untuk segala kemungkinan. (Rukun Islam yang keenam : Percaya pada Qada’ dan Qadar)
Doa buat MH370~
_Al-Fatihah_
0 comments:
Post a Comment