Wednesday, December 26, 2018

Do subscribe my telegram!

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Daku ada create one channel in Telegram to spread the good things.. To share knowledge..

Supaya kita sama2 boleh belajar, tambah ilmu, tambah pengetahuan..

Sebab daku nak sebar kebaikan.. Paling kurang secalit pun jadilah.. Bukan nak tunjuk baik, bukan nak berlagak ala ustazah..

Tapi daku nak kongsi dan sebar kebaikan semoga kita semua beroleh kebaikan itu.

Kita kejar syurga tu sama2. Daku tak nak kejar sorang2.. Kita pergi bersama2 ya ❤️❤️

Ini link dia ya..
https://t.me/PendosaYangMahuBerhijrah

Jumoa kat sana tau! 😉

Salam sayang, 
Malin meena



Tuesday, December 25, 2018

Hijrah Lillahi Taala~

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Apa itu hijrah?
Dalam bahasa mudahnya bermaksud perpindahan.

Perpindahan yang macam mana?
Pelbagai.

Hijrah dalam sejarah Nabi محمد s.a.w adalah apabila baginda berhijrah dari Kota Suci Mekah ke Madinah untuk menyebarkan ajaran Islam. Baginda dan sahabat2nya meninggalkan apa yang mereka punya untuk mengembangkan lagi agama Islam.

Bagaimana pula sifat hijrah itu dalam diri kita?
Perpindahan yang bagaimana?

Setiap manusia juga boleh melakukan hijrah buat diri mereka.
Bagaimana?

Apabila mereka ingin berpindah diri mereka dari keburukan kepada kebaikan..

Apabila mereka ingin keluar dari kegelapan dan mencari cahaya..

Hijrah ini pelbagai.

Dan penghijrahan itu adalah titik mula kehidupan kita kearah yang lebih baik..
Tatkala hati dan jiwa kita terdetik untuk melakukan perubahan dan juga perpindahan kerana Allah meskipun ia berentak perlahan... Allahurabbi, ketenangan itu sedia menanti kita. Kelapangan itu terbentang luas..

Dan untuk berpindah/berubah tidak perlu tunggu esok. Tidak perlu tunggu tahun baru atas alasan azam baru, tidak perlu menunggu ada teman menemani untuk berubah..

Lakukan sekarang.
Lakukan detik ini.

Apakah dikau yakin dikau diberi pinjaman nyawa dari الله itu sehingga esok?
Apakah dikau yakin pinjaman nyawa itu berlarutan hingga tahun hadapan?
.
Makanya, jika dikau tahu yang pinjaman dikau itu bakal tamat tempoh pada satu tempoh yang dikau tidak tahu, lakukan penghijrahan itu sekarang.
.
Usah tangguh2 lagi.

Ya, bukan mudah untuk berpindah.
Bukan senang untuk berubah..
Sangat sukar untuk berhijrah..

Tapi bila mana dikau telah mendapat petunjuk dariNya, jangan disia2kan.. ❤️

Bersyukur الله masih menyayangimu lantas diberinya kepadamu satu kesedaran..

Macam mana nak tahu yang kita dapat kesedaran untuk berhijrah tu?

Apabila hati kita, jiwa dan minda kita terdetik/terlintas akan sesuatu perkara.. Apabila kita mula memikirnya kesan baik & buruknya..

Aku nak solat.. Lama dah tinggal.. 
Aku nak ke masjid.. Last aku pergi terawih tahun sudah.. 
Aku nak bersedekah.. Kesian orang tu tak makan.. 
Aku nak maafkan dia.. Apa guna aku berdendam..
Aku nak tinggalkan yang lagha.. 
Aku tak nak berkata buruk mengenai orang.. tidak baik.. 
Aku nak bangun subuh.. 
Aku nak bertudung.. Aku nak menutup aurat.. 
Aku nak jaga hubungan aku dengan orang sekelilingku..
Aku nak jaga ikhtilat.. 
Aku nak jaga hubunganku dengan Allah.. 

Lihat..

Ada bermacam2 perkara yang boleh mendorong kita kearah perubahan yang lebih baik.

Hijrah yang daku maksudkan bukanlah berubah dari jahil kepada alim ulama..

Tidak.

Namun, jika kalian sudah berjaya berhijrah seperti itu.. Alhamdulillah..Allah sayang kalian.. ❤️❤️

Tetapi apa yang daku mahu katakan adalah berubah menjadi lebih baik.. Mencari identiti diri. Mencari tujuan hidup. Bukannya biar hidup ini berlalu macam tu sahaja..

Jika sebelum ni kita sering tinggal solat, kali ni kita tak pernah lupa untuk solat..

Jika sebelum ni kita sering lewat2kan solat.. Kali ni kita solat di awal waktu..

Jika sebelum ni kita bersangka buruk terhadap orang lain, kali ni kita bersangka baik kepadanya..

Jika sebelum ni kita memakai tudung kerana trend ataupun ikutan rakan.. Kali ni kita pakai menutupi aurat dengan sempurna..

Ya, untuk berhijrah itu perlukan komitmen..

Macam mana nak istiqomah.

Niat lillahi ta'ala..

Setiap apa yang kamu lakukan itu kerana Allah Ta'ala..
.
Bukan mengharapkan perhatian manusia mahupun pujian dari mereka.
.
Lantas bukan juga berubah kerana manusia...

Niat lillahi ta'ala.. Kerana ia lebih bersifat kekal. Jika kita niat kerana makhluk, ia lebih bersifat sementara.

Sudah menjadi salah satu sifat makhluk, iaitu bersifat tiada...bersifat sementara.

Allah itu bersifat Ada. Bersifat kekal.

Berubah kerana Allah, pasti kekal. Dan cinta padaNya pasti menebal..
.
لله تعالى ❤️❤️

Mulakan sekarang.

Nota kaki: daku bukanlah sempurna, daku bukanlah bijak pandai agama... Namun daku berusaha untuk menambah cinta daku pd Allah & Rasulnya.. Dan daku tidak mahu keseorangan dalam merebut cinta itu.. Daku mahu kita bersama2.. Kebaikan itu kita sebar biar semua dapat nikmatinya.. ❤️❤️

Salam sayang, 
Malin Meena


Friday, December 21, 2018

Kebaikan kiriman dariNya

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎





Terkadang insan yang hadir dalam hidup kita itu datang sebagai..
.
1. Jodoh.
Jodoh ini misteri. Terkadang tak diduga kehadirannya.. Terkadang tak disangka pengakhirannya.. Ya, jodoh itu telah ditetapkan..namun usaha perlu ada. Jika pengakhirannya baik, Alhamdulillah, ia milikmu.. Jika pertemuan itu bukanlah sebagai jodoh, barangkali sebagai kebaikan atau ujian. Usah risau..
.
2. Kebaikan.
Kebaikan yang Allah kirimkan kepadanya untuk kita. Allah sayangkan kita.. Apabila kita doa minta diberi taufik & hidayah.. Jadi boleh dikira juga Allah mengirimkannya melalui makhluk..Sedikit demi sedikit perubahan kearah kebaikan itu tandaNya hidayah yang kita terima itu milik kita.
.
3. Ujian.
Ujian yang Allah hantar melalui seseorang. Kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Dan ujian itu dihantar untuk melihat sama ada kita tetap ingat padanya saat kita berduka sahaja atau saat kita suka juga. Apabila kita berdoa minta dikuatkan iman...jadi Allah kirimkn melalui insan tersebut untuk uji iman kita..
.
Sama ada ia hadir sebagai jodoh atau kebaikan mahupun ujian, percayalah.. ALLAH adalah sebaik2 perancang.. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala2nya ❤️❤️

Salam sayang,
Malin Meena

Tuesday, December 18, 2018

Penyesalan penghuni neraka 🔥🔥

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Hari ini daku nak berkongsi sedikit tentang penyesalan2 penghuni neraka.

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".(35:37)
.
Maka jelaslah apabila disebut didalam Al-Quran..

Mereka merayu2 dan menjerit minta dikeluarkan dari neraka.. Minta diberi peluang kedua untuk dihidupkan dan mengerjakan segala amalan..

Lalu Allah berfirman "Bukankah Kami telah melanjutkan umurmu & memberimu masa yang cukup untuk berfikir dan beringat?"
.
Allahu,
.
Allah sudah beri kita satu tempoh masa ketika kita berada di dunia.. Allah sudah mengirimkan peringatan & amaran.. Tapi apa yang kita buat dengan masa yang diberikan? Berapa lama tempoh yang kita mahu? 100 tahun? 1000 tahun???
.
Peringatan itu didatangkan kepada kita melalui beberapa kaedah:
1. Al-Quran.
    Kisah benar kaum terdahulu, pengajaran dan kisah, amaran serta ingatan yang terdapat didalam kitab suci.
2. Utusan Allah, Nabi Muhammad s.a.w
    Rasulullah pernah berpesan "rebutlah/ingatlah 5 perkara sebelum terjadinya 5 perkara.. Sihat sblm sakit, Muda sebelum Tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
3. Uban di rambutmu
    Peringatan menandakan umur semakin lanjut.
4. Sakit2 badan /uzur
5. Kematian orang yang hampir disekeliling kita.
6. Sudah mula ada penyakit lupa.

Saiditina Aisyah r.a sering melihat dihujung usia Rasulullah, baginda banyak menyebut Subhanallah, Wabihamdihi, Astaghfirullah, Waatubuillaih.. 
Lalu Saiditina Aisyah bertanya pada baginda kenapa baginda sering menyebut 4 perkara itu..

Kata Rasulullah, Allah telah memberitahu padaku.. Sesungguhnya jika aku telah melihat satu petanda pada umatku, perlulah aku menyebut 4 perkara tersebut. Dan petanda itu telah datang wahai Aisyah..

Firman Allah s.w.t didalam Surah An-Nasr memberitahu bahawa tugas Rasulullah itu telah selesai..

"1️⃣Apabila dtg pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad menguasai negeri Makkah) "
"2️⃣Dan engkau telah melihat manusia masuk ugama Allah beramai2"
"3️⃣ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji tuhanmu, dan mintalah ampun padaNya, sesungguhnya dia amat menerima taubat"

Oleh kerana itu, aku menyebut Subhanallah (tasbih), Wabihamdihi (memuji Allah - Tahmid), Astaghfirullah (mohon ampun) dan Waatubuillaih (taubat)
.
Sedangkan Rasulullah juga mendapat peringatan/petanda dari Allah..

Akhir kalam,  Kita semua telah diberi peringatan/petanda.. Cuma terkadang kita tidak sedar atau buat2 tak sedar akan hal itu.

Oh ya.  Boleh selalu amalkan untuk menyebut 4 perkara tersebut, tasbih.. Tahmid, istighfar, dan taubat.sebenarnya apa2 zikir pun boleh diamalkan.. Lepas solat jangan terus bsngun, duduk sekejap... Luangkan masa untuk berzikir...

Nota kaki: seronok tau sebenarnya bila kita dengar kuliah.. X kisahlah kuliah apa sekalipun... Sbb kita boleh tambah ilmu. Benar kata ustaz, disaat kita merasa kita punya ilmu mengenai sesuatu perkara, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tak tahu.. Jadi, jangan pernah berhenti mencari ilmu.

Nota tangan: nanti daku share lagi ya.. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.. Insyallah..

Salam Sayang, 
Malin Meena




Monday, December 17, 2018

Tinggalkan saja..

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Sahabat,
Andai dirimu tidak dihargai,
Andai dirimu dilupai,
Andai dirimu kini dipandang sepi..

Tinggalkan saja..

Usah dinanti..
Usah toleh belakang..
Usah berharap..

Tinggalkan saja..

Dikau punya nilai!
Dikau bukannya barangan!
Dikau bukannya murah!

Tinggalkan saja..
Untuk apa tunggu?

Sahabat,
Dikau hanya tambah pedih di hati,
Dikau hanya tambah luka di jiwa,
Dikau hanya tambah parut di ingatan..

Untuk apa semua itu?
.
Oleh itu, tinggalkan saja.
Kembali pada yang satu.
Rawatlah semula hati, jiwa dan ingatanmu, sahabat.

Kerana dikau begitu berharga.

Tinggalkan.

Salam sayang,
Malin Meena

USAHLAH~

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Duhai sahabat,
Andai sesuatu itu tidak berlaku atau tidak seperti yang dikau harapkan..
Andai sesuatu itu tidak seperti yang dikau jangkakan..

Usah terus menyalahkan sesuatu..
.
Usah menunding jari..
.
Usah melenting..
.
Usah mengeluh..
.
Bersabar..
.
Kerana tanpa sedar dikau tidak tahu bahawa dikaulah yang bersalah sebenarnya..
.
Selidiki kembali niatmu..
.
Apakah nawaitumu...
.
Perbetulkan kembali niatmu..

Salam sayang, 
Malin meena

Sunday, December 16, 2018

ALLAH MAHA ADIL

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋🏼👋🏼
Ola! 😎

Allah itu Maha Adil..
Allah itu Maha Penyayang..
Allah itu Maha Berkuasa..

Oleh itu,

Usah dikau bersedih,
Usah dikau menyendiri,
Usah dikau kecewa,
Usah berbuat sesuatu yang bodoh..Allah itu Maha Adil..Allah akan mengadili semuany.

Usahla..

Teruskan hidupmu,
Teruskan melakarkan senyuman..

Ya..
Senyumlah..
Selebar mana yang dikau mahu..
Senyumlah andai itu boleh mengusir segala anasir negatif..
Senyumlah..

Biarkan mereka fikir dikau gila..
Biarkan mereka pilih untuk menjauh..
Biarkan..

Mereka tidak mengerti..
Namun, Allah mengerti..
Allah faham dikau lebih dari dikau fahami..
Allah lebih tahu... Lebih dari segalanya..

Sembah sujud padanya..
Mengadu padaNya,
Bercerita denganNya,
Minta padaNya..
Kekok?
Malu?
Tidak apa..
Allah itu Maha Penyayang,
Allah itu Maha Mengasihani,
Allah itu Maha Pengampun..
Allah tidak memandang siapa kita diatas muka bumi ini..
Di setiap sujud itu, Allah tahu kita lemah.. Allah tahu kita perlukannya..
ALLAH TAHU. 

Senyum sahaja.
Biarkan mereka.
Kita bukan hidup dengan sembang cakap mereka.
Oleh itu, BIARKAN.


Salam sayang, 
Malin Meena

Saturday, December 15, 2018

Berserah je pada Allah, 😍😇

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋👋
Ola! 😎

Alhamdulillah syukur, Allah masih sayang daku. Meskipun daku bukanlah semulia srikandi2 yang daku kagumi, namun dalam dasar hati kecil daku ini, sungguh daku mahu terus kenal dan cinta pada penciptaku..
.
Allah telah mengirim beberapa kebaikan pada daku.. Melalui makhluk, melalui gerak hati, melalui ingatan, dll.. Alhamdulillah.. Daku bersyukur sangat.
.
Allah tak pernah tinggal daku.. Even satu detik. Allah tu sentiasa ada pada waktu daku sedang gembira, mahupun sedih.. ❤️❤️
.
Dan sejak akhir2 ni, daku belajar banyak perkara. Masya Allah.. Sungguh hati ni terasa lapang.. Sungguh setiap nafas daku rasa berbaloi..
.
Dan daku cuma nak berkongsi tentang satu hal yang selalu merunsingkan kita.. Selalu buat kita mungkin secara tidak langsung pertikaikan dengan apa yang telah Allah aturkan.. Selalu buat kita merungut dan terus merungut..
.
Bohonglah kalau tidak terlintas pun difikiran daku mengenai jodoh. Bohonglah jika daku tidak gelisah mengenai jodoh.. Bohonglah jika daku tidak putus2 berdoa mengenai jodoh... Bohonglah kannnnnn...

TAPI!!

Terlupakah kita rezeki, jodoh & maut itu adalah rahsia Allah yang telah Allah aturkan sejak kita seawal usia 4 bulan di dalam alam rahim.. Seawal usia itu telah Allah titipkan pada malaikat mengenai nama kita, rezeki kita, jodoh kita, anak berapa, aturan hidup kita, mati bila.. Seawal usia itu..
.
Kita selalu minta dan berdoa mengenai soal rezeki, soal jodoh.. Namun kita sering terlupa untuk ingat tentang mati. Ya, mati juga adalah jodoh kita.
.
Kita sering persiapkan diri untuk mendapat jodoh yang baik.. Adakah kita persiapkan sebegitu rupa untuk mendapat kematian yang baik? Allahu,
.
Maaf, daku bukanlah pandai berbicara.. Terkadang ayat tu memang tunggang langgang.. Cuma daku harap daku dapat sampaikan perkara ini sebagai ingatan dan pesanan untuk diri sendiri dan juga buat sahabat2 daku..
.
Syukur Allah bagi daku kesedaran dalam kebaikan yang Allah pernah hantar padaku.. Ya satu tips disini, sentiasalah pinta dengannya untuk sentiasa diberi kesempatan untuk terus kenal dan mencintai Allah, kenal & mencintai Rasulullah.. Juga kenal & mencintai Islam..
 .
Ya daku mulai sedar, semua telah Allah aturkan. Jangan khuatir jika jodohmu belum tiba, jangan risau andai zauj yang dicari tak kunjung tiba, jangan runsing dengan angin berita dari percakapan disekeliling. Kita bukan hidup dengan ihsan percakapan mereka..dah bosan senyaplah mereka.. Dah tak da modal diamlah mereka..

Yakinlah dengan apa yang telah Allah tetapkan. Sibukkan diri dengan mengingati Allah.. Kirimkan rindu dan cinta itu pada Allah, perbaiki diri dlm mendekatkan diri dengan Islam..insyallah, jiwamu lebih tenang, dada merasa lapang..
.
Akhir kalam,
Jangan cuma sibuk mencari jodoh.. Tapi sibukkan diri itu untuk bekalan sebelum kita meninggalkan dunia yg sementara ini. Bersediakah kita? Cukupkah bekalan kita? Adakah kita sempat bertemu zauj yang dinanti ataupun kita akan bertemu malaikat maut terlebih dahulu?.
.
Allahurabbi..
.
Nota kaki:
Andai tak bertemu jodoh di dunia yang sementara ini, tunggu daku di alam kekal sana.. Tunggu daku di syurga. ❤️

Salam sayang, 
Malin meena

Sunday, December 09, 2018

Dua golongan penduduk neraka

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

صباح الخير
             

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim

Kitab Perhiasan dan Pakaian

Bab : Dua Golongan Penduduk Neraka

Halaman : 3971

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا


Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Suhail dari Ayahnya dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat. (1) Kaum yang memiliki cambuk (cemeti) seperti ekor lembu, yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu singkat, terlalu tipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak begini dan begini.

Sumber petikan dari : t.me/tazkirahilmu 

Wednesday, December 05, 2018

la tahzan innallaha ma'ana

Assalamualaikum.. 🌈
Greetings 👋👋
Ola! 😎



Hari ini daku tak tahu kenapa daku tiba2 rasa sedih,.Entah kenapa.. Allah,

Berikan daku kekuatan,
Jangan biarkan daku hanyut dalam rasa sedih ini..
Jangan biarkan daku kalah dalam perasaan ini..
Jangan biarkan daku lemah dengan rasa ini..
Kuatkan hatiku, Allah..
Kuatkan hatiku untuk jauh dari rasa ini, Allah..
Tidak sepatutnya daku bersedih dan menangis atas perkara ini, Allah..
TIdak sepatutnya daku terus menyesali perkara ini, Allah..
Andai ia bukan milikku..
Andai daku tidak milikinya..
Daku yakin dengan ketentuanMu, Allah..
Daku yakin dengan ketetapanMu, Allah..
Kuatkan daku, Allah..Kuatkan iman daku..
Izinkan daku untuk terus mengingatimu..mencintaimu..merasa kasihmu..menuntut janjimu..
Izinkan daku, Allah..

Rindu daku hanya untukmu,
Cinta daku hanya untukmu..
Ingatan daku hanya untukmu..
Kerana dikau pemilik hatiku..

Salam sayang,
Malin Meena

Sunday, December 02, 2018

Review Korean Drama : Familiar Wife

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola! 😎



Baru2 ni, daku dah tengok full episod korean drama, Familiar wife..

And daku nak sangat recommend this drama to all..

Cerita ni tak heavy pun, biasa je..

Tapi penuh dengan mesej dan pengajaran tau.

That's why daku suka layan movie or drama dari Korea ni.. Sebab oenuh dengan mesej dan pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar. Banyak tau. And daku layan genre yang jenis law/ medical/ crime/ investigation/ comedy/ family. Cinta cintun ni kureng sikit... Because for me its too much fantasy than reality. nanti buat kita expect that our real life macam tu. Haaa, nanti mulalah angan2 mat jenin..

Well, lain orang lain minatnya kann..

Okay, back to Familiar Wife.. Daku recommend this drama to those yang sudah berkahwin or bakal berkahwin and also not to forget yang belum berkahwin..

Kenapa?

Sebab banyak sangat nilai & pengajaran.
Hmm, daku buat review based on apa yang daku faham ya.. Later, baik kalian tonton dan fahami dari sudut moral of the story tu..

Kisah dia macam ni, Joo Hyuk kahwin dgn Woo Jin and ada 2 org anak kecil. Everyday yang Joo Hyuk ni lalui is very the struggle.. Tak cukup tidur, anak menangis tengah malam, stress on household, stress tempat kerja, bangun lewat rushing dan lewat ke tempat kerja, dengan isteri moody semacam, asyik nak marah je, balik dari kerja makanan xdak, rumah bersepah, anak menangis lagi, playstation pulak buat hal.. Arghhhhh. . Serius stress gila hidup dia..

Satu hari tu dia terlepas amarah kat wife dia (nak tau, tengok ya).. Lepas tu dia keluar jumpa kawan2 baik dia kat kedai kawan dia dengan mukanya yang stress teruk tu. Then dia cakap dia macam menyesal tau kahwin dengan isteri dia sekarang. Isteri dia tu bukanlah macam yg dia kenal dulu. Sekarang dah bertukar jadi monster.. Then adalah dia buat throwback on how they know each other.. Back to 2006.. Dia kata kalaulah dia blh back to past and change his destiny for sure he will not choose his current wife.. Dia nak pilih crush dia, Hye Won.. Cantik, kaya, sweet..

Nak dijadikan cerita waktu dia naik tren Adalah meet dengan seorang uncle ni then uncle ni kasi dia duit syiling tahun 2006. Then waktu dia pulang dari majlis anjuran company dia, dia lalu 1 jalan ni & ada toll (before this xde pulak toll). So dia bayar la guna duit syiling 2006 tu.. Suddenly kereta dia hilang kawalan... And he is back to 2006! the first day he meet isterinya dan juga Hye Won.

Maka berubahlah aturan kehidupan dia yang mana isterinya bukan lagi Woo Jin.. Tapi Hye Won.. Huiiii, melompat sukalah beliau memandangkan Hye Won ni mmg supportive habis, sweet, seperti yang dia impikan dari sebuah perkahwinan..

Tapi, kita mmg xblh lari dari destiny. Even hidup dia dh berubah, Woo Jin masih ada dalam hidup dia.. Cuma bezanya kali ni muncul as rakan sekerja..

Bla bla blaaa..

Dipendekkan cerita, Hye Won minta cerai sbb dia tak blh terima kalau suami dia xdengar kata dia..Hye Won ni memang supportive habis, tapi dia mencari suami yang dengar kata dan telunjuk dia 120% dan sangatlah memandang taraf tau sampaikan dia ni mmg nampak sangat ketidakselesaan dia dgn keluarga mertuanya.. Yelah, dia kan orang berada.. Kira not meet std la.. Woo Jin pula bercinta dgn kawan baiknya tp xlama sbb ternyata Woo Jin sukakan Joo Hyuk cuma Woo Jin keliru kenapa dia mcm familiar dgn Joo Hyuk. Dan Joo Hyuk seolah2 mmg dah kenal sgt dia dah.. And kwn baiknya upset dgn dia sbb kwn dia ingat Joo Hyuk ni kawan makan kawan. Mmg bermasam muka jugalah..

And yes, during g his difficulties semasa dugaan.. Dia akui dia faham apa yang isterinya dulu alami.. The struggle on handling household, kids.. Etc. Dia rasa bersalah sgt.. Tp dia takut utk kembali ke isterinya sbb dia takut nanti isterinya akan terluka lagi..

Pendekkan cerita lagi, in the end.. Mereka bersama2 back to 2006.. Dan ubah destiny diorg.. Mereka bersama juga akhirnya.. Dan mereka cuba hadapi segala permasalahan bersama dengan lebih matang.. Bukan ikut emosi..

The end.

Kenapa daku cakap cerita ni best?
Pengajaran pertama dia adalah perkahwinan adalah we live together.. Meaning that, semua perkara kita hadapi together.. Pendek kata semua.. bukannya kau cari salah aku, aku cari salah kau.. Aku penat aku nak rehat, ko penat ada aku kisah?? Haaa, bukan tau..

Pengajaran kedua adalah mengubah destiny tu not solve anything. Because in the end, masalah lain pula timbul. If u really want to change, change yourself. Bukannya change other people.

Pengajaran ketiga put yourself under their shoes. Ini lah lumrah yang kita nampak bila berumah tangga. Si suami balik kerja katanya penat, nak makan then rehat. Hal rumah mmg lepas 100% pada si isteri. Tapi ada tak, si suami tu fikir pula penat si isteri tu? Sama ada si isteri tu bekerja juga atau tidak bekerja.. Level penat dia sama je dengan penat si suami..sama lah juga dengan si isteri.. Cuba lah faham keadaan si suami tu yer... Mungkin betul dia penat dan stress kat tempat kerja.. Be positive.. Cuba faham keadaan pasangan masing2.. Jadi sebelum judge orang lain, put yourself on their shoes.. Cuba fikir apa yang mereka rasa.

Pengajaran keempat.. Be tolerate and throw away your ego. Baik si suami atau so isteri... Jika masing2 xnak kalah dengan level cakra ego mereka.. Haaa, bukan setakat perang dunia 3, ke-8 pun blh meletus... You will start to sindir menyindir antara satu sama lain, cari salah. Cari pasal, talking bad.. Sebab xnk kalah.. Rasa jatuh air muka tu kalau mengalah. Ohhh myyy, mengalah bukan bererti kalah tau tapi menang bermaruah. Apa2 bincang, apa2 tak suka or xpuas hati cakap elok2.. Bertolak ansur. Semua benda blh settle kalau kita cakap baik2.. Ni kalau dah semua nak meninggi suara, mcm mana nak settle cik abang cik kak?

Pengajaran kelima.. When its meant to be, it meant to be. Dalih la macam mana sekalipun, if her is your destiny... You elak or lari dari dia macam mne sekalipun, in the end you akan tetap bersama dengan dia.. Sama lah juga, u defend mcm mne sekali pun your relationship dgn dia tapi jika dia bukan lah your destiny.. U cannot do anything.. Because she/he is not yours..
Oleh itu, kalau dalam Islam kita kata jangan melawan takdir. Allah sebaik2 pengatur rancangan. Kalau itu yang dah tertulis, maka itulah.. Sebaiknya doa2 yang baik2 buat semua..doa usaha ikhtiar tawakkal..

Pengajaran keenam.. Saling membantu dan bekerjasama.. Look, masing2 penat.. Jangan jadikan penat sebagai alasan untuk kita cari salah pasangan kita. Jangan jadikan dia pemula isu. Isu yang kecik boleh merebak himgga jadi isu yang besar. Permasalahan tak kan selesai kalau mcm tu. Sebaiknya bertolak ansur dan help each other. Buat la sama2.. Biar sama2 penat, sama2 susah2 sama2 happy.. Kerja jadi lebih ringan dan cepat siap kan.. Cth dlm mempersiapkan anak ke sekolah, urusan rumah, keperluan rumah, spend masa dengan anak, memasak.. Makan, main game, tgk tv. . Etc..

Sebenarnya banyak lagi tau Pengajaran2 yang kita boleh dapat. Most of the thing is kita akan belajar untuk lebih menghargai pasangan kita.

Oleh itu, jangan lupa tonton tau.

Nota: daku tak layan eh drama tibitiga jam 7 dgn asterukk riang ria jam 10. Banysk angan2 dan dongeng dari realiti.. Tak habis2 dengan watak anak tan sri kena kawin paksa, mula2 benci then suka teruk..tapi mak x suka.. Apakah!?

Apa2 pun, selamat menonton.!!

Nota lagi: maaf kalau ada typo.. Tapi berjurai2 macam mmg ada probability untuk typo tu.. Plus i is ngantuk..

Salam sayang, 
Malin meena


This entry was posted in

Thursday, November 29, 2018

Mereka tiada ganti ❤️❤️

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋👋
Ola 😎

Entah kenapa tiba2 hari ni daku jadi terfikir akan perkara ni..
.
Boleh terfikir masa menunggang motorsikal dalam perjalanan ke tempat kerja..
.
Allah,

Terus hiba hati ni rasa.. 😥

Mereka tiada ganti..
Mereka adalah ibu bapa kita.. ❤️❤️

Insan yang melahirkan kita,
Insan yang pertama kita lihat sebaik sahaja kita dilahirkan..
Insan yang membesarkan kita,
Insan yang tak pernah penat melayani karenah kita..
Insan yang sayang kita lebih dari segalanya,
Insan yang menangis kerana kita,
Insan yang berusaha keras untuk memastikan keperluan kita cukup,
Insan yang menjadi guru pertama kita,
Insan pertama yang menjadi hero dan heroin kita..
Insan yang segala2nya bagi kita..

"Redha Allah bergantung pada Redha ibu bapa, murka Allah bergantung pada murka ibu bapa" (HR al-Hakim) 



Allah,
Tak terbayang rasanya hidup ini tanpa mereka..
Tak terbalas rasanya pengorbanan dan kasih sayang yang mereka beri pada kita..
Tak tedetik rasanya siapa yang layak menggantikan tempat mereka dalam hati kita...

Allahu rabbi,
Kesayangan semua, berbuat baiklah pada kedua orang tuamu..
Janganlah sekalipun kalian mengeluarkan perkataan yang kasar meskipun pun AH..
Janganlah kalian membuat sesuatu yang bisa menjatuhkan airmata sayu mereka..

Kesayangan semua,
Balas jasa mereka bukanlah diukur dengan wang ringgit dan perhatian kebendaan semata2..
Jika kalian sememangnya mampu dari segi yang sebegitu.. Alhamdulillah.. Setidaknya kalian dapat membantu meringankan beban mereka.
Namun, bukan itu yang mereka pinta dari kalian sebenarnya..
Wang ringgit boleh dicari..

Benda yang senang yang boleh bahagiakan mereka iaitu kasih sayang dan perhatian dari kita.

Terkadang apabila sudah lanjut usia ini, mereka kembali menjadi seperti anak2 kecil.. Mahukan perhatian.. Mahukan kasih sayang.. Sepertimana kita menagih perhatian dan kasih sayang mereka sewaktu kita bayi, begitu juga mereka di usia emas mereka.

Jangan mengeluh, Allahu... Jangan mengeluh, sayang.. Kerana mereka tak pernah mengeluh sedikit pun dalam menjaga, dan membesarkan kita..

Hingga kita jadi orang.
Hingga kita jadi manusia.
.
Setidak2nya, kirimkan doa buat mereka di setiap hujung solatmu. Ingat mereka dalam setiap sujudmu.

Ingat, mereka tiada ganti ❤️❤️

Nota: kakak sayang mama dan abah. Allah, izinkan hamba untuk bahagiakan mereka.. Barangkali bukanlah dengan wang ringgit tapi bahagia yang abadi hingga di alam sana.. ❤️❤️🌈

Salam sayang  
Malin Meena 




Tuesday, November 27, 2018

Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola! 😎

Hari ni daku nak kongsi tentang one of kebesaran yang Allah punya.

الله اكبر الله اكبر الله الله اكبر

Rutin pagi harian daku (alhamdulillah) adalah dengan membaca kitab suci Al-Quran. Daku sebolehnya tidaklah hanya mahu membaca.. Tapi.. Daku mahu memahaminya, mengamalkannya, dan menyebarkannya.. Maaf, bukan niat daku nak menunjuk mahupun riak.. ALLAHU, jauhkan hamba dari sifat begitu.. Daku cuma mahu kongsi supaya orang lain turut suka untuk melakukannya.. Mengajak sahabat2 kita ni kearah kebaikan kan dituntut Islam?

Daku baca dalam arab.. Daku cuba faham melalui terjemahan.. cuba amalkan suruhannya dan take note on larangannya.. Dan tak lupa daku akan share sepotong dua ayat agar rakan2 daku juga turut sama boleh manfaatnya... Insyallah..

Al-Quran itu bukan hanya perlu di baca semata2..
Baca..Faham..Amal..Sebar..

Dakwah untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Okay, berbalik pada tajuk...

Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?? 

Pagi ni dengan izin Allah, daku baca surah Al-Furqan.. Dan daku jumpa satu ayat ini. Looks familiar.. Heard from somewhere else.. Then i wonder.. Oh yess.. Dalam surah Ar-Rahman pun ada ayat begini. Tak sama tapi merujuk kepada perkara yang sama..

Surah Al-Furqan (25:53)

53. Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

Surah Ar-Rahman (55:19-20)

19. Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.. 
20. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. 

Ini adalah salah satu tanda kekuasaan Allah yang Maha Agung. Dimana dua jenis laut bertemu tapi tidak bercampur antara satu sama lain.. Laut air tawar dan air masin.. Keduanya tidak bercampur meskipun bertemu dek kadar ketumpatannya.

Malah warnanya turut berbeza. SUBHANALLAH.. dua lautan yang tidak bercampur itu terletak di Selat Gibraltar.. Selat yang memisahkan Benua Afrika dan Benua Eropah yang mana berhampiran di negara Morocco & Sepanyol.

Dikala dunia baru mengetahui tentang dua lautan ni, Al-Quran terlebih dahulu menceritakan mengenai keajaiban dan kekuasaan Allah ini..

Ini antara salah satuny.. Banyak lagi kekuasaan yang boleh kita discover.

Oleh itu kesayangan semua, bacalah AlQuran. Didalam penuh 1001 ilmu, cerita dan bukti yang nyata..

Allahuakbar..

Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Salam Sayang, 
Malin Meena


Monday, November 26, 2018

I will wait 🌝


Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola! 😎

This one is for you 🌚

I will wait for you..
Even it takes time.. I will be waiting for you..

No matter what's your choice..
No matter what's your answer..
Whether its good or bad..
I will wait..

Until you have the reason for me to leave..
Until you have the reason for me to go..
Until you have the reason for me to stay..
I will wait..

Until you give me the reason..
Because i want to know your reason..
For your absence..
For your silence..
For your action.. 

I will wait.. Patiently.. ☺️
My Dua' always with you..
Because be patient is beautiful..
Because i know Allah always give the best to his servants..
Because Allah knows better than me..
Because  إنما أمره إذا أراد شيئاً أن يقول له فيكون

I will wait.. 🌝😇🌈

Salam sayang, 
Malin Meena

Friday, November 23, 2018

Jiwa kosong?


Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola! 😎

Pernah tak kalian rasa walaupun kalian punya segalanya tapi kalian rasa kosong?
Macam ada sesuatu yang kalian belum punya..
Macam ada sesuatu yang tertinggal..
Macam ada sesuatu yang buat diri ni rasa resah dan tak tenteram...

Kalian punya kerjaya, kalian punya keluarga yang support dari belakang kiri kanan depan, kalian punya teman yang baik, kalian punya kewangan yang kukuh, kalian bebas dari masalah.. tapi tetap jiwa kalian rasa kosong.. macam something wrong somewhere.. rasa serba tak kena..

Luaran happy, tapi dalaman moody..

Pernah alaminya?

Jika pernah dan sedang mengalaminya, guwa tahu kenapa..

Apabila Agama tidak didahulukan..
Apabila Allah tidak didahulukan..

Kita acap kali dengar orang kaya, duit menimbun, tak da masalah..tapi end up kemurungan, end up bunuh diri..

Kenapa?
Sebab jiwa nya terasa kosong.. Bahagia, mewah tapi terasa kurang sesuatu. Rasa gelisah, rasa tak aman..

Jadi, apa patut buat?
Cari semula apa tujuan kita hidup..
Kita hidup berlandaskan apa..
Pejam mata,..tarik nafas sedalam2nya.. fikir semula..
siapa kita di muka bumi ini..
apa tugas kita di atas muka bumi ini..
Buka mata...
Cari semula pengisian untuk jiwa yang kosong itu..

Insyallah, kita akan lebih mensyukuri apa yang kita punya..
Kita lebih sayang pada diri sendiri..
Kita punya tujuan hidup..
Kita punya ajaran agama yang perlu diikuti..
Kita punya tugasan utama di muka bumi ni..

Perbaiki diri.. perbaiki akidahmu..
Cari Allah..
Allah sentiasa ada.
Dekat.
Dan percayalah, ketenangan akan sentiasa menghampirimu..


Nota kaki: Biar gelap tanpa lampu, jangan gelap HATI tanpa IMAN.

Salam Sayang,
Malin Meena

Wednesday, November 21, 2018

Air yang dicincang tak akan putus ❤️

Assalamualaikum 🌈
Greetings 👋👋
Ola! 😎

Topik hari ni agak general.
Nak berbicara mengenai hubungan keluarga or hubungan adik beradik..

Kita selalu dengar,
Disebabkan harta, putus saudara..
Disebabkan salah faham, bermasam muka.. Disebabkan permasalahan kecil, tidak bertegur sapa..

Manusia,
Tak pernah lari dari buat silap..
Manusia,
Tidak ada yang sempurna..
Manusia,
Selalu lupa, selalu alpa..

Tapi kalau dalam kalangan keluarga, tegakah kita untuk putus saudara @ bermasam muka @ tak bertegur sapa?

Harus diingat, mereka adalah orang terdekat yang kita punya. Buruk macam mana pun mereka... Kurang macam mana pun mereka.. Terima mereka.. Sayangi mereka. Merekalah yang akan ada disamping kita saat kita susah dan senang. Mereka yang boleh terima cacat cela buruk kita.

Apa jua permasalahan yang menimpa.. Bawala berbincang. Permasalahan itu tidak akan selesai jika terus bermasam muka.. Juga tidak akan selesai jika terus berdiam tak bertegur sapa..

Buang yang keruh ambil yang jernih. Letak lah ego ditepi.. Buang ia jauh2.. Mengalah lebih baik. Mengalah bukan beerti kalah.

Kerana air yang dicincang itu tidak akan putus..  Unless kalau kalian tutup pili paip tu.. Maka terputusla ia.. 

Salam Sayang, 
Malin Meena


Monday, November 19, 2018

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola! 😎

Pernah dengar tak lagu ni or pernah nyanyi tak lagu ni masa pertandingan nasyid kat sekolah?

Tercipta satu lembaran sejarah, 
Ditanah suci kota mekah, 
Hari yang mulia penuh syahadah, 
Bermulanya sebuah kisah.. 

Malam isnin subuh yang indah, 
12 Rabiul awal yang cerah, 
20 April tahun gajah, 
Lahirlah zuriat dan syahadah.. 

Abdullah nama bapanya, 
Siti Aminah ibunya, 
Riang gembira menyambutnya, 
Lahirnya putra yang utama.. 

Muhammad nama diberi, 
Gelaran yang terpuji, 
Nikmat ilahi sama disyukuri, 
Terima putra yang berbakti.. 

Keadaan yatim yang mulia, 
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira,
Terima kunjungan mulia.. 

..

Bila dah dengar lagu ni, tahulah kita ianya maulidur rasul. 12 Rabiul awal.. Hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Banyak lagi sebenarnya lagu2 yang menceritakan perihalnya, kisahnya, menyampaikan rindu padanya.. Tapi ini antara salah satunya la..

Baik, daku sebenarnya just nak share antara amalan rasulullah yang boleh kita amalkan.. Berapa banyak ganjaran pahala yang kita boleh dapat jika kita sering mengikuti amalan baginda... Masya Allah, Allah tu maha pemurah lagi mengasihani.. Mudahnya kita mendapat dan mengumpul pahala..

Okay, here's some of the amalan Rasulullah yang kita boleh amalkan..

1. Sentiasa berwuduk dan menjaga wuduk
2. Solat subuh berjemaah
3. Bersugi
4. Memberi salam pada semua muslim
5. Tidak meninggalkan solat Dhuha
6. Berpuasa dan berbuka dengan sederhana
7. Segera menunaikan solat apabila masuk waktu
8. Sebelum tidur, ambil wudhu dan baring mengiring ke kanan
9. Dahulukan yang kanan
10. Sentiasa bangun malam dan solat tahajjud

Mudah kann?
Insyallah..
Perlahan2..
Dari tak biasa akan jadi biasa. .
Tak boleh tinggal..
Rasa ralat kalau tinggal..
Insyallah..
Istiqomah.  ❤️

Rindu kan pada Rasulullah?
Ya, kita umat akhir baginda..
Kita tak pernah bersua muka..

Namun rindunya membuak2
Rindu kami padanya yang tak terkata..
Dengan kasih pada umatnya yang tak terkira..
Tak setanding rasanya..
Tak seutuh kasihnya..
Ingatan kita padanya, adakah sama seperti ingatannya pada kita?

Sungguh,
Aku rindu padaNya..
Aku tagihkan syafaatnya..

Titipkan rinduku pada kekasihmu, yang Esa..
Ku titipkan melalui puji2an dan selawat ke atasnya..
Sampaikan salam rinduku padanya..

اللهم صل علي  سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

 Salam Sayang,
Malin Meena

Monday, October 15, 2018

Bacalah Al-Quran meskipun satu hari satu ayat~

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola 😎

Bacalah Al-Quran setiap hari 1 juzu',
Jika tidak mampu, bacalah separuh juzu',
Jika tidak mampu, bacalah satu helai,
Jika tidak mampu.. berusahalah untuk baca walaupun satu ayat..

Jika tidak mampu juga.. cukuplah dengan hanya memandang Al-Quran tersebut dan tanyalah pada dirimu sendiri: 
''Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayatMu?"


Al-Quran itu mukjizat Nabi Muhammad. Panduan dan rujukan kita umat Islam. 
Guru kita.. sahabat kita.. Berdamping dengannya banyak ganjaran yang akan diperoleh. Baik didunia mahupun di akhirat kelak. 
Jadi mengapa kita nak tinggalkannya? 

Rasulullah s.a.w mengumpamakan mukmin yang membaca al-quran itu seperti buah utrujjah.. baunya wangi, rasanya sedap. Mukmin yang tidak membaca al-quran pula digambarkan seperti buah tamar..tiada bau tapi enak rasanya. Munafik yang membaca al-quran diibaratkan seperti tumbuhan harum raihanah.. baunya sedap tapi rasanya pahit manakala munafik yang tidak membaca al-quran diibaratkan seperti buah hanzolah.. tiada bau dan rasanya pahit. (HR Abu Musa Al-Asy'ari)


Jika kamu merasa keliru dan tiada arah tujuan hidup.. berbaliklah pada Al-Quran. Nescaya ada jawapan untuk setiap apa yang kamu cari..

Usahakan untuk membacanya meskipun satu ayat..
Usahakan untuk mengamalkannya meskipun satu ayat..
Usahakan untuk menghafalnya meskipun satu ayat..
Usahakan untuk memahami maksudnya meskipun satu ayat..

Meskipun satu ayat..
Nampakkan usahamu itu..
Dari satu ayat.. 
Menjadi satu muka surat..
Dari 1 muka surat..
bertambah kepada 1 surah..
Kemudian 1 juzu'..
Seterusnya 1 Al-Quran..

Masya Allah.. 

Allah tahu niatmu. Allah tahu apa yang tersembunyi..

Usahakan..

Salam sayang,
Malin Meena

Monday, October 01, 2018

Malin datang balikkkkkk...

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola 😎

Haaa... gitu la Malin...dah macam chipsmore dah.. kejap ada kejap tak da.. kejap tak da kejap ada..

btw, blog yang lama dah permenantly delete dah 😥😥. Babai blog lama.. will miss u.. ish dari 2009 tu... 

Okay, why Malin macam chipsmore? Sebab kadang mood nak tulis tu muncul kadang2 dia main nyorok2 denganku. Ehhh, cubit kang. 
Hmm, mula2 macam malas nak tulis kat blog.. ingatkan nak create satu nw acocunt di Instagram.. khas untuk daku tulis2.. haaa, tulis la apa sahaja yang dikau mau disana.. 

Tapikan... Daku cuba create new account.. tapi macam tak boleh je..huhu.. sebenarnya dak dah ada 3 acocunt ig. 3? Mak aih, apa yang sampai 3 tu Malin oiiiii... 

Personal Ig which is malin_amalin
Ig utk kucing [kucing kitorg]
ig utk fitness & health 

Bajet je lebih cik Amalin ni.. 

Then kononnya nak la create satu lagi ig untuk blogger... ye la.. blh post gambar then write something on the caption.. lebih kurang sama kan? tapi entahlah..tak boleh nak create lagi yang baru... mcm mne nak buat yer?  Adehhh...

then, tiba2 ehhhh...patah balik kat blog. Kamu ni dah kenapa Cik Amalin? Kejap nak kejap tak nak.. 😑
Lantaklah kome.. 

Kan dah cakap..daku ni macam chipsmore.. kejap ada kejap tak ada.. 

Tengoklah nanti kalau daku rajin, daku conteng2 kat sini ya...

Nota kaki: Sekejap je tu mood rajin si Amalin ni... 😏😏

Salam Sayang,
Malin Meena

Wednesday, May 30, 2018

33 pesanan Rasulullah s.a.w terhadap wanita 🌸🌼

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola 😎

Wanita..
Kamu cantik kerana kamu wanita muslimah..
Kamu cantik kerana peribadimu..
Kamu cantik kerana akhlakmu..
Kamu cantik kerana ilmumu..
Kamu cantik kerana malumu..
Kamu cantik kerana kamu mahal..
Tiada harga..tiada tandingan..
Kamu mawar yang punya duri..
Duri itu melindungi kamu..
Duri itu menjaga kamu..
Dari segala bahaya yang mungkin menimpa..
Dari segala tohmahan dan fitnah..
Wanita..
Kamu istimewa..
Kamu cantik..
Jagalah dengan baik..
Berlindunglah disebalik duri itu..
Supaya haruman kamu mekar hingga ke syurga..

Antara 33 pesan Rasulullah s.a.w terhadap wanita sebagai ingatan buat kita dan agar kita sentiasa menjadi wanita muslimah yang berakhlak mulia.

1. Jangan menolak kebaikan suami
  Dari Ibnu ‘Abbas Ra, dia berkata. Nabi SAW bersabda, “Neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata kebanyakan penghuninya adalah para wanita yang kufur. Lalu beliau ditanya, ‘Apakah mereka kufur kepada Allah?’ Beliau menjawab, ‘Mereka mengingkari suami dan kebaikannya. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang dari mereka selama setahun, kemudian dia melihat sesuatu (perbuatan buruk) darimu, maka dia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun dari kebaikanmu’.” (HR. Bukhari Muslim).

2. Menjadi wanita yang dinikahi kerana agamaNya
 Dari Abu Huraira Ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Nikahi wanita kerana agamanya,niscaya kamu tidak akan menyesal. (HR. Bukhari Muslim)

3. Menjadi wanita yang solehah
Dari Abdullah bin’Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim)

4. Menjadikan rumah sebagai tempat solat yang paling baik
Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud, “Solatlah dibilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu.” (HR. Ibn Khuzaimah)

5. Menjadi wanita yang solehah buat suami
Rasulullah SAW, bersabda, “Diantara kebahagiaan anak cucu adam itu ada tiga dan kesengsaraan (juga) ada tiga. Yang termasuk kebahagiaan anak cucu Adam adalah wanita yang solehah, tempat tinggal yang layak, dan kendaraan yang nyaman. Dan diantara kesengsaraan mereka adalah wanita yang buruk, tempat tinggal yang sempit, dan kendaraan yang jelek “ ( HR. Ahmad no.1.448)

6. Minta izin suami jika puasa sunat
Rasulullah SAW, bersabda, “ Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan" (HR Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah)

7. Berhias untuk suami

8. Dilarang memakai perhiasan secara berlebihan

9. Menunaikan haji, kerana itu adalah jihad bagi perempuan
Dari Aisyah Ummul Mukminin Ra. Dia berkata, “Wahai rasulullah, kenapa kami tidak berperang dan berjihad bersama kalian?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya jihad yang paling bagus (bagi wanita) adalah haji, iaitu haji yang mabrur. “ (HR Bukhari)

10. Tidak boleh tabarruj (menampakkan aurat/kecantikan)
“Dan perempuan-perempuan tua yang Telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian[1050] mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Bijaksana.”(An-Nuur:60)

11. Hati-hati memakai minyak wangi
Dari Abu Musa, Nabi SAW, “Jika wanita memakai minyak wangi, kemudian dia melintasi sekumpulan (laki-laki) agar mereka dapat mencium baunya. Maka wanita itu adalah begini dan begitu (yakni pezina).” ( HR Abu daud)

12. Jika mahu pakai minyak wangi, pakailah yang khusus untuk wanita (wangiannya ringan)

13. Cara mempercantikkan diri yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w
Allah melaknat kaum wanita yang mentatu dan ditatu, mencukur alis dan minta dicukur, mengikir giginya untuk keindahan,serta wanita yang mengubah ciptaan Allah.

14. Nikahilah anak perempuanmy dengan lelaki yang soleh

15. Perbanyakkan sedekah dan memohon ampun
Dari Abdullah bin Umar ra, dari Rasulullah SAW, ia bersabda, “Wahai para wanita, bersedekahlah dan mintalah ampunan karena sesungguhnya aku melihat kalian adalah penguin neraka yang paling banyak.” (HR. Bukhari Muslim)

16. Menjadi pemimpin di rumah suami

17. Meminta izin dari suami saat memberi dari hartanya.

18. Menjadi wanita yang terbaik (buat suaminya)

19. Taat pada suami.

20. Haram menuntut cerai dengan suami tanpa sebab.

21. Elakkan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan)

22. Laknat bagi perempuan yang menyerupai lelaki.

23. Menguruskan hal rumah sama dengan berjihad di jalan Allah.

24. Mendidik dan menafkahi anak.
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang memiliki tiga orang anak wanita, lalu dia memelihara, mengasihi dan menafkahinya, maka dia berhak memperoleh surga.” Lalu Rasul ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau dua orang anak wanita?” Beliau menjawab, “Begitu pula dengan dua anak wanita.” Beliau ditanya lagi, “Bagaimana bila satu anak wanita?” Beliau menjawab, “Begitu pula dengan satu anak wanita.” (HR. Ahmad)

25. Dilarang meratap

26. Tidak mengiringi jenazah ke perkuburan (Tidaklah haram tapi tidak digalakkan)

27. Jangan meremehkan dosa kecil

28. Bersikap adil dalam memperlakukan anak2.

29. Jangan mendoakan keburukan bagi anak2.

30. Jauhi mengumpat.

31. Berbuat baik kepada ibu bapa.

32. Jangan rasa malu untuk menuntut ilmu

33. Jangan berbohong pada anak kecil. 

Wanita..
Allah sayangkan kamu..
Rasulullah kasihkan kamu..
Oleh itu, tidakkah dikau menyayangi dan mengasihi dirimu sendiri?
Kerana..
Kamu adalah istimewa..

Sama2 lah kita ingat antara pesanan rasulullah buat kita, wanita 🌸🌼

Sumber dari pelbagai bahan internet.

Salam sayang,
Malin Meena





Monday, April 09, 2018

Hello Kuching, Sarawak! Kamek datang! [part 3]

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola 😎

April 3, 2018
Hari Keempat.

Agenda hari ni diteruskan seperti biasa. 
Kali ini, kak odie bawa guwa ronda2 di sekitar waterfront.
Tujuan: beli buah tangan ler... esok lusa nak balik dah huhu

Hmmm, banyak juga guwa borong nih... hahahaha,
Kain batik sarawak (wajib!), Baju tshirt (pun wajib!), Peralatan dapur dari kayu nipah (untuk mama) hihi

Hari ni kami makan SCR lagi! tak bosan sebab sedap sangat.. 

Seterusnya, kami bergerak ke Kota Samarahan. Saja lah nak tengok warehouse kami kat sini.. dah alang2 datang kan.. kalau tak memikirkan Kuching dengan Miri tu jauh, lama dah singgah office di Miri juga.. haha, Okay di sana. kami bertemu dengan Idris (staff kami disana juga) dan uncle pilip. Biasalah mau paw dia lagi..hahahaha.. 

Aktiviti kami hari ni nak pergi ke Damai Beach & lihat gunung Santubong. Sebenarnya lokasi pantai dengan gunung ni berdekatan je.. so sambil menyelam minum air la kannn... 

Masya Allah..Subhanallah... cantik sangat view dia.. Siapa berani menidakkan kejadian ciptaan Allah kan.. Allahuakbar.. 

Okay, malam.. kami singgah ambil Ina dari tempat kerjanya terlebih dahulu sebelum kami bertemu dengan Mr Phang. Mr Phang is one of our subcon here. Orang kuat Sarawak juga ni.. Geng la dua tu. Pergila mana2 celah Sarawak ni, sebut dua nama ni, confirm semua kenal. Amboi..

Dan rezeki kami hari ni, Mr Phang belanja kami makan.. alhamdulillah.. kenyang weyyy... 

April 4, 2018
Hari Terakhir di Kuching Sarawak.

Hari ni kitorg breakfast nasi lemak.. huhu

Then sajalah singgah tengok kebun milik keluarga Ina. Pertama kali guwa tengok pokok lada hitam. dan sajelah kutip 2-3 tangkai..hihi ambil feel. Sebenarnya tak boleh kutip pun lagi.. tak masak sepenuhnya.. then nak kna jemur dulu.. tapi yang segar ni pun boleh guna dalam masakan juga. As i said, saje ambil feel..huhu,

So mak Ina pun bawa kami ke rumah one of their relative.. sebab diorg baru je settle jemur biji lada hitam ni untuk dijual. And murah beli dengan diorang.. nasib baik xbeli kat waterfront semalam. Makcik tu jual RM13 1 kg. Guwa pun beli 1kg jela.. banyak kot.. benda tu ringan ja.. hahaha, tapi guwa saja je kasi duit lebih kat makcik tu.. tak pa.. sedekah..kita tolong orang. later orang tolong kita.. suka makcik tu.. ambillah makcik..rezeki makcik sekeluarga walaupun tak la banyak.. ;) 

Again, kami keluar pergi ke medan niaga Saratok. Kali ni sebab nak beli ikan terubuk.. Wehhh, mai Sarawak tak beli beli Terubuk dengan Kek Lapis tak sah lah kannn... haha,

Habis borong ikan, singgah di Asma Kek Lapis di Kota Samarahan. Haaa, borong lagiiii... 😁😁😁

Then balik tu, kami packing dan kemas barang... 

Hmm, berat rasa hati.. serius tak puas nak tinggal kat situ.. 
Malam tu kami dah nak berangkat pulang. 
Sebelum tu semapt juga mak ina bekalkan kami makanan.. awwww terharunya...  

Nak nangis rasanya nak tinggalkan keluarga Ina. they are too nice.. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka sekeluarga. 

Later nak bawak mama abah sekali la.. Kenal2 dengan keluarga Ina. 😍

Sekian coretan trip ke Kuching Sarawak.
Nanti kalau ada kisah2 lain, guwa selit2 kat sini ya.. 
Honestly kalau kak odie tak ajak guwa sekali, tak merasa kot guwa pergi ke sana. 
Abah ralat nak lepaskan guwa.. Tapi bila dia tahu guwa nak pergi dengan kak odie..dia bagi lepas.. hahaha at first guwa pun terkejut.. fuhhh, abah bagi keizinan wehhh.. 
Mana tak izinkan, kak odie ni anak angkat kesayangan dia.. 😅😂
Cakap nak makan apa.. konfem mama abah buat untuk dia ni...haha, 

Nota kaki : orang buat baik dengan kita,..kita buat baik dengan orang.. 😇

Salam Sayang, 
Malin Meena




Sunday, April 08, 2018

Hello Kuching, Sarawak! Kamek datang! [part 2]

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola 😎

April 1, 2018

Alhamdulillah..masuk hari ke2 disini..
Hari ni kami berdua diajak ikut bersama ke kenduri saudara mereka di banadr Kuching. Jadi awal2 lagi kami sudah bersiap. Majlis perkahwinan sini pun tak jauh bezanya dengan di semenanjung. cumanya, majlis kat sini dah mula seawal jam 9 apgi. Haa, kira pakej la tu datang makan pagi dengan tengahari kot..huhu..

Lepas dari kenduri, kami singgah sebentar di Medan Niaga Satok. Saja nak cari ole2 sikit.. dapatlah guwa borong sikit keychain dan fridge magnet. Standard souvenir... lol!

Kemudian, singgah sebentar makan sotong kangkung dan abc di Swee Ais Kacang. Its one of the most visited place when come to Kuching. 

April 2, 2018

Hari Ketiga.

Siap bersarapan..Mak ina ajak ikut dia pergi cari siput di sungai.
Jarak antara rumah dengan sungai tidaklah jauh mana.. lebih kurang 10 minit berjalan kaki. tapi, sangat challenging. Haha, fuhh.. okay yes.. guwa admit yang guwa dulu selalu keluar masuk hutan..lasak.. tapi dah lama kot tinggal. Memang kalah la dengan kudrat mak ina..laju semacam jalan..redah semak samun ladang jagung semua..turun naik bukit.. tapi tak kan kita nak tunjuk kan...  To gain experience... i dont mind. bring it on!

Tapi untuk cari siput masa2 ni, memang tak berapa nak ada. Waktu yang sesuai nak cari pada waktu malam. senang nak cari katanya. But since kak odie kata kat diorang yang guwa nak rasa 9ehhh,memandai je tauuu cakap kite) gigih la mak ina ni nak turun cari jugak. Guwa pun dengan serba salah nya,, ikutkan saje.. tak pa, guwa suka..huhu

Air sungai ni jernih dan sejuk weyyyy... sampai kebas tangan ni... tapi boleh la...dapat la jugak semangkuk besar siput.. cukup untuk lauk tengahari dgn malam.. setelah hampir 2 jam berendam dalam sungai tu... fuhhh boleh beku!

Siap makan tengahari, kami bergerak ke bandar Kuching. Lagi. Hahaha.. Saje kak odie nak bawak guwa kenal tempat2 yang selalu dia pergi masa belajar sini dulu. Kami singgah sebentar di wisma seberkas untuk rasa rojak campur disana. Harganya dikira berdasarkan timbangan beratnya. Oleh itu masa beli pastikan kita tidak kalah dengan nafsu lapar tu ya.. nanti tak habis..membazir je.

Habis makan rojak, kami jalan2 sekitar deretan kedai di bandar Kuching sementara menunggu ketibaan uncle pilip. He is our regional head di Sarawak. Orang kuat ni. Jauh datangnya dari Miri.. ada urusan kerja di Kota Samarahan.. sambil2 tu datangj umpa kami disini.  Ish yela..datang Sarawak kot.. tempat dia nih.. kenalah jumpa dulu bos besar.. minta izin..haha,

Tak lama lepas tu, uncle pun sampai.. heheh, guwa bahasakan dengan dia uncle je.. lebih kurang baya abah juga.. 
Sampai je beliau, kak odie terus paw dia nak naik bot menyusuri sungai di tengah bandar Kuching. Pandai2 je kata guwa yang teringin...ehhh -_- 

Sejam atas boat sudah cukup buat kitorg.. yela bukan blh buat apa pun..enjoy the view ja.. but seriously.. nice view.Subhanallah. sunset tuuu... Kemudian, kami mencari port untuk dinner.. tempat yang dituju adalah Annuar Steamboat & BBQ. Josiah, staff dari Kuching pun turut join kami. Harga? For me, its affordable. RM28/pax. Takpa, uncle belanja lagi..kikiki... 
Alhamdulillah kenyang. TQ uncle!

Jam 10 mlm, kami bergerak pulang. Fuh..penuh jadual kami hari ni..

To be continued... part 3 finale

Salam Sayang,
Malin Meena





Saturday, April 07, 2018

Hello Kuching, Sarawak!! Kamek datang! [part 1]

Assalamualaikum 🌈
Greetings! 👋👋
Ola 😎

March 30, 2018

Okay, I was excited about this!!
Seriously! Excited! Super excited! Super duper excited!
My face show e/thing. I even cannot hide it from Kak Odie..
Hahaha..

Nervous plus excited!

Alhamdullilah,. she always there for me. I love her so much!

Okay, back to story, kami berlepas dari KLIA2 flight yang terakhir ke Kuching.,
Sebaik sahaja tiba, kami disambut baik oleh Ina dan kakaknya.
Ina ni dulu bekerja sama tempat dengan guwa juga.. Mama abah pun kenal dia.. Hmm, kalau dah cukup kenal Kak Odie, masakan Ina tak kenal kan... pendek kata, Mama abah kenal semua kawan2 guwa.. Anak2 diorang juga tu..huhu

Allahu, rindu gila dengan Ina.. Perangai masih sama! Haha,

Oh my..

Sampai je, kami singgah makan dulu. Lapar! Makan kolok! and of course la the taste is better than what i got kat KL kan... 

Dah kenyang..mata pun kecik besar dah ni...
Destinasi seterusnya ke rumah ina ler..

Jalan nak ke rumah Ina..fuhhhh, guwa memang dah surrender awal dah... kalah jalan Cameron Highland wehhh.. I'm so peningggg... nak pengsan pun ado. fuhh!

To describe rumah Ina, its still rumah panjang..tapi dimodenkan. Masih mengekalkan konsep rumah panjang..rumah yang asal yang diperbuat dari kayu masih utuh cumanya mereka renovate di bahagian bawah.

And i'm so ecited on the surrounding view. Subhanallah, its so beautiful. Tak ada yang lebih cantik dari lukisan alam ciptaan Allah ni. With a view of Mt Borneo, its so calming and very close to nature. Me love it! 

March 31, 2018

Alhamdulillah..a good day to start..

Aktiviti hari ni selepas solat dan sarapan...kami ke Serikin. Pasar pagi yang buka pada hari Sabtu. Kebanyakannya adalah penjual tempatan dan juga Indonesia. Sempadan Kalimantan kan..

Oke, sangat banyak pilihan kat sini. Makanan kering, sayuran, hiasan rumah, cenderamata, pakaian..kain, dll..
Kain pasang, kain telekung, kain lace..semuanya lawa2! Rasa nak nangis... sebab...
Why gaji masuk esokkkkkkkk...why not today?? 😢

Habis cuci mata (cuci mata je mampu hari ni... beg duit masih selamat...kikiki).. kami bergerak pulang ke pasar..nak cari bahan untuk masak makan malam nanti. Dalam perjalanan, sempat lagi Odiejah ni berhenti di tepi jalan.. ada pasar pagi juga. Gigih berhenti sebab nak tunjuk kat guwa Ulat Sagu in real life. Allah, geli nyer wehhhhh... aisehhh, macam mana mereka makan tu hidup2.. okay, please put that away from me... 

Matahari kian meninggi..kami meneruskan perjalanan ke pasar riyal. its just like pasar tani juga. Tujuan nak cari obor2 untuk dibuat umai dan juga sayur midin. Yeayyyy, i'm gonna eat umai! To be exact, its made from obor2 weyyyy... last time pernah juga makan umai made from udang..kak odie buat. but now, its jellyfish.. i wonder how it taste.. huhu.. 

Okay, perut dah berokestra.. Sedari pagi hingga petang...perut ni masih belum terisi apa2..
Our lunch is Singapore Chicken Rice. Dari KL lagi selalu dok dengar Kak odie cakap pasal SCR ni.. Katanya sedap teruk.. and yes! Could not agree more on this!

Sampai je rumah, kami bersihkan diri , rehat solat dan tolong prepare for dinner. 

And we got special menu for dinner, 
Nasi buluh (dimasak dalam buluh - so wangi)
Ayam pangsuh (ayam kampung yang dimasak dalam buluh juga)
Sayur midin goreng
Umai obor2
Telur padi goreng
Pekasam

Masya Allah... rezeki guwa nihh... dapat rasa makanan yang tak pernah guwa rasa.. Mak Ina dengan kakak dia masak sedap! Gambar? Refer ig ya.. malas nak upload kat sini huhu..

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati..

To be continued..

Salam Sayang,
Malin Meena