Friday, February 16, 2018

Fire! Fire! πŸ”₯πŸ”₯ _Part 2

Assalamualaikum 🌈
Greetings! πŸ‘‹πŸ‘‹
Aloha  πŸ˜Ž

**Sambungan dari bahagian pertama.

Di dalam kekalutan kami berjaya menelefon bomba. Tahu-tahu sajalah apabila berurusan dengan pihak kecemasan ini. Baik Bomba, mahupun Ambulan dan Polis. sangat mengambil masa. mana tidaknya , kita berhubungan dengan main centre..sudah tentu mereka mahukan info yang sangat lengkap sebelum mereka sambungkantalian ke unti berkenaan. 

ya, sangat kelam kabut ketika itu. kami blur. mana tempat berkumpul? apa patut buat? perlu catit kehadiran atau jumlah pekerja tak? apa yang boleh dibantu? rata2 cuma membantu untuk merakam saat2 kejadian sahaja...haha,

Dunia teknologi sekarang, sangat bahaya. Apa2 TELEFON PINTAR..APA2 MEDIA SOSIAL, APA2 VIRALKAN.

oke, berbalik kepada niat asal berkongsi ilmu. Apa patut kita buat apabila kita menghadapi situasi yang sebegini?

1. Jangan Cemas. 

Ya, step pertama saje dah susah...hahahaha, of course la akan cemas kan? tapi, cuba sebaiknya jangan cemas dan jangan mencetuskan kekalutan yang melampau yang akan mengakibatkan orang lain turut cemas. bayangkan kalau dalam kekalutan tu, orang bertolak2kan, lari sana sini, nanti tak pasal2 je ada yang cedera. Oleh itu, Calm down, dan ikut arahan yang ditetapkan. 

2. Keluar dari bangunan mengikut laluan kecemasan 

Setiap bangunan pasti ada laluan kecemasan. Dan, harus diingat jangan keluar dari bangunan menggunakan lif. No Lift! Use stairs. dan, jangan terjun dari tingkap pula yer. Tak pasal nyawa pun melayang.. boleh terjun ikut tingkap, but have to consider the situation... kalau dah dari tingkat 5 nak terjun pulak tu nothing to support... babai la jawabnya. 

3. Hubungi pasukan kecemasan

Jangan tanya siapa yang dah telefon pasukan kecemasan. Put responsible on yourself. you call them. Biarla sampai 10 org telefon pun tak pa. Kalau nak konfemkan dulu siapa yang call susah...silap2 dia tak call pun.. ye la, mane tau time dia nak call tu, bateri telefon habis pulakkkk...  Dah call, ok good wait them to come. and back to step 1, jangan risau...jangan cemas.. they are pasukan kecemasan... sepantas kilat mereka akan cuba datang. 

4. Berkumpul di kawasan yang selamat

Haaaa, jangan cemas sudah, keluar dari bangunan sdh, hubungi pasukan kecemasan sudah, jadi berkumpulla di kawasan yang selamat. Bukannya berselerakan...ade sekumpulan berkumpul kat sana, ada satu group kumpul di tempat lain....heyyy,,poning2x. dan sila catit dan periksa semua orang (especially rakan sekerja sebelah anda) ada di tempat berkumpul. Dengar arahan dari officer yang berkenaan.Jangan buat pandai dan jangan ikut kepala sendiri. 

5. Safety First

Ini paling penting tau! Apa-apa pun, keselamatan diri yang utama. Ni tak, dengar loceng, dapat arahan tinggalkan bangunan dengan segera, terus tangan tu sambar apa yang patut..kalau boleh penuh satu bag nak isi barang2 yang boleh angkut.. kalau boleh, nak bawak turun satu laci tu turun...LOL. (wa pun cenggitu jugak...hihihi) 

6. Latihan kebakaran (fire drill) dan sistem kebakaran

Haaaaa, inipun penting juga tau. (pendek kata semua penting) Bangunan mestilah dilengkapi dengan sistem kawalan kebakaran.. paling kurang pun smoke detector. Mesti. Macam dlm situasi kami, kami tak sedar ia berlaku pada peringkat awal. sebab ia di tingkat bawah. Dan lagi satu yang memang mustahak lagi penting adalah lakukan latihan kebakaran...ala, yang macam waktu kat sekolah dulu tu... lebih kurang je. supaya jika perkara ini berlaku, kita lebih bersedia...at least masing2 tahu kat mana laluan kecemasan yang boleh digunakan tak delah dia pergi terjun ikut tingkap...tak pasal2 je nanti masuk hospital. Huhu,


Hmmm, setakat itu la kot. Yang paling penting, sentiasa berhati2 dan beringat. situasi kebakaran ni boleh terjadi dimana2. DIsekolah, di rumah, di kedai, di bangunan pejabat, dll.. jangan sebab kita cuai, habis segala macam kerugian. Kehilangan wang ringgit tak apa lagi kan....memangla sakit nanti, tapi lagi sakit jika kehilangan nyawa. Hilang nyawa tak ada gantinya tau.

Nota: Api masa kecil jadi kawan.. bila besar jadi lawan.

Salam Sayang,
Malin Meena

0 comments:

Post a Comment