Tuesday, February 06, 2018

Post on 1st April,2014 ; 8:30PM

MENCARI PASANGAN~

Assalamualaikum.

Seperti biasa, hari Selasa memang wa menjauhkan diri wa dari segala kesibukan yang cuba brkepit dengan wa.  Kenapa Selasa? Sebab wa nak berdeting dengan Mr Remi di dalam slot AKsi TV3 _jiwa_.
Tapi sebelum cerita tu brmula, mama wa suruh wa jangan tukar siaran (mama wa tengah tengok 30minit bersama Ustaz Don) . Topik malam itu, mencari pasangan.

Tiba2 wa jadi tertarik dengan isi kandungan rancangan ni. Macam wa sebut dalam instagram wa, mencari pasangan atau memikirkan soal masa hadapan adalah hakikat. Sesuatu yang kita tidak boleh elak.
Banyak point2 yang wa dapat. Antaranya,

1)      Dalam mencari pasangan, kita kena tengok niat kita dulu. Jangan kahwin hanya kerana nafsu semata-mata. Adalah lebih baik kerana ibadah dan Allah S.W.T

2)      JIka kita rasa ragu2 dengan pilihan, rajinkan diri untuk berdoa dan buat solat istikharah. JIka niat kita dan amalan yang kita lakukan itu ikhlas, insyallah kita akan mimpi mengenai orang yang menjadi pasangan kita dan berkemungkinan pasangan kita juga akan mimpi benda yang sama.

3)      Dalam mencari pasangan, adalah lebih baik cari yang kontra. Kontra disini membawa maksud Yang pendiam dengan yang peramah. Yang baran dengan yang lemah lembut. Ibarat magnet. Positif bertemu positif, negative bertemu negative mesti magnet itu tidak akan bercantum. Berlainan dengan positive bertemu negative. Bertemu malah kuasa magnet dia kadang2 sukar untuk kita pisahkan.

4)      JIka kita berdoa, elakkan berdoa khusus pada seorang. Maksud disini, punyalah kita angau/suka dengan orang ni, setiap masa doa “Ya Allah, temukanlah jodoh aku dengan A****. “ Sebaiknya umum. “Berikanlah hamba petunjuk. JIka hamba tiada jodoh dengan orang yang dekat dengan hamba, maka pisahkanlah kami dengan cara baik. Memadailah kami hanya sebagai kawan. Motif disini supaya kita tidak terlalu mengharap.

5)      Kahwin perlu  restu ibubapa. Walau sekuat manapun cinta kita dengan pasangan kita, restu kedua orang tua kita amat penting. Jangan sampai mereka tidak sempat untuk memaafkan kita dikala ajal memanggil. Even kalaupun kita kahwin tanpa restu mereka, jangan jemu untuk cuba perbaiki keadaan. Sedangkan batu yang keras pun boleh lekuk kalau kena air.

6)      Perkahwinan ini bukan hanya semata2 mahu menghalalkan sesuatu yang haram tetapi ia lebih kepada peranan masing2 dan tanggungjawab yang lebih meluas. Kalau dulu, kita hanya fikir makan pakai sendiri, sekarang kita perlu ambil tahu makan pakai pasangan kita. Begitu juga dengan keluarga pasangan.

Dalam erti kata lain, banyak wa dapat tahu. Setidaknya2 wa boleh perbetulkan apa yang selama ini wa lakukan.

Okeh, wa boleh sambung deting dengan MR. Remy@iskandar.


P/s: jodoh itu rahsia Allah. Doa_Usaha_Ikhtiar_Tawakkal.

0 comments:

Post a Comment