MISI 90 HARI
Assalamualaikum,
Alhamdulillah..sudah masuk hari yang 38. Maknanya sudah sebulan lebih.
What is 90 challenge days?? Dalam instagram wa, wa ada letak hashtag #malinmeena90challengedays.
Motif dan tujuan:
Sebelum ini wa pernah cuba untuk kekal sihat dan amalkan pemakanan yang lebih teratur. Tapi usaha itu tidak lama. Hangat-hangat tahi ayam. Satu hari, entah bagaimana wa boleh terdetik untuk challenge diri wa sendiri. Semuanya bermula dari rakan wa yang cuba untuk tidak makan nasi. Permulaanya dia nampak sudah sebati dengan tidak makan nasi. Bukan senang kita as Malaysian nak tolak nasi sebab nasi itu adalah makanan ruji harian kita.
Dari situ, hati wa terdetik, dia boleh tekad dan buat sebegitu, kenapa tidak wa? Bukannya wa tidak pernah cuba, tapi semuany separuh jalan. Jadi wa rasa dengan adanya 90challengedays ni, wa rasa seperti ada misi yang perlu wa lakukan.
Selain dari itu, wa mahu amalkan gaya hidup yang sihat. Ya, hidup ini kena enjoy tapi enjoykah kita apabila pelbagai penyakit datang menyapa kita? Tidak bukan? Sebelum perkara itu terjadi, lebih baik kita mencegahnya.
Apa yang wa buat sepanjang 90 hari niey?
“Slow progress is better than no progress” . Apa yang wa buat sepanjang 90hari mendatang, adalah berlandaskan degan kata-kata ni.
Lebih baik ada perkembangan dari tiada langsung. Maknanya, biarpun usaha kita hanya membuahkan hasil yang sedikit, tapi setidak-tidaknya kita telah cuba lakukan sesuatu daripada duduk diam tidak buat apa tapi mengharapkan perubahan.
Dan untuk challenge ini, wa tidak mengharapkan perubahan yang besar tapi setidaknya wa berpuas hati dengan apa yang wa lakukan.
Pelbagai aktiviti yang cuba lakukan. Kadang kala ia memenatkan tapi seronok sebab kita dapat cuba benda baru dan mengeluarkan peluh.
Aktiviti yang selalu wa buat:
1) Workout.
Alhamdulillah, wa beruntung sebab abah punya gym. Tapi ia bukan satu kelebihan yang nyata buat wa. Gym tersedia, tapi kalau wa tidak mahu pergi, tiada yang boleh memaksa kan? So, semuanya atas diri sendiri. Mahu atau tidak. Since dekat rumah wa tiada peralatan lengkap untuk kaki, jadi wa perlu pergi ke gym selang sehari untuk workout kaki. Yang selebihnya boleh dilakukan dirumah.
2) Senaman dirumah.
Wa bukan pelajar jurusan sukan mahupun atlet. Tapi ,kata orang jika mahukan sesuatu kita kena usaha. Sekarang taip sahaja apa yang kita mahu, semua maklumat dihujung jari. Teknologi sekarang boleh beri kita pelbagai info. Jadi wa sangat rajin untuk meng ‘google’ pelbagai senaman yang boleh dilakukan dirumah tanpa peralatan gym. Ingat, jangan jadikan ‘segan nak pergi ke gym’ itu sebagai alasan. Jadi, rajin2kanlah diri anda google!!
3) Zumba.
Huu…wa sangat suka menari. Apa jua pergerakan. Kalau wa boleh ikut, pasti wa ikut sehingga wa akin dengan gerak tari wa. Dan zumba adalah aktiviti yang menyeronokkan! Ada dua pilihan, sama ada kita ke gym dan turut serta kumpulan atau download video dan belajar sendiri melalui video. Wa buat pilihan yang ke dua. Zumba letih tapi menyeronokkan!.
4) Jogging
Mujur rumah kediaman ryumah wa agak dekat degnan taman rekreasi. Jadi wa akan cuba luangkan masa untu jogging di hujung minggu. Suasana jogging di taman rekreasi dan jalan laju di atas treadmill tidak sama. Setidak2nya di taman rekreasi kita rasa lebih relaks sambil menghirup udara segar.
0 comments:
Post a Comment