Sunday, February 11, 2018

Post on 19th July,2017 ; 4:55PM

Antara Kawan dan Diri Sendiri

Assalamualaikum.
Greeting.

Lama sudah tidak buat contengan di sini. Apapun, masih belum berlambat untuk ku ucap Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. 😊

Kalau cerita pasal raya, pengalaman balik kampung, suasana raya.. dah biasa sangat dah πŸ˜… bosan aihhh.

Rindunya nak menulis oiii... hehe  As i told in previous post, ai tulis lebih kepada kepuasan diri sendiri dan memang tangan ni selalu gatal nk menulis. Cuma kekangan masa itu selalu ada. Namun, akan ai cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh mana2 sensitiviti.

Jadi, entri kali ini adalah lebih kepada persahabatan & perasaan. Sahabat itu boleh kita klasifikasikan sebagai keluarga kedua utama kita selain dari adik-beradik,ibu bapa, sepupu sepapat. Kalau tanya ai pun, sahabat dan keluarga sama penting. But of course la, keluarga itu tetap nombor satu. Gaduh la macam mana sekali pun, darah yg mengalir itu adalah darah yang sama. Air yang dicincang itu tak akan putus. Unless, kalian pergi tutup pili air nya,putusla ia......
.
.
.
Oke. Tak kelakar ea? πŸ˜…πŸ˜‚ #siscuba

Back to story.
Bukan mudah untuk kita jadi teman yang disegani, disukai. Macam mana kita nak jaga perasaan rakan kita dan pd masa yang sama kita tidak terluka? πŸ€” susah kan? Bila kita cuma ada 2 pilihan ⬅ ➡, dan kita cuma blh pilih antara satu.

Kita senangkan kawan, tp kita yang akan susah. Kita susah kan kawan tp hati kita pula tak senang.

Sampai sekarang pun ai masih punya masalah ini. Tipula kalau cakap xpernah terasa hati mahupun tersinggung kan? Ya, kadang-kala niat kita hanya mahu bergurau dan omong kosong.. tp perlakuan kita blh di salah anggap.. lalu mengeruhkan perhubungan itu. Lebih2 lagi yang jenis pasrah atau pendam apa yang dia rasa dan makin lama makan diri sendiri. Depression, murung, menyendiri.

Kalau sejenis yang move on, open-minded, bersikap terbuka.. tidak apa lah kan..

Kadang-kala kita x sedar perlakuan kita itu menyinggung perasaannya. Tambahan pula, rakannya itu jenis "x pa la... sekali sekala... tolong" "xpa la.. mungkin dia x sengaja.. xde niat pun.."

Satu contoh yang lain pula yg paling mudah untuk kita paham.. apabila kita mengajak kawan kita untuk keluar lepak or makan. Tapi kawan kita tolak pelawaan kita. Bg alasan.Tak makan dipujuk. Dan kita pula terus nak melenting ckp kawan kita ni x sporting la..x best la.. mcm2 lagi la. Hakikatnya, ada tak kita cuba untuk faham situasi dia? Mungkin dia mmg xblh nk turut serta. Mngkin juga dia tak punya wang lebih untuk dibelanjakan. Mau minta dibelanja, segan.. asyik muka yang sama shj. Satu lagi contoh adalah 'prank'.

Soal hati dan perasaan ni sukar sebenarnya untuk dijaga. Namun, apa yang boleh ai simpulkan disini, sama2 jaga perasaan masing2. Bergurau itu boleh, tapi biarlah ada batasnya. Fikir dahulu baik dan buruknya. Tak naklah.. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
.
errrr... ada kaitan tak? πŸ˜… ade kannn?

Maknanya, tak nak lah hanya kerana isu2 kecil dan remeh itu menjadi penyebab kita bermasam muka dgn rakan kita.

Saling bermaafan. Put your ego side. Jika dia tidak mulakan dulu, why not you be as first step? Tak jatuh punya ego tu untuk kita minta maaf dulu. Malah πŸ‘πŸ‘. Betul x? Terkadang kita selalu pikir mcm ni "kenapa aku nak kena minta maaf dulu? Bukan aku yg mula dulu. Dia tu yg cari pasal dulu." Hmmmm, not nice la kannn.... tak nak la jadi kawan masa senang je.


panjang lebar dah ni. Hakak kalau nak tulis memang tak jumpa tanda noktah. πŸ˜…πŸ˜…

Dan ai tulis ni pun lebih kepada reminder to myself. Supaya ai sentiasa bersedia memaafkan orang lain kerana tiada manusia yang tak pernah buat silap. Dan semestinya, diri ai sendiri pun tak pernah lari dari buat silap.

Jadi, mana yang pernah tersinggung dengan perlakuan ai sama ada sengaja atau tidak.. ai mintak maaf yer.  πŸ˜ŠπŸ˜‡


Salam sayang,
Malin meena

0 comments:

Post a Comment