Sunday, February 11, 2018

Post on 4th May,2017 ; 11:50PM

Assalamualaikum.
Greetings.


Hari ni aku tahu satu kebenaran. Kebenaran yang lama terselindung dan ditutupi dengan ego masing2.  Kebenaran yang sangat berat untuk diluahkan. Namun, kenyataan yang benar itu sememangnya sangat baik dan amat diperlukan untuk kita terus perbaiki diri dan tahu kelemahan kita, kekurangan kita.

Namun, buat masa ni.. aku rasa betapa kerdil dan bodohnya aku. Betapa aku tidak matang dan bijak dalam sesuatu hal yang membutuhkan kepimpinan dan kewibawaan aku. Aku seolah olah tidak boleh menerima kenyataan yang memang benar. Sepertinya,Tidak ada salah.

Kenapa kita berat untuk terima pahit dalam kehidupan? Kenapa kita ego untuk akui kesilapan kita? Kenapa kita cuma mahukan manis dan kesenangan tanpa mahu memikirkan soal sekeliling?

Atas kenyataan ini lah, aku baru sedar akan siapa diri aku sebenarnya. Tapi, kenapa begitu sukar untuk aku cuba menerimanya dan menjadikannya sebagai satu panduan garis hidup buat aku. Aku terlalu ego untuk menerimanya. Adakah aku salah?

Dan aku mulai sedar, bagaimana penerimaan orang sekelilingku terhadapku. Ternyata ramai yang berpura2 hanya sekadar mengambil hati ku agar aku tidak pernah rasa jauh. Namun, mengapa aku sering rasa hati ini terus disakiti dan tidak di adili? Mengapa???

Apa yang harus aku lakukan? Apakah jalan penyelesaian yang terbaik? Jadi diri sendiri atau berkorban diri untuk kesenangan dan kepuasan orang sekeliling?

Manusia tidak pernah puas dgn apa yang dia miliki. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang orang lain miliki. Sering membuat perbandingan. Perbandingan yang tidak sihat.

Jiwa aku hari ni tewas. Tewas kerana kebenaran. Tewas kerana hakikat yang selama ini aku tidak pernah mahu lihat apatah lagi dengar. Tewas kerana keegoan yang memakan diri sendiri.

Duhai jiwa. Duhai hati.. duhai akal. Jasad ku mahu kita sama2 berfikiran terbuka.. lebih rasional..lebih matang..jadilah diri sendiri namun masih peduli tentang sekeliling. Campakkan egomu jauh2. Usahla dikutip sisa-sisanya. Usahla kau menjadi lalang. Tenangkan fikiranmu, fikirkan yang baik2. Jauhila jiwa dan mindamu dari hasutan2 yang hanya menambahkan api dendam dalam hatimu yang akhirnya memakan diri.

Duhai jiwa, duhai hati, duhai akal. Ku harap kita bersama mencuba menjadi yang lebih baik. Sekuat mana kah aku? Semoga aku tidak tewas dengan perasaan diri sendiri. semoga ada sinarvperubahan yang lebih baik untuk masa yang mendatang .

Namun, aku tewas dalam satu hal yang aku rasa ia makan masa untuk pulih luka dalaman itu. Ya, aku sudah meminta maaf dan memaafkan kerana manusia tidak pernah lari dari membuat silap. Namun, aku masih merasakan janggal untuk memulakannya kembali. Dan aku mengambil keputusan utk tidak serapat dulu.. tidak seakrab dulu.. maaf. kerana aku khuatir aku mulai lupa akan janji2 ku pd diriku sendiri dan kesilapan yang sama akan berulang kembali. Pedih namun itu yang terbaik. Bukan aku tidak sayang.bukan aku tidak rindu. Namun biarlah sayang dan rindu itu. Apa lah artinya jika kita semua hanya berpura2? Diam adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Tiada yang merasa tiada yang salah faham tiada pertelingkahan lidah. Semoga diri aku berubsh kearah yang lebih baik. Insyallah.


**jika anda mahu orang hormat anda, anda perlu hormat orang
**awas dengan kata2.. sesungguhnya ia lebih tajam dari sebilah pesang. Oleh itu, diam lebih baik dari bersuara. Karena, terlajak perahu blh diundur..terlajak kata buruk padahnya.

0 comments:

Post a Comment