Assalamualaikum...
Happy New Year!!!
Say great welcome to 2012!!!
Oke, it's hard to believe that now we are in year 2012! oh! rasa macam tiada apa yang berubah, keadaan masih sama.. cuma terdengar bunyi Fireworks yang berdentum-dentum... that's means its new year!
dalam kebosanan unuk menghadap finance questions and avoiding myself from watching "Running man" show.. aku memilih untuk menconteng sedikit sempena tahun baru.
jadi entri kali ni adalah khas untuk mengingati kembali semua detik2 yang aku rasa amat memberi kesan dalam hidup aku sepanjang tahun 2011 sebelum aku meneruskan perjalanan hidup aku yang kian mencabar ini dalam tahun baru ini.
Pertama : Kahwin~
Serius, tahun ini aku acap kali bermimpi mengenai kahwin, abah pun kerapa bertnya mengenai perkara itu pada aku (saje je minta aku bagi hint padanya...sesekali tidak, abah..haha) ... tidak cukup dengan itu, rakan aku dah pun kahwin pada seusia aku...( haiih, mesti berbeza kan kehidupan selepas menjadi isteri orang?) namun, apa yang penting..adakah ini bermakna bahawa aku ini telah dewasa benar??
Kedua : Latihan yang Paling mencaBar
Seingat aku la kan, selama aku menyertai pasukan simpanan tentera ini, latihan lanjutan pada tahun 2011 adalah yang paling mencabar dan sangat membuatkan aku mental..ia banyak menguji tahap kesabarran dan ketahanan fizikal dan mental aku.
Sewaktu di melaka : apabila dikerah untuk berguling2 satu padang bola yang luas tidak terkira...dan itulah yang paling luas yang pernah aku buat..mujur tidak muntah. selepas itu, berendam dalam tasik buatan manusia..oh! pasrah je la.. (:
Sewaktu di shah alam : sangat mencabar! kami yang jumlahnya cuma 10 orang kerana ramai yang intersesi dan praktikal memang terasa tidak mahu menjalani latihan.. tidak seronok kalau tidak ramai kan? namaun ada yang seronok dengan kehadiran kami.. sesungguhnya, melalui latihan lanjutan ni, terasa seolah-olah kami adalah rekrut.
bayangkan : setiap petang, kami dikerah berlari naik ke bukit tonggek 3-4 kali, aduhaii, boleh semput dan tersumbat saluran pernafasan aku..tidak cukup dengan itu, kami disuruh minum 1.5 liter sekaligus supaya badan tidak kekurangan air.. penat menggali kubu di tanah kering lagi keras meskipun baru cuma tinggi buku lali..
tidak cukup dengan itu, disebabkan makanan yang disediakan tidak habis... kami (incharge) dikerah menghabiskannya. kalu habiskan macam tu je tidak apa..tapi apabila nasi goreng digaul bersama telur-telur rebus yang diramas bersama kulit + cucur udang beserta kuahnya.. bayangkan bagaimana rasanya. oh! mahu atau tidak terpaksa aku telan jua..
ketiga : operation pertama dalam hidup aku
pengalaman ini yang paling aku tidak boleh lupa apabila terdapat ketumbuhan di tangan aku (ganglion-nak tahu lebih lanjut, baca entri mengenai ganglion dalam blog ini) dibedah selama sejam di HUKM, 2 hari sebelum mula semester lima..sungguh tidak aku lupa. peritnya, sakitnya selepas pembedahan..dan parutnya masih ada..sebagai kenangan~
keempat : murah rezeki
alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi tidak pernah luak sedikit pun. dan aku amat bersyukur dengan pemberianNya... alhamdulillah semester ini, aku tidak mengalami sedikitpun masalah duit kerana duit yang tertunggak yang aku tidak dapat pada semester2 lepas, aku dapat lump sum..membuatkan aku tersenyum lebar..
kelima : disyaki demam denggi?
ya, ketika cuti semester yang agak panjang, aku diserang demam panas yang paling teruk dalam sejarah hidup aku.. bayangkan aku demam panas selama lima hari, dan aku hampir-hampir disyaki ada wabak demam denggi..mujur hari kelima demam aku sudah beransur sembuh. tetapi, demam itu beralih pula pada ahli keluarganya yang lain..
keenam : hospital
Hosppital jadi tempat persinggahan aku yang kedua...aisehh, kalau dalam sehari itu, boleh dikatakan separuh dari hari aku akan berada dalam hospital dan setiap bulan aku akan pergi kesana..sebelum ini, tidak pernah aku masuk hospital sebagai pesakit...
ketujuh : tahun yang paling sibuk!
ya! tahun ini tahun yang paling sibuk.. maklumlah, tahun akhir sebagai pelajar universiti..plbagai komitmen perlu diberikan... tekanan itu tidak pernah jauh dari aku..alhamdulillah aku berjaya mengatasinya dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan aku..
kelapan : istana budaya
pertama kali aku pergi ke istana budaya..bukan sahaja pergi, malah aku pergi menonton teater.. juga pertama kali.. tajuk yang menjadi pilihan adalah badai semalam. sangat teruja dan sangat seronok..
kesembilan : sudah layak mengundi
ya! aku sudah layak mengundi..terasa itu satu tanggungjawab yang agak besar..kerana undian itu akan menentukan segala-galanya. selama ini cuma melihat abah dan mama menanda borang undi tersebut. kali ini aku akan turut serta..insyallah...
kesepuluh : temuduga
pertama kali aku menghadiri temuduga untuk praktikal.. terasa seperti menghadiri temuduga untuk bekerja pula.. betapa gementarnya aku mengadap panel aku..mujur semuanya berjalan dengan lancar. hasil dari temuduga itu, aku berjaya mendapat tempat untuk praktikal pada semester hedapan.
kesebelas : bersukan
tahun ini aku rassakan aku agak aktif meskipun tangan masih sakit.. kalau diikutkan sebelum ini, aku tidaklah begitu rajin untuk selalu turun beriadah.. namun kali ini, aku kerap berbasikal di sekitar uitm, joging di tasik seksyen 7, bermain indoor rowing, beriadah di gym, skuash, dan yang paling seronok adalah berbadminton..
keduabelas : trip dan lawatan
banyak lawatan akademik yang aku dan rakan kelas sertai. antaranya, Rembau Crystal N.S, Melaka Bandar Bersejarah, KL-MATRADE, Mont Kiara, Tanjung Karang, dan macam-macam lagi..(sungguh aku tidak ingat)
~setakat ini cuma iu sahaja... yang lepas biarlah berlalu..namun setiap kenangan dan pengalaman itu sentiasa tersemat kerana bekalan itulah yang dibawa seiring masuk tahun baru ----> 2012.