moMent to RemeMber~ BM220
Assalamualaikum...
hari khaMis yang Lepas merupakan keLas terakhir yang aku pergi.. seLepas ini, tiaDa Lagi agenda menghadiri kelas.. (insyallah) keraNa selepas ini aku akan melalui alam praktikal dan seterusnya menjadi graduan dalam ijazah kepujian perniagaan (pemasaran) Amin, insyallah...
dalam ketidaksabaran menempuhi alam baru, aku tahu aku akan merindui setiap saat aku bersama dengan rakan2 seperjuangan aku yang lain.. suka duka kami menempuhi alam universiti.. dan hubungan kami yang begitu utuh selama lima semester bersama.. banyak kenangan dari semester satu sehinggalah semester lima (kini)... dan sesungguhnya kenangan ini akan tersemat dalam ingatan aku...
jujur aku katakan, aku rasa aku adalah insan yang berlainan apabila masuk alam universti ini... hahaha, aku rasa macam aku jadi agak sopan dalam kelas ni berbanding dengan sewaktu aku di matrik..
kalau kalian mahu tahu, sewaktu aku bersekolah menengah, aku lebih rapat dengan rakan dari kaum cina berbanding dengan yang sekaum denganku.. sewaktu di matrik pula, aku lebih rapat dengan warga pantai timur.. dan mereka lebih gemar panggil aku meena (sebenarnya minah, haha) dari malin,
dan di dalam kelas bm220, aku perasan yang aku lebih banyak menggunakan nama sebagai pengantara antara aku dengan yang lain.. tak banyak istilah aku dan kau.. kadang-kadang rasa kelakar ye jugak.. palapes tapi lagak malu.. err...
semester satu:
saat dimana aku dan yang lainnya masih baru dalam alam universiti ini. masing2 tidak kenal sesama sendiri. pada semester ini, jelas kelihatan hidup berpuak. yang mana kenal hari pertama, itulah rakan yang akan bersama sentiasa sampai akhir semester kerana tidak kenal yang lain begitu rapat lagi.. aku beruntung kerana aku sekelas dengan orang yang cukup kenal dan cukup rapat.. iaitu ath dan zaty, ya.. aku cukup kenal ath kerana kami sudah kenal dari matrik lagi, malahan kami adalah jiran! kadang kala, biliknya adalah bilik aku juga~ huhu, kemudian muncul orang baru iaitu yanie dalam kumpulan kami. dari 3 musketers bertukar menjadi 4 musketers.. dan sehingga kini kami masih bersama meskipun aku perasan yang kami sudah semakin jauh, tidak serapat dulu...atau mungkin hanya andaian aku saja...maaf jika aku suka buat hal sendiri~ :)
semester dua:
perjalanan kami terus mencabar apabila kami terpaksa berhadapan dengan karenah lecturer yang sangatlah cerewet.. kadang2 rasa lecturer tu syok sendiri...maaf yer lecturer, dalam semester ini, aku rasa aku sudah mulai kenal ramai, tidak seperti pada semester satu..geng nana, geng shila, geng fatin, dan ramai lagi...
semester tiga:
semester yang amat challenging juga!!! dalam semester inilah aku rasa yang agak sibuk dimana kami buat research dan juga menyertai biid... bukan mudah untuk handle research dan bukan mudah untuk cipta sesuatu yang agak baru dan mempunyai keunikannya tersendiri..
semester empat:
kebanyakan subjek yang diambil adalah core subject yang mana ianya sangatlah berkaitan dengan course aku... kadang-kadang terasa begitu cepat masa berlalu dan berada di semester empat...dalam semester ini juga aku dan rakan kelas yang lain pergi operasi khidmat masyarakat.. di tanjung karang, ia juga satu pengalaman yang baru...
semester lima:
semester yang terakhir sebelum kami semua melangkah ke alam praktikal. masing-masing sibuk mencari tempat untuk praktikal...dan mahu memberikan sepenuhnya komitmen dalam peperiksaan akhir ini. doakan kami... selain itu, semester inilah kami banyak meluangkan masa bersama dengan pelbagai macam lawatan.. sangat seronok~
dan semoga persahabatan kita tetap ukuh meskipu kita sudah tamat belajar. rakan-rakan bm220, tiap detik bersama kalian sangat bermakna, terukir senyuman tiap kali kita menjalankan aktiviti bersama...aku sangat beruntung kerana aku berpeluang untuk memasuki hampir kesemua kumpulan dan kenal setiap sifat kelakuan kalian semua... setiap orang berbeza sifat dan sikap..dan bagaimana kita dapat menyesuaikan diri dalam berbeza pendapat dan cara bekerja. terima kasih kalian... sungguh aku akan merindui tiap detik kita bersama..pada yang aku tak berapa nak tegur tu..maaf ea? dan maafkan salah silap aku selama kita kenal... sesungguhnya aku cuma manusia biasa yang sering buat salah tanpa aku sedar bahawa itu menyakiti kalian..maaf, harap kita akan sentiasa berhubung...
warga bm220:
nur athirah
nurul izzaty
tuan norhayanie
wan amalina
flora george
edith richard
siti nuruljannah
fatin amanina
dira aisha
norul afieza
ariff
norshila
rushaida
nadzirah
arba'ayah
siti hawa
nur' diyanah
zamzurina
siti aishah
nurul nabilla
hasif
faiz
aida z
najwa
khairiah
atikah
safiah
faza sakinah
maimunah
fatihah
fairuzaki
cynthia
zulaikha
nik ernie
nur farhana(hana)
farhana baharom
liza
aida azura
p/s: kalian sangat best!!!! semoga kita kekal bersahabat~ maaf ea kalau ade yang tak tersenarai...
tegur aku ya kalau kalian jumpa aku dimana2...dan kalau kalian kahwin, hantarlah jemputan..insyallah aku akan cuba untuk menghadiri dan menyaksikan majlis kalian itu...
andai umur kita semua panjang, dan kita punya jodoh..kita pasti akan bertemu lagi..insyallah... selamat menempuhi alam selepas universiti.. sayang kalian lebih~
0 comments:
Post a Comment