Friday, January 12, 2018

Post on 26th May, 2011 ; 11:26 AM

ganglion??

Asssalamualaikum,

Yes! Kalian mesti tertanya-tanya apakah itu ganglion? What the h&$# with ganglion?? Aku pun baru sahaja nak mengambil tahu mengenai penyakit ini setelah aku sendiri mengalaminya. Hmm, kalau tak kena kat diri sendiri, tak ada maknanya nak ambil tahu kan??

Aku pun tak berapa nak pasti bilakah aku dapat ganglion ini. but, thanks to Metro Ahad for giving lot of information about ganglion. Terima kasih banyak-banyak. Macam tahu-tahu je yang aku sedang cari informasi mengenai ganglion sebab seriously, I dont know what is exactly ganglion. Thanks to Dr Bazam Abdul Rani, Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma. 

Ganglion ini adalah sejenis sista (ketumbuhan di bawah kulit yang mempunyai cecair) ia biasanya terjadi pada permukaan sendi. Sista ini kelihatan seperti kantung cecair yang di dalamnya terdapat jeli yang sangat pekat, melekit dan tidak bewarna.

Ganglion ni juga boleh jadi keras atau lembut bila disentuh. Kebanyakannya terdapat di bawah pergelangan tangan. Jarang sekali ianya di atas pergelangan tangan. Ganglion lebih kerap berlaku pada golongan wanita berbanding lelaki dengan peratusan 70 peratus yang terjadi di antara mereka yang berumur 20 hingga 40 tahun.

Tapi sampai sekarang, still tak dapat nak tahu punca ketumbuhan ni. Ada yang mengatakan kejadian trauma boleh menyebabkan tisu pada sendi menjadi lemah dan koyak lalu membentuk sista/ketumbuhan kecil yang kemudiannya bercantum menjadi besar.

Ganglion boleh berubah saiz. Kadang-kadang ia boleh hilang buat seketika dan muncul kembali.biasanya ia terasa lembut lembut apabila disentuh. Kebanyakannya akan menyebabkan rasa tidak selesa atau sakit pada sendi.

Jadi terdapat dua kaedah untuk merawat ganglion ini. pertama: secara aspirasi menggunakan jarum, dan kedua: pembuangan secara pembedahan.

Kalau melalui penggunaan jarum, ia akan mencucuk jarum ke dalam sista untuk mengeluarkan cecair serta menyuntik ubat steroid ke dalam sista dan meletakkan sokongan pada sendi tersebut sehingga sembuh sepenuhnya.

Melalui pembuangan secara pembedahan, probability untuk ganglion berulang adalah kurang kerana kita dah buang sista tersebut. Pembedahan akan dilakukan jika benjolan itu menyakitkan, menganggu fungsi sendi yang boleh menyebabkan rasa kebas atau menyucuk pada tangan atau jari.

Kes yang terjadi pada aku, ganglion ni berada di bawah pergelangan tangan kanan aku. Berdiameter 1-3 sentimeter. Aku pun tak perasan sama ada benda ini makin membesar atau tidak. Tapi kadang-kadang ianya buat tangan aku rasa sakit dan nyilu. Terutama selepas aku buat pyhsical training sewaktu latihan lanjutan which is front support atau tekan tubi. Yup, lepas aku buat dalam 20 kali, tangan kanan aku tak boleh nak support dah. Ekoran dari tu, aku nekad nak pergi hospital untuk buang ganglion ni.

Kalau diikutkan aku seharusnya pergi ke hospital lebih awal sebab surat rujukan dari pusat kesihatan uitm ada pada aku, tapi memandangkan aku busy dengan peperiksaan akhir semester, kawad konvo, dan juga latihan di melaka.. terpaksa aku tunda niat aku itu buat sementara ni. Sampailah doktor di pusat kesihatan di melaka menyarankan aku pulang ke shah alam dan meneruskan rawatan daripada mengikuti latihan di sini.

Pada awalnya, aku serba salah untuk balik ke shah alam memandangkan tinggal lagi lima hari aku di sana. Jadi aku di lema. Malah, kapten pun menyarankan aku balik tapi pada masa yang sama, beliau berkata pada aku, bahawa aku akan rugi sebab aku tak dapat nak belajar apa yang lain belajar. Ya, aku juga berpendapat sebegitu. Jadi Kapten membenarkan aku meneruskan latihan dengan syarat aku dapat pengecualian dari sebarang physical activity. Itu lebih baik. Sekurang-kurangnya aku dapat meneruskan pembelajaran aku di Melaka.

Dan sekarang aku baru sahaja pergi ke hospital untuk buat temujanji. Ya, baru nak buat temujanji.. kenapalah aku suka lengahkan perkara ni? Nasib baik ianya tidak memberi kesan yang teruk pada aku. Apabila terjadi emua ni, aku bersyukur. Ya, aku bersyukur kerana aku tahu semua ni ada hikmahnya, meskipun aku tak tahu apa punca tau sebab utama ganglion ni. Sekurang-kurangnya aku dapat merasa masuk hospital sebagai pesakit... ngee~

0 comments:

Post a Comment