Tujuh tahun dahulu (:
Assalamualaikum,
(Dec 5) Petang tadi... aku baru sahaja pulang dari membeli makanan.. melangkah satu persatu anak tangga kolej..terdetik di fikiranku untuk memandang kearah perkarangan pejabat kolej aku..
aku tersenyum...kerana terdapat satu kenangan terindah disana pada tujuh tahun yang lepas.. ya, sewaktu aku berumur 15 tahun.. sesungguhnya aku tidak akan pernah lupa saat2 itu.. sekalipun tidak,
mengapa? apakah ceritanya?
7 tahun dahulu, aku adalah pelajar tingkatan tiga.. sekolah aku ada mengadakan kem motivasi di UiTM selama 3 hari 2 malam. Kami ditempatkan di salah satu kolej di universiti tersebut. Pada ketika itu, tidak banyak pembangunan seperti sekarang.. aku masih ingat.. namun, kolej yang aku duduki sekarang tidak sedikit pun berubah, lantas itu yang menyebabkan aku tidak pernah lupa akan memori lama itu...
aku masih ingat, kami masih belum mahu tidur meskipun hari sudah larut malam.. jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.. Setelah puas bersuka-ria, kami merasa bosan. lantas, rakan aku mendapat idea untuk membantu rakan2 lelaki kelas aku menggosokkan pakaian mereka. Akhirnya mereka setuju.. Dipendekkan cerita..akulah yang menjadi mangsa turun kebawah mengambil baju2 sekolah mereka.
seingat aku, 5 orang turun menghantar baju2 mereka..termasuk sidia.. hihi (:, sempat lagi si dia memberi pesanan pada aku " gosok elok2" oh! aku jadi segan... (tutup muka jap!)
hanya rakanku seorang yang bertungkus lumus menggosok semua baju..yang tukang memberi idea, awal2 lagi dah tarik diri..(kononnya tak reti gosok kemeja).. aku pula jual mahal, sampailah rakanku ambil baju si dia untuk digosok.. dengan segera..aku melarangnya..
"kenapa?" soalnya.
"aku nak gosokkan" aku menjawab pertanyaannya.
sambil tersenyum dia berkata " dah tau dah ko nk gosok" (cehh, saja nak uji aku)
aku menggosok dengan penuh teliti..sangat teliti..rakanku sudah selesai gosok hampir 3 baju, namun aku masih menggosok yang satu ni..aku mahu ianya nampak sempurna.. maklumlah, bukan calang2 baju nih.,.. :)
keesokan harinya, selesai seminar dan ceramah. mereka bertemu dengan kami mahu mengucapkan ucapan terima kasih atas bantuan kami. mereka ingatkan hanya rakan aku seorang yang gosok kesemua baju..namun, rakanku menceritakan hal yang sebenar...ada lagi seorang yang turut menggosok baju.. mereka tertanya2...
maka mereka pun tahu aku juga menggosok baju semalam, tapi hanya sehelai.. bukan main suka mereka menyakatku.. "oh, patutlah baju si (nama dirahsiakan) nampak kemas je..rupanya ade yang bertungkus-lumus gosok semalaman" aku jadi malu.. si dia hanya tersenyum.. (:
tidak lama selepas itu, si dia datang kearahku lalu berkata " terima kasih tolong gosokkan...susah2 je..patutlah kemas je" oh! aku jadi tak tentu arah!!.. :)
itulah yang membuatkn aku tidak pernah lupa akan kenangan tujuh tahun dulu... (:
0 comments:
Post a Comment