keBosanaN?
Assalamualaikum,
haiih...serabutnya rase kepala nih apabila kena belajar bermati-matian. nak tahan dari dugaan facebook dan blog lagi...haiihh, kenapalah aku ni tak kuat yer? sungguh..baru buat beberapa topik, dah mula rasa bosan... adakah ini dugaan bagi insan yang sedang bersiap untuk berperang di medan peperiksaan?? orang lain ok je menghadap buku..kenapalah dengan aku nih...
semangat tu datang sementara je.. macam mane nak buat nih?? tapi kalau bermuka buku dan berblogger...24jam semangat tu boleh datang. tak perlu dipaksa... agak2 ade tak apa2 yang boleh bagi aku semangat??? siapa2 yang ada cadangan...boleh tak kongsi dengan aku?? please please......
hmm, aku rasa setakat ni cuma ada tiga perkara je yang boleh buat aku rasa semangat nak belajar dan belajar!! haha, nak tahu apa???
pertama :
semester empat, alhamdulillah aku dapat pointer yang sangatlah melonjak naik sampaikan pada ketika itu, aku sendiri tidak percaya itu adalah pointer aku...jadi ini yang membuatkan aku bersemangat lagi untuk dapat yang lebih baik supaya keputusan untuk semester ini. berusaha malin!!!!!!
kedua :
insyallah semester lima ini merupakan semester akhir aku menuntut segala macam ilmu. selepas ini, praktikal..kemudian....teng3x...grad!!!!! jadi, aku tidak mahu melambatkan saat2 itu! malin! semangat!!!!
ketiga :
kata-kata semangat yang aku dapat dari abah. rajin abah taip mesej walaupun aku tahu abah paling malas nak menaip mesej..huuu, mesejnya berbunyi seperti ini:
Salam,
di kejauhan ini,
doa dan harapan menjadi penghubung,
kasih sayang yang tak bertepi,
harpan yang menggunung,
halangan selautan pasti dapat diharungi oleh
anak abah yang berjiwa kental
dan tak pernah menyerah kalah demi cita2.
itulah anak abah WAN AMALINA
yang memang menjadi kebanggaan keluarga.
syabas dan good luck..
hmm, terharu kan kalau dapat mesej macam nih... mula2 aku yang kirim mesej kat abah dek kerinduan yang melampau pada mereka yang amat aku cinta ni.. pada waktu tu pukul 2 pagi. tak lama lepas tu, abah balas.. dan mama cerita kat aku..abah tak boleh nak tidur lepas dapat mesej aku...
dan mesej ni paling banyak bagi aku semangat balik untuk terus dan terus belajar kerana aku telah berjanji pada diri sendiri untuk buat hidup mama dan abah bahagia dan senang apabila aku berjaya.

nota kaki : oke, dah dapat balik semangat.. mahu sambung belajar. WAN AMALINA, make abah and mama proud!!!!! saya suka belajar! belajar itu hobi saya!!!! (ambil mood)
0 comments:
Post a Comment