Bertindak guNa aKaL~

Assalamualaikum, seLamat petang..and evening!
Hari ni, sebentar tadi... aku ada terbaca dari akhbar tempatan mengenai tindakan seorang bapa yang mengurung anak-anaknya dalam tandas dirumah yang agak kotor.
Dimana letaknya tahap kewarasan bapa kepada dua orang anak ini?
Hati jadi terusik tatkala melihat keadaan anak malang itu. adakah hanya kerana anak-anak mereka yang baru sahaja berusia dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun itu agak nakal dan tiada siapa yang boleh menjaga mereka sewaktu 'insan mulia' tersebut keluar bekerja??
adakah wajar untuk mengurung mereka dalam tandas, suatu tempat yang tidak bersih lagi tidak selesa selama lima jam?
tidak mengapa kalau hanya dikurung, tetapi kalau ditambah dengan diikatnya kaki mereka...tidakkah ia tidak ubah seperti binatang? apa dosa anak-anak itu?
mereka dibiarkan didalam tandas selama lima jam dan dibiar kelaparan. teganya bapa mereka berbuat demikian.. betapa malangnya nasib kanak-kanak tersebut setelah mereka ditinggalkan oleh ibu mereka yang berasal dari Thailand.
Mujur masih ada insan yang punya perasaan. saksi ditempat kejadian tidak sanggup untuk melihat keadaan kanak-kanak itu memberi roti untuk mereka alas perut. ternyata mereka begitu lapar. Bapa mereka yang pulang semasa anaknya telah diselamatkan oleh jabatan kebajikan dan polis ditahan untuk siasatan.
Manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang masih waras seharusnya tidak berkelakuan sebegitu. tidakkah ada secebis rasa kasihan apabila melihat keadaan anak-anak yang masih tidak tahu apa-apa. ya, mereka mungkin nakal, tapi senakal manakah mereka sehingga sanggup diikat, dan dikurung sebegitu rupa. kucing kat rumah pun aku tidak layan sebegitu.
kita punya akal..sedangkan binatang pun sayang akan anak mereka. Plus, anak itu adalah anugerah dari Allah. fikir- fikirkanlah,
nota: ada akal guna..benda yang patut dielak..kita buat, tapi benda yang seharusnya kita buat, kita endahkan..begitukah??
0 comments:
Post a Comment