Friday, January 12, 2018

Post on 13th Sept, 2011 ; 10:13 PM

seMua berjaLan dengan Lancar..

Assalamualaikum,

Seperti yang diharapkan, semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah. Meskipun sakit sekarang, namun aku lega! lega kerana semuanya telah berakhir..harap-harap macam tulah, 

seperti yang telah ditetapkan, tanggal 9 septembar adalah hari dan tarikh yang dinanti dan mendebarkan. Manataknya, aku akan memasuki satu ruang yang tidak pernah aku terfikir akan menjengah kedalamnya. Sama-sekali tidak!

terima kasih ya kepada semua pakar-pakar dan doktor-doktor , nurse-nurse yang amat prihatin sama saya. Sungguh aku terharu dan aku puas hati dengan khidmat mereka. Thumbs up for them!

p
embedahan berjalan dengan begitu lancar.. Aku bersyukur pada Allah. Walau apa-pun, aku masih tidak lasak ya. Segala pergerakan yang melibatkan tangan kanan perlu dibataskan...

aku juga bangga dengan diri sendiri kerana boleh masuk ke dewan bedah tanpa ditunggu oleh keluarga. Hanya aku seorang. Lagi yang membuatkan aku bangga apabila salah seorang nurse puji aku pesakit yang tak banyak karenah, kuat kerana aku tidak mengalami apa-apa kesan seperti pening kepala dan muntah_muntah sebaik sahaja selesai dibedah. Bagus lah tu kan?

oleh kerana tiada apa-apa yang merisaukan, aku sudah boleh pulang ke shah alam, bayangkan selepas dua hari dibedAH! TERBAIIKK!!!

selepas tiga hari aku dibedah, aku pergi ke pusat kesihatan uitm untuk cuci luka, dan tukar dressing. oh! ngerinya disaat doktor itu membuka perlahan-lahan dressing ditangan aku..lagi bertambah ngeri apabila aku melihat sendiri kesan jahitan yang terdapat di pergelangan tangan ku. Masya Allah, terasa mahu pengsan. terasa mahu nangis. Somebody, please help me!! sungguh nak nangis. Ngeri weh, sebab ni pengalaman pertama aku.

Seminggu akan datang, benang dalam jahitan ni akan dibuang. Bagaimana agaknya rasa dia ea? Sakitkah? Pedihkah? peritkah? ngilukah? err...

0 comments:

Post a Comment