Friday, January 12, 2018

Post on 27th Dec,2011 ; 10:43 AM

ciLi oh! ciLi~

Assalamualaikum,

Hari ini masih sibuk dengan membuat nota dan ulangkaji... namun masih sempat untuk online ngee~ minda kita ni sekali-sekala kena rehat juga.

rakan aku yang dapat dekan setiap sem pernah berkata pada aku (nama dirahsiakan).. otak kita ni yang betul2 boleh terima segala macam ilmu dan pelajaran tu sebenarnya cuma 45 minit je! 2-3 jam tu semuanya auta je... bagi cukup syarat je tu.. lau kalian tak percaya, kalian cuba lihat masa yang kalian betul2 belajar dan betul2 fokus...

oke, jadi dah cukup sejam aku belajar..aku dah mula bosan jadi terasa nak menaip.. berkisarkan tajuk entri kita pada kali ini adalah mengenai cili.

Cili ini sebenarnya adalah buah daripada pokok dan buah itu dikenali sebagai sayur-sayuran.

Cili yang paling pedas adalah Cili Habareno yang banyak terdapat di Mexico. Di Mexico memang terdapat banyak jenis cili yang pedas. Seperti yang kalian boleh lihat gambarajah dibawah, cili Habareno berbentuk seperti tanglung, bewarna jingga terang.


India pula merupakan pengeluar cili terbesar di dunia. Rakyat Thailand merupakan paling ramai makan cili iaitu 5 gram seorang. (banyak kan?)

Pedas2 cili banyak khasiatnya. cili merah kaya dengan Vitamin C, lebih banyak dari buah limau. cili juga dapat menghapuskan bengkak kanser dan mengurangkan kolesterol. Saintis juga mengatakan bahawa cili dapat mencegah pembekuan darah dan mengurangkan selesema.

jika kita merasa pedas setelah makan cili...adalah lebih baik jika kita minum susu atau yogurt berbanding air kerana protein yang terkandung dalam susu dan yogurt dapat mengurangkan rasa pedas.

Bagi sesetengah orang, lagi pedas lagi baik!!

nota kaki: peribahasa = siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya!
This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment