Friday, January 12, 2018

Post on 21st Jan, 2012 ; 9;06 AM

Manusia tidak lepas dari ujianNYA

Assalamualaikum,

Kelmarin (khamis) adalah hari yang paling berat buat aku.. seumur hidup, inilah dugaan yang paling besar. Aku tidak tahu sama ada aku mampu menanganinya atau tidak.

Disudut luaran, mungkin aku kelihatan biasa. Namun hati aku tidak kuat. Cukup lemah.. aku tidak berdaya Ya Allah.

Ya, barangkali, ini cuma ujian yang kecil…jika dibandingkan dengan dugaan insan-insan lain yang jauh lebih berat…

Aku yakin Allah tidak akan memberi ujian jika hambaNya tidak mampu menanganinya.. tapi adakah aku benar-benar mampu… aku tidak mampu menolak takdir yang sudah tertulis.

Namun, adakah aku cukup kuat untuk itu?? Begitu juga dengan orang disekeliling aku
terutama DIA…

Sungguh aku khuatir kan mereka. Ya Allah, berilah kekuatan pada mereka jua.. mereka berhak lebih dari hamba. Segala apa yang berlaku adalah diluar kawalan ku… ini bukan pintaku..apatah lagi kehendakku.. begitu jua dengan DIA… kami berdua tidak pinta semua ini.. tapi andai kata ini adalah ujian buatku, daku cuba untuk menerimanya dengan redha.

Apa yang daku boleh harapkan sekarang adalah perkara ini tidak akan terlalu memberi kesan pada subjek yang daku ambil pada hari terakhir kerana daku tidak boleh memberi sepenuh tumpuan pagi tadi.. bagaimana hendak focus jika separuh dari minda daku ligat memikirkan perkara yang berlaku.

Oh! Sungguh berat hati ini merasakannya. Aku harap aku cukup tabah dan kuat untuk menghadapi apa yang akan berlaku seterusnya.. begitu juga dengan DIA.

Ya Allah, kuatkan daku. Permudahkanlah segalaNya.. jauhilah segala kesulitan dari
kami, ya Rahman…hamba mohon padamu dengan rasa rendah diri. Bimbinglan kami kearah jalan penyelasaian yang terbaik, ya Allah. Sesungguhnya kau maha mengetahui segala-galanya.

Tidak pernah terlintas dihati daku untuk menyusahkan hidup orang lain.. sungguh aku trauma..

Berilah daku kekuatan rohani dan jasmani, ya Allah kerana aku tidak mahu orang tuaku susah hati. Mereka sudah cukup merasa susah.. aku tidak mahu menambahkannya lagi…. Bantulah hambaMu ini ya allah.. aminn,

0 comments:

Post a Comment