Friday, January 12, 2018

Post on 16th Dec,2011 ; 1:36 PM

Aku cinta ALLAH

Assalamualaikum,

DI hari yang mulia ini, aku nak berkongsi pandangan dengan kalian mengenai “cinta kepada Allah”. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa sayang dan cinta kita kepadaNya?

Atau pernahkah kita terfikir adakah kita benar mencintaiNya?

Adakah sayang dan cinta kita kepada Allah sama seperti sayang dan cinta kita pada sesama insan?

Apakah pendapat kalian?

Okeh, kalau kita sayang orang yang kita cintai..apa yang kita buat? Sebagai pasangan kekasih atau yang sedang dilamun cinta..mesti nama pasangan kita tak pernah lekang dari fikiran kita. Tiap hari, tiap waktu pasti kita akan menyebut namanya, teringat senantiasa akan dirinya, dan sentiasa tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan.. JIka kita sayang pada insan itu, pasti kita sanggup buat apa sahaja kan?

Aku kata berdasarkan pengalaman aku sendiri.. kata orang, cinta itu buta. Bila dah bercinta atau cintakan seseorang..semuanya indah. yang buruk Nampak cantik, yang kekurangan Nampak sempurna, serba sempurna. Kalau tidak sebut namanya sehari tidak sah. Tak jumpa sehari boleh meroyan. Dah jumpa rasa bahagia tahap kritikal. Jatuh sakit dia kita ambil tahu, makan pakai kita jaga. Jumpanya terasa hilang semua masalah. Tak peduli dah paa orang lain kata. Berjanji sehidup semati.. tidak apa yang boleh memisahkan kita melainkan ajal. Mesti kalian pun berpendapat macam tu..cinta itu buta..semuanya indah.

Tapi adakah kita berbuat sedemikian untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta pada ALLAH??

Adakah kita sentiasa menyebut namanya tidak kira kita susah atau senang?

Adakah kita sentiasa berduaan dengannya tidak kira masa suka atau duka?

Atau adakah kita cuma berjumpa dan menyebut namanya tatkala kita sedang dilanda masalah

Begitukah kita?

Bagaimanakah sebenarnya yang perlu kita lakukan untuk menunjukkan betapa kita cinta padaNya?

Okeh, aku nak tanya.. kalau orang yang kita sayang suruh kita / larang dari buat sesuatu, adakah kita menurut? Bagaimana pula dengan suruhan dan larangan Allah? Apa bezanya? Bezanya, sama ada kita ingkar atau kita turuti suruhannya..

Jadi, jika kita benar sayang dan cinta pada Allah, segala suruhannya kita turuti, dan segala larangannya kita hindari.

Bagaimana?

Basahi lidah dengan zikir dan selawat.
Rukun wajib (solat, puasa, zakat) buat.
Baca al-quran.
Dekati majlis agama untuk memperbaiki diri.
Buat amal jariah.Buat amalan2 sunat.

Ini semua adalah antara cara2 untuk kita mendekatkan diri kita pada Allah. Tidakkah kalian rasa tenang apabila kalian selesai solat? Terasa dada dan fikiran begitu lapang? Begitu juga sewaktu kita dilanda masalah... apabila kita mengadu padanya, tidakkah ia meringankan beban? Dan tidakkah kita bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan?

Mungkin banyak lagi cara2 nya, tapi tidaklah aku mampu untuk menghuraikan semuanya dalam blog ini.. aku yakin kalian yang bijak pandai lagi dari aku pasti juga tahu apa yang boleh dan apa yang tidak...

APakah pula larangannya?? Sendiri mahu ingat lah...

Adakah kita buat semua itu? Mudah bukan untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta kita padanya? Tak perlu beri hadiah, tak perlu pujuk memujuk atau tipu sunat untuk membuatnya gembira.. tak perlu semua itu..

cukuplah sekadar kita senantiasa jalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya..sebagai umatNya, dan sebagai khalifah yang dipilih untuk memimpin bumi ALLAH ini.. Sesungguhnya kita ini telah diberi nikmat yang sangat istimewa sebagai hambaNya.

p/s : ini pandangan dan pendapat aku.. salah silap harap diperbetulkan.. Amar maa’ruf nahi mungkar..(:


Andaikan diriku bisa

Seperti yang lain

Yang Kau sayang

Yang Kau rindukan

Yang Kau cintai
Aku lemah

tanpaMu aku lelah

Aku sungguh tak berdaya

Tolongku Yaa Allah
Setiap air mataku mengalir

Allah, aku lemah dan tak berarti

Setiap derai tangis

Allah, jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah

Aku rindu Allah

Aku Cinta Allah

0 comments:

Post a Comment