tiada masa untuk rehat~
Assalamualaikum,
ditengah-tengah kebosanan ketika menelaah subjek terakhir ini, terdetik pula nak catat seseuatu.
sesetengah pelajar mesti rasa beban tu dah kurang apabila peperiksaan akhir dah selesai. yelah, satu semester sudah selesai, tungguuntuk hadapi semester lain pula..
tapi, bagi diri aku...tiada masa untuk rehat...
aduhaii, kadang-kadang aku kasihan dengan jiwa, minda, dan juga badan aku ni.. terlalu banyak tekanan yang diberikan...
tamat je kertas terakhir nanti pada 20hb, aku nak balik rumah sekejap (eleh, tadi cakap tak ada masa nak rehat..cehh)
oke..itulah masa rehat yang aku ada..disamping mahu membelanjakan baucer yang aku dapat tu.. terima kasih government!! jangan risau, saya guna baucer tu untuk beli buku...buku yang aku nak selama ni..how to be great marketers~ haha...
selepas tu, 23hb aku ade agenda lain... nak tak nak kena kembali semula ke uitm.. kalau orang lain, dah bersuka ria kat rumah. paling kurang pun tunggu masa untuk pergi praktikal..tapi aku, kena pergi kem leadership kat tman negara selama 3hari 2 malam sehingga 25hb...
balik je dari pahang, 26hb bermula latihan persediaan unutk kem tahunan. aduhaii, badan tak hilang lagi penat. dah kena mula latihan... bila pikir je pasala benda ni, buat mental aku terus down~
latihan persediaan tu di shah alam sehingga 30hb. kalau setakat latihan ulangkaji, aku boleh terima lagi..ini sekali dengan latihan fizikal yang lemah nih...
tidak cukup dengan itu, 1hb february aku dan yang lainnya akan bergerak ke Skudai, mengikuti Latihan kem tahunan bagi senior.. oh! bilakah semua ini akan berakhir???
sampai je skudia, kami kena hadapi ujian2 yang ditetapkan...ingatkan dah habis peperiksaan, tak perlu baca buku. oh! salah sama sekali.. kena buat ulangkaji mengenai ketenteraan pula..
mujurlah aku pergi praktikal..jadi aku cuma perlu hadir latihn sehingga 6hb..sepatutnyer sehingaga 14hb...
jadi balik penat lelah dari skudai pada 7hb tu, dapat berehat sebentar.. itupun tidak sampai 24jam masa rehat..8hb aku sudah mula latihan praktikal dan akan berterusan sehingga bulan jun..
aduhaii,, pakah ini???? saya bukan robot mehh~
0 comments:
Post a Comment