Friday, January 12, 2018

Post on 17th Feb, 2012 ; 5:48 PM

latihan terakhir~

Tarikh: 27hb januari – 11hb februari
Assalamualaikum,

Selepas 3 hari bersuka-ria di Taman Negara, kami perlu terus membuat persiapan untuk menjalani latihan kem tahunan. Pada mulanya, aku sendiri ingatkan latihan lima hari di Shah Alam hanyalah latihan ulangkaji..tapi ternyata bukan. Ia adalah sebahagian dari kem tahunan. Oleh kerana banyak perkara yang sudah lupa, inilah masanya untuk mempelajarinya semula.

Dalam masa yang sangat singkat ini, kami bertungkus lumus menyiapkan persediaan untuk pergi kem tahunan. Apabila bergabung universtiti, sudah pastinya akan terdapat perbandingan antara university. Tidak kiralah dari segi peralatan, pengetahuan dan jugs kekuatan fizikal dan mental. Jadi, kami, palapes uitm mahu jadi yang terbaik..

Tahun ini, kami mengadakan latihan di skudai..bergabung university dengan UTM.. namun, ape yang digabungkan pun aku tidak pasti…macam tak bergabung je..makan dan latihan atas pentadbiran sendiri..berabungkah itu? Oh tidak! Barangkali bergabung itu hanya atas nama sahaja..dalam erti kata yang lain, kami Cuma menumpang kawasan untuk penginapan dan juga latihan..itu sahaja.

Setelah segala ulangkaji dibuat di Shah Alam, setibanya di UTM,kami akan terus dengan validasi.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Berkat tunjuk ajar dari semua jurulatih dan juga pegawai. Para validasi juga memberikan kerjasama yang amat baik. Mereka tidak lokek ilmu untuk berkongsi dengan kami. Dengan jumlah anggota kami yang tidak begitu banyak, ianya memberikan kami lebih mudah untuk melaksanakan sesuatu perkara. Namun, dari sudut negatifnya, apabila tidak ramai anggota, orang yang melakukan kerja pasti orang yang sama. Biasalah, adat bekerja berkumpulan..

Sebelum kami masuk fasa medan, kami semua berpeluang untuk outing sebentar.. pada mulanya, destinasi kami adalah di tanjung balau..kemudian kami bergerak ke Giant, Taman Universiti. Jadi masa inilah yang sesuai untuk aku dan yang lainnya melepaskan tension sebelum masuk ke fasa medan.. apalagi, berkaraokelah!!!!!

latihan seterusnya adalah latihan fasa medan. Dimana kami akan membuat pertahanan dan juga pengunduran dalam peperangan konvensional. Latihan ini merupakan latihan fasa kem terakhir buat kami sebagai senior sebelum kami ditauliahkan (insyallah). Jadi, inilah yang memberi kami semangat yang kuat untuk menjalani latihan fasa medan. Begitu juga dengan aku..meskipun tanganku tidak begitu kuat, namun aku cuba untuk buat semampu aku. Sakit itu hanya subjektif dan sementara.
Satu persatu halangan dan cabaran dapat ditempuhi…dengan sokongan dan semangat yang tidak pernah putus dari anggot seksyen aku iaitu ain, hajar, wanie, wardati, okie, furqan, dan juga rajid membuatkan aku kuat untuk terus bertahan sebelum sampai ke kawasan pertahanan. Terima kasih semua. (:

Setelah mendapat kawasan dan paksi, tugas seterusnya adalah menggali kubu. Bukan mudah untuk menggali kubu separas dada dalam masa 12 jam..pelbagai masalah yang timbul berkenaan dengan kududukan kubu dan juga paksi dapat diselesaikan sebelum maghrib. Kami juga mula menggali lebih kurang jam 1900.Bayangkan bermula dari tanah yang rata…dan akhirnya ia menjadi kubu! Satu kubu perseorangan untuk dua orang.

masih sempat berposing dalam kepenatan~

k.di yang sempat berposing~



zahidah dan khushrin~

Kami berterusan menggali tanpa tidur.. hanya tidur2 ayam secara bergilir sekadar untuk merehatkan badan. Memandangkan terdapat kubu yang lebih besar untuk digali..hanya boleh seorang sahaja untuk kubu perseorangan. Yang selebihnya dikehendaki membantu menggali kubu mortar dan gpmg.



di kubu mortar~

Tugas pertama yang diberi untuk menggali kubu gpmg adalah mengisi pasir dalam guni sebanyak 100. Dengar macam senang, hakikatnya..sukar. berjaga sehingga 0530 untuk menyiapkan semua kerja. Setelah itu, barulah kami diberi rehat selama sejam. (credit to nina kerana menjaga senjata saya dengan baik)

mengisi tanah dalam guni..

di kubu GPMG~

SUO yang keletihan~ huhu

Adalah memadai bagi aku dapat menjalani latihan pertahanan meskipun tidak dapat menyertai bersama mereka pengunduran. Agak terkilan, namun aku harus pulang lebih awal kerana urusan praktikal. Sungguh aku rasa seronok walaupun pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapi..

Pendapat aku, palapes uitm lebih setapak kehadapan dari utm kerana kami terlebih berjaya menyiapkan semua kubu (tidak termasuk dengan penyamaran)lebih awal. Jika dibandingkan dengan platun sahabat, mereka masih dalam proses menyiapkannya. Pada ketika itu, 10hb hari jumaat, jam 1700. Good job uitm!!!!!

meskipun bilangan kami sedikit, tapi kami menjadi lebih rapat antara tiga cawangan...dari yang tidak pernah bertegur sapa..akhirnya boleh bergurau senda...sangat seronok!

0 comments:

Post a Comment